20/05/2026
𝑷𝙍𝑶𝙂𝑹𝘼𝑴 𝑳𝘼𝑻𝙄𝑯𝘼𝑵 𝑺𝙄𝑴𝙐𝑳𝘼𝑺𝙄 𝘽𝑬𝙉𝑪𝘼𝑵𝘼 𝙇𝑼𝘼𝑹 – 𝑴𝘼𝑺𝙎 𝘾𝑨𝙎𝑼𝘼𝑳𝙏𝒀 𝑰𝙉𝑪𝙄𝑫𝙀𝑵𝙏 (𝑴𝘾𝑰) 𝘿𝑨𝙉 𝘼𝑵𝘾𝑨𝙈𝑨𝙉 𝙆𝑰𝙈𝑰𝘼, 𝑩𝙄𝑶𝙇𝑶𝙂𝑰, 𝙍𝑨𝘿𝑰𝙊𝑳𝙊𝑮𝙄, 𝑵𝙐𝑲𝙇𝑬𝘼𝑹 𝑫𝘼𝑵 𝑩𝘼𝑯𝘼𝑵 𝑳𝙀𝑻𝙐𝑷𝘼𝑵 (𝘾𝑩𝙍𝑵𝙀)
Pada 4 Mei 2026 (Isnin), telah berlangsung Program Latihan Simulasi Bencana Luar – Mass Casualty Incident (MCI) dan ancaman Chemical, Biological, Radiological, Nuclear and Explosive (CBRNE) bertempat di Kawasan Perindustrian Zurah, Rasa.
Latihan ini merupakan kerjasama strategik antara Hospital Kuala Kubu Bharu bersama Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu serta pelbagai agensi keselamatan, kesihatan dan penyelamat bagi memperkukuhkan tahap kesiapsiagaan serta koordinasi operasi menghadapi sebarang kemungkinan insiden bencana luar dan ancaman CBRNE.
Pihak kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Hospital Kuala Kubu Bharu, PDRM, Unit HAZMAT Balai Bomba dan Penyelamat Rawang, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), PKD Hulu Selangor, Hospital Selayang, MPHS, PTG, IKBN, Pusat Rawatan Loji Air Rasa, Sapura serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan simulasi ini.
Segala teguran, pandangan serta cadangan penambahbaikan yang diberikan sepanjang latihan ini amat dihargai dan akan dijadikan panduan dalam memperkukuhkan lagi tahap kesiapsiagaan hospital serta semua agensi yang terlibat.
Pihak penganjur komited untuk meneliti setiap penemuan dan kelemahan yang dikenal pasti agar tindakan penambahbaikan dapat dilaksanakan secara berterusan, sistematik dan menyeluruh demi memastikan tahap respon kecemasan sentiasa berada pada tahap terbaik.
Semoga latihan ini menjadi platform pembelajaran yang bermakna dalam meningkatkan koordinasi, komunikasi serta keupayaan respon semua pihak dalam menghadapi insiden CBRNE dan bencana luar pada masa hadapan.
Kami mewakili warga Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekhilafan sepanjang simulasi ini berlangsung.
“SIAP SEDIA SETIAP MASA”