Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah, Kuala Lipis

Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah, Kuala Lipis official

MAJLIS PELANTIKAN WATIKAH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) TAHUN 2026Majlis Pelantikan Watikah MPP Tahun 2026 telah berla...
08/05/2026

MAJLIS PELANTIKAN WATIKAH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) TAHUN 2026

Majlis Pelantikan Watikah MPP Tahun 2026 telah berlangsung pada 8 Mei 2026 (Jumaat), jam 8.00 pagi bertempat di Persada Cafe 2.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang dilantik sebagai barisan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2026. Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen dan menjadi pemimpin pelajar yang berwibawa.

“Kepimpinan Berwibawa, Aspirasi Pelajar Terpelihara.”

PROGRAM CERAMAH KESEDARAN JENAYAH BERSAMA PDRM 2026“Hormat Diri, Hormat Rakan: Tolak Buli & Gangguan Seksual”Anjuran: Un...
29/04/2026

PROGRAM CERAMAH KESEDARAN JENAYAH BERSAMA PDRM 2026

“Hormat Diri, Hormat Rakan: Tolak Buli & Gangguan Seksual”

Anjuran:
Unit Pengurusan Kolej Kediaman
KV Sultan Haji Ahmad Shah Al-
Mustain Billah.

Dengan Kerjasama: IPD Daerah Lipis.

Tarikh : 25 April 2026 ( Sabtu )
Masa : 10.00 pagi
Tempat : BLOK G 1

Semakan Keputusan Peperiksaan SVM Semester 4 Sesi 2/2025 (Kohort 2024)Tarikh Keputusan30 April 2026 (Khamis)*Cara semak ...
28/04/2026

Semakan Keputusan Peperiksaan SVM Semester 4 Sesi 2/2025 (Kohort 2024)

Tarikh Keputusan
30 April 2026 (Khamis)

*Cara semak keputusan*
1. Kaunter Pejabat KV mulai jam 10 pagi
2. Portal rasmi myresultsvm.moe.gov.my

*** Semakan dalam talian boleh dibuat mulai 10:00 pagi pada 30 April 2026 (Khamis) sehingga 6:00 petang pada 6 Mei 2026 (Rabu).

Selamat datang dan selamat berkhidmat diucapkan kepada TS Ahmad Zabidi bin Md Taib atas pelantikan sebagai Timbalan Peng...
21/04/2026

Selamat datang dan selamat berkhidmat diucapkan kepada TS Ahmad Zabidi bin Md Taib atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah Akademik yang baharu. Semoga kehadiran beliau membawa bersama pengalaman, kepakaran dan kepimpinan yang berwibawa dalam memperkukuhkan lagi kecemerlangan akademik serta memartabatkan sistem pendidikan di kolej ini. Diharapkan juga agar segala usaha dan perancangan yang dilaksanakan akan terus memacu kejayaan warga kolej ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Seluruh warga kolej merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta komitmen untuk bersama-sama berganding bahu dalam merealisasikan visi dan misi organisasi.

Assalamualaikum wbt.Maklumat : Program Derma Darah Anjuran Hospital Kuala LipisTarikh: 21 April 2026 (selasa)Masa: 9.00 ...
20/04/2026

Assalamualaikum wbt.
Maklumat : Program Derma Darah Anjuran Hospital Kuala Lipis

Tarikh: 21 April 2026 (selasa)
Masa: 9.00 am - 1.30 PM
Tempat : Persada Cafe 2
Sasaran :Pelajar berumur 18 tahun ke atas. Pensyarah, AKP, dan Penduduk Sekitar Kuala Lipis.

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SVM SEMESTER 2 SESI 2/2025 (KOHORT 2025)Semua calon yang terlibat boleh menyemak keputusan...
02/04/2026

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SVM SEMESTER 2 SESI 2/2025 (KOHORT 2025)

Semua calon yang terlibat boleh menyemak keputusan secara atas talian melalui pautan https://myresultsvm.moe.gov.my mulai jam 10.00 pagi pada 2 April 2026 (Khamis) sehingga jam 6.00 petang pada 8 April 2026 (Rabu).

Harap maklum. Terima kasih.

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PENTADBIR, AKP DAN PENSYARAH KV SHASPada 16 Mac 2026, telah berlangsung Majlis Berbuka Puas...
17/03/2026

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PENTADBIR, AKP DAN PENSYARAH KV SHAS

Pada 16 Mac 2026, telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa bersama barisan pentadbir dan pensyarah Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah (KV SHAS) dalam suasana penuh harmoni dan kebersamaan.

Majlis ini diadakan sebagai platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga KV SHAS di samping menghayati keberkatan bulan Ramadan.

Diharapkan program seperti ini dapat terus memperkukuh hubungan dan meningkatkan semangat kebersamaan dalam melaksanakan tanggungjawab mendidik serta membangunkan kecemerlangan pelajar.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini.

📢 PERMOHONAN DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL (LEPASAN SPM) AMBILAN MEI 2026 DIBUKAKementerian Pendidikan (KPM) mempelawa calon ...
16/03/2026

📢 PERMOHONAN DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL (LEPASAN SPM) AMBILAN MEI 2026 DIBUKA

Kementerian Pendidikan (KPM) mempelawa calon lepasan SPM 2024 dan 2025 yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk memohon kemasukan ke Program Diploma Kolej Vokasional Ambilan Mei 2026.

*KOLEJ VOKASIONAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL MUSTAIN BILLAH KUALA LIPIS PAHANG*

Tarikh Permohonan:
15 Mac 2026 – 12 April 2026

💻 Permohonan secara dalam talian:
https://mohon.tvet.gov.my/

Antara program yang ditawarkan:
•⁠ ⁠Diploma Teknologi Automotif
•⁠ ⁠Diploma Teknologi Pemesinan Industri
•⁠ ⁠Diploma Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
•⁠ ⁠Diploma Teknologi Kimpalan
•⁠ ⁠Diploma Teknologi Elektrik
•⁠ ⁠Diploma Teknologi Elektronik
•⁠ ⁠Diploma Teknologi Pembinaan

📌 Jangan lepaskan peluang untuk membina masa depan kerjaya melalui bidang TVET.

Layari portal permohonan untuk maklumat lanjut dan syarat kemasukan program.

Tahun Ini, Tahun Kita






PENYERAHAN DUIT BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) TAHUN 2026Tarikh: 23 Januari 2026 (Jumaat)Masa: 11.00 pagiTempat: Persad...
23/01/2026

PENYERAHAN DUIT BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) TAHUN 2026

Tarikh: 23 Januari 2026 (Jumaat)
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Persada Cafe

Program Penyerahan Duit Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2026 telah dilaksanakan dengan lancar bagi membantu meringankan beban kewangan pelajar dan ibu bapa dalam membuat persediaan awal persekolahan.

Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua Pengarah, TPSA, AKP serta pengurus program Tahun 1 SVM Kohort 2025 dan 2026 atas kerjasama dan komitmen yang diberikan.

Peringatan kepada pelajar:
Gunakan bantuan ini dengan sebaiknya bagi keperluan persekolahan.

Address

Kuala Lipis

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6093227955

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah, Kuala Lipis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share