18/05/2026
๐ *MAJLIS IHTIFAL ILMI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH AGAMA (MIISRA) PERINGKAT DAERAH LIPIS TAHUN 2026M / 1447H* ๐
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program MIISRA Peringkat Daerah Lipis Tahun 2026M bersamaan 1447H anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Lipis dengan kerjasama Pertubuhan Guru-Guru SAR Daerah Lipis.
Program ini telah dilaksanakan secara *bersemuka* dan juga *rakaman video* melibatkan penyertaan murid-murid KAFA seluruh daerah Lipis dalam lapan acara yang dipertandingkan iaitu Tilawah al-Quran, Hafazan, Tulisan Jawi, Tulisan Khat, Bercerita, Nasyid, Azan dan Khutbah bagi kategori lelaki dan perempuan.
Pertandingan Hafazan telah berlangsung pada 27 April 2026, manakala pertandingan Tulisan Jawi dan Tulisan Khat telah diadakan pada 28 April 2026. Sementara itu, pertandingan melibatkan rakaman video turut menerima penyertaan yang amat memberangsangkan daripada para peserta.
Kemuncak program iaitu *Majlis Penutup MIISRA Peringkat Daerah Lipis Tahun 2026* telah berlangsung pada 16 Mei 2026 dengan dimulakan sesi pendaftaran pada jam 8.30 pagi dan diteruskan dengan pertandingan Nasyid Lelaki dan Perempuan bermula jam 9.30 pagi yang telah diadili oleh lima orang juri berpengalaman.
Majlis telah disempurnakan oleh Ustaz Zaidi bin Ismail Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan. Turut berlangsung sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang serta sesi fotografi sebagai kenangan sepanjang program berlangsung.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini khususnya para urus setia, guru-guru, juri, peserta serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama.
Semoga program seperti ini terus menjadi medan mencungkil bakat, memupuk kecintaan terhadap ilmu agama serta melahirkan generasi murid yang cemerlang dunia dan akhirat.