20/05/2026
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
KUANTAN, 20 Mei โ YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Datoโ Sri Nazri bin Abu Bakar telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Penempatan dan Pusingan Kerja bagi Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M13 KUP, M12 KUP, M10 dan M9 yang berlangsung hari ini. Beliau diiringi oleh YH Dato' Ts. Gs. Dr. Mohd Zakaria bin Ibrahim serta Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Puan Juzilawati binti Kamarudin.
Dalam majlis tersebut, beberapa pegawai menerima surat penempatan baharu melibatkan jawatan Penolong Pegawai Daerah dari Pejabat Daerah dan Tanah Lipis iaitu Encik Luqman Hakim bin Alias (memangku) yang ditempatkan di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands, manakala Puan Ezatul Farrita binti Kamaludin ditempatkan di Pejabat Daerah dan Tanah Maran.
Selain itu, Encik Mohd Firdaus bin Hamid dari Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut dan Encik Mohd Khairul Adha Hakimi bin Idris dari Pejabat Daerah dan Tanah Raub masing-masing ditempatkan di Pejabat Daerah dan Tanah Lipis.