21/05/2026
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SMK CLIFFORD | 21 MEI 2026 | KHAMIS | 8.00 PAGI
Pergi ke pekan membeli permata,
Singgah sebentar di Tanjung Pura;
Guru bitara penyuluh bangsa,
Nadi negara sepanjang masa.
Terbang merpati di waktu pagi,
Hinggap sebentar di dahan cemara;
Jasa pendidik kekal abadi,
Membina insan memacu negara.
Bunga melati indah berseri,
Harum mewangi di tepi perigi;
Selamat Hari Guru diberi,
Terima kasih cikgu sejati.