17/04/2026
*15.04.2026(Rabu)* : Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (P3K) Hulu Selangor dengan Kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kuala Kubu Bharu bersama warga JKM Hulu Selangor telah berjaya mengadakan _*“Program Semarak Kasih Generasi Sejahtera”*_ bertempat di Balai Raya Kg Kelapa (PAWE kuala kubu Bharu).
Program ini telah mencapai objektif bagi memperkenalkan tangunggjawab Pasukan Kebajikan Kanak-kanak Hulu Selangor dalam kalangan komuniti di hulu selangor dan menggalakkan interaksi positif antara kanak-kanak dan warga emas bagi mengeratkan hubungan antara generasi di samping dapat memupuk nilai murni seperti kasih sayang, empati dan sikap tolong-menolong dalam kalangan komuniti.
Program ini bermula seawal jam 8:00 pagi dengan aktiviti senamrobik, kemudian disusuli dengan ceramah slot _Anti-Dadah Generasi Sejahtera_ dari pihak AADK Hulu Selangor dan diteruskan dengan aktiviti merewang dengan membakar lemang dan memasak rendang bersama komuniti. Pada sebelah petang, Program diteruskan dengan acara Jamuan Ringan dan penyampaian saguhati kepada kanak-kanak yang hadir serta ucapan dari Pengerusi PAWE KKB dan Ucapan wakil dari Unit Kanak-kanak JKM Hulu Selangor. Program berakhir pada pukul 5:00 Petang.
Program yang bertemakan *_“SEMARAK KASIH GENERASI SEJAHTERA, KANAK-KANAK DIRAI, WARGA EMAS DISAYANGI, KOMUNITI HULU SELANGOR DI SANTUNI”_* ini telah dihadiri oleh kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Rahmaniah, Sekolah Rendah Islam Wahdah, Pertubuhan Kebajikan Bonda Juwanda dan kanak-kanak serta komuniti dari sekitar Kg Kelapa Kuala Kubu Bharu, Warga Emas PAWE Kuala Kubu Bharu dan Warga JKM Hulu Selangor.
Sekian terima kasih.
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor