06/05/2022
RAMADAN sudah berlalu pergi dan berganti p**a dengan Syawal yang dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam. Ibadah puasa di bulan Ramadan boleh diibaratkan sebagai ‘madrasah’ atau sekolah yang mendidik jiwa umat Islam sepanjang sebulan berpuasa.Oleh kerana itulah Hari Raya Aidilfitri menjadi tanda kemenangan setelah berjaya mengharunginya. Apabila masuknya Syawal, antara amalan penting yang disarankan oleh Baginda S.A.W ialah puasa enam hari. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [HR Muslim: 1164].Puasa enam merupakan amalan sunat. Telah berkata Imam An-Nawawi: Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam Syafie bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal). Bersempena 1 syawal yg disambut oleh ummat Islam seluruh masyarakat Malaysia,kami barisan kepimpinan anak2 muda Armada Titiwangsa merendah diri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1443H maaf zahir batin..🌺🇲🇾