31/03/2022
LAPORAN COMMUNITY POLICING - GOTONG-ROYONG SEMPENA PERINGATAN HARI POLIS KE – 215 BERSIHKAN KAWASAN BALAI POLIS LAMA KUALA MEDANG, SUNGAI KOYAN, KUALA LIPIS, PAHANG
Tarikh: 31/03/2022 ( Khamis )
Masa: 0730 Hrs - 1400 Hrs
Tempat : Balai Polis Lama Kuala Medang, Sg Koyan, Kuala Lipis, Pahang.
Aturcara Program : -
Jam 0730 Hrs
- Berkumpul di perkarangan IPD Lipis.
- Ketibaan YDH Timbalan KPD Lipis
- Taklimat dari Timbalan KPD Lipis
- Berlepas ke Kuala Medang.
- Sampai di Kuala Medang.
- Berkumpul dan ditaklimat oleh Timbalan KPD Lipis.
- Gotong-royong bermula.
- Bacaan Tahlil kepada anggota-anggota PDRM yang terkorban.
- Jamuan makan
- Bersurai
Kehadiran :
1- Timbalan Ketua Polis Daerah Lipis
DSP Idros Bin Ismail
2- Tok Pat Kuala Medang
Johari Bin Awang
3- Penghulu Kuala Medang
En. Asyhar Amin Bin Ahmad
4- Pengerusi Masjid
Abdul Hadi Bin Pilus
5- Ketua Bahagian / Pegawai Kanan / Ketua Polis Balai / Anggota IPD Lipis.
6- Amanita IPD Lipis
*Agensi Terlibat*
- Bomba Dan Penyelamat Sg Koyan
- Jabatan RELA Kuala Medang
- Pelajar dan Guru SMK Abu Bakar Temerloh
- Penduduk Kampung Kuala Medang
Ulasan:
▶️ Program diadakan bagi merapatkan tali ukhwah antara orang kampung dan PDRM Lipis disamping mengalakkan penduduk kampung menyalurkan sebarang maklumat jenayah dan dadah dengan lebih mudah secara terus kepada pihak PDRM.
▶️ Kehadiran Timbalan Ketua Polis Daerah mengeratkan lagi hubungan ukhwah antara polis dan masyarakat untuk memastikan polis daerah lipis sentiasa dihati masyarakat lipis. Program diadakan telah mengikut S. O. P PPN Fasa 4 bagi mengelakkan penularan Covid - 19.
▶️ Balai Polis Kuala Medang yang dibina sejak tahun 1950an di atas bukit berhampiran Sg Kuala Medang kerana pengangkutan utama zaman dahulu ialah Sampai laluan sungai. Balai yang dibina ini pada zaman penjajah komunis telah terbiar sejak berpindahnya lokasi Balai Polis ini ke Felda Sungai Koyan. Sejarah asal Balai Polis Kuala Medang begitu banyak kerana dapat menumpaskan beberapa askar komunis dan telah memerdekakan Negara Malaysia dari penjajah komunis. Al-Fatihah kepada pejuang-pejuang PDRM khasnya kepada pegawai dan anggota Balai Polis Kuala Medang.
Hasil Program:
Penduduk kampung berterima kasih dengan kehadiran pihak polis dan meminta agar pihak polis kerap melakukan program di kawasan sekitar supaya kegiatan jenayah dapat dibendung disamping mengenali dan mesra antara satu sama lain. Pihak penganjur iaitu AJK Masjid Kg Kuala Medang mengucapkan jutaan terima kasih dan menghargai segala kerjasama yang diberikan oleh semua agensi yang terlibat.