Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor Laman Facebook Rasmi Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor

07/03/2018

Takziah YB Datuk Hj Mat Nadzari Ahmad Dahlan Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali diatas kehilangan Bonda tercinta.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Ziarah Kasih PPUBHS DUN Batang Kali hari ini menziarahi beberapa buah rumah di Kampung Kuantan. Sdra Hatif Ayob, Ketua P...
11/12/2017

Ziarah Kasih PPUBHS DUN Batang Kali hari ini menziarahi beberapa buah rumah di Kampung Kuantan. Sdra Hatif Ayob, Ketua Pemuda Cawangan Kampung Kuantan bersama beberapa orang ahli pemuda turut serta dalam ziarah kali ini. Turut dilawat sebuah rumah yang rosak ditimpa pokok tahun lalu. InshaAllah, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor akan mengusahakan rumah tersebut dibaiki semula secara bergotong royong.


PPPUBHS turut menyertai Demo Bantahan dan Penyerahan Memorandum Bantahan terhadap Kebiadapan Presiden Amerika yang mengi...
08/12/2017

PPPUBHS turut menyertai Demo Bantahan dan Penyerahan Memorandum Bantahan terhadap Kebiadapan Presiden Amerika yang mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu kota baru Israel.




08/12/2017

PPPUBHS turut menyertai Demo Bantahan dan Penyerahan Memorandum Bantahan terhadap Kebiadapan Presiden Amerika yang mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu kota baru Israel.




Ayuh bersoladiriti! Kita bantah! Baitul Maqdis itu bukan ibukota Israel!
07/12/2017

Ayuh bersoladiriti! Kita bantah! Baitul Maqdis itu bukan ibukota Israel!



Santai dan makan malam PPUBHS sempena Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 2017. Terima kasih YB Datuk Hjh ...
06/12/2017

Santai dan makan malam PPUBHS sempena Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 2017. Terima kasih YB Datuk Hjh Rosni Sohar yang turut hadir bersama-sama. PPUBHS amat menghargainya.


Sekitar Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 2017.
06/12/2017

Sekitar Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 2017.


Para perwakilan PPUBHS di Majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2017, Dewan Merdeka PWTC. YAB Dato Seri Ahmad Zahid Ha...
05/12/2017

Para perwakilan PPUBHS di Majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2017, Dewan Merdeka PWTC. YAB Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menyampaikan ucaptama yang bertajuk ‘Lembayung Arjana Bangsa’ dengan menggariskan tujuh perkara utama.


Selesai sudah pertandingan badminton Karnival Sukan Hulu Selangor 2017. Perlawanan akhir menemukan bergu Hanafi dan Amza...
03/12/2017

Selesai sudah pertandingan badminton Karnival Sukan Hulu Selangor 2017. Perlawanan akhir menemukan bergu Hanafi dan Amzar menentang bergu Amin dan Amir yang berkesudahan Hanafi dan Amzar memenangi perlawanan tersebut. Tempat ketiga dimenangi oleh bergu Hidmudin dan Safiq setelah menewaskan bergu Husin dan Hasan. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan setinggi penghargaan kepada jawatankuasa pelaksana yang diketuai oleh Sdra Nizam dan pasukannya. Semoga semangat kesukanan dan keharmonian seperti ini akan berterusan.



Karnival Sukan Hulu Selangor diteruskan lagi dengan Pertandingan Badminton pada hari ini. Pertandingan diadakan di Dewan...
03/12/2017

Karnival Sukan Hulu Selangor diteruskan lagi dengan Pertandingan Badminton pada hari ini. Pertandingan diadakan di Dewan SJKC Batang Kali yang berjaya mengumpul 40 bergu seluruh Hulu Selangor. YB Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan selaku Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor telah hadir dan merasmikan pertandingan ini. Turut hadir, Ybhg Datuk Wong Koon Mun, Penyelaras DUN Kuala Kubu Bharu. Tahniah diucapkan kepada barisan jawatankuasa pelaksana, semua pemain dan penyokong yang terlibat.



Program Berkhatan Rakyat Hulu Selangor yang terakhir bagi sesi kali ini diadakan di Balai Islam Taman Semarak, Bandar Ut...
03/12/2017

Program Berkhatan Rakyat Hulu Selangor yang terakhir bagi sesi kali ini diadakan di Balai Islam Taman Semarak, Bandar Utama Batang Kali bagi DUN Kuala Kubu Bharu. YB Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan turut hadir bersama Ybhg Datuk Wong Koon Mun (Koordinator DUN Kuala Kubu Bharu). Seramai 55 orang kanak-kanak menyertai program kali ini. Datuk Wong Koon Mun turut memberikan sumbangan ‘angpow’ kepada anak-anak tersebut. PPUBHS mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tn Hj Azman (KC UMNO Taman Semarak) dan Tn Hj Halim (S/U Balai Islam Taman Semarak) diatas komitmen dan kerjasama yang diberikan.


Address

Tingkat 1, Bangunan UMNO Bahagian Hulu
Kuala Kubu Bharu
44000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share