13/10/2021
FOKUS TINGKATKAN PENDAPATAN
Bagi siapa yang pendapatan kecil, jangan buang masa dengan pelaburan, sebaliknya fokus tingkatkan pendapatan. Kalau pendapatan kecil, pusing ikut mana pun kita akan langgar dinding juga sebab ruang kita memang sempit.
Kalau nak besarkan pendapatan, kena usahakan melalui pekerjaan atau bisnes, bukan dengan pelaburan;
(1) cari kerja yang boleh bagi gaji lebih baik,
(2) bincang dengan boss macam mana nak naik gaji, atau
(3) mulakan bisnes sendiri di luar waktu kerja.
Ia jauh lebih berbaloi berbanding menunggu untung nasib dalam pelaburan.
cc: Tuan Mohd Zulkifli Shafie