07/08/2026
.
Pusat Integriti Universiti Malaya telah mengadakan satu Bengkel Asas Siasatan Dalaman Pusat Integriti 2026 pada 4 Ogos 2026 yang lalu bertempat di Bilik Cube, Aras 21, Wisma R&D, Universiti Malaya.
Menariknya pada kali ini, para pengajar bagi Bengkal Asas Siasatan Dalaman ini adalah terdiri daripada para pegawai Pusat Integriti sendiri.
Bengkel Asas Siasatan Dalaman Pusat Integriti 20206 dimulakan oleh Puan Suzanah, Ketua Bahagian Pengurusan Aduan & Pematuhan, Pusat Integriti bagi Slot 1 diikuti oleh Cik Nurzahirah, Pegawai Undang-Undang, Pusat Integriti bagi slot 2. Seterusnya slot 3 telah disampaikan oleh Cik Karthika, Pegawai Tadbir Pusat Integriti dan disambung oleh Puan Nur Syazwani Rosli, Pengarah Pusat Integriti dan diakhiri dengan Encik Kamal Eazzat, Ketua Bahagian Pengesanan & Pengesahan & Pengukuhan Integriti, Pusat Integriti bagi slot 4.
Para peserta yang terpilih adalah terdiri dalam kalangan warga Universiti Malaya (UM) & Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berjawatan Gred 6 ke atas.
Fokus utama Bengkel Asas Siasatan Dalaman ini adalah bagi mengenalpasti peranan, tanggungjawab dan etika seorang pegawai penyiasat dalam melaksanakan siasatan secara profesional, adil & berintegriti di Pusat Tanggungjawab (PTj) masing-masing sama ada di UM ataupun di PPUM.
Pusat Integriti mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada para peserta & urusetia yang telah menunjukkan komitmen tinggi sepanjang bengkel ini berlangsung.