Institut Kemahiran Belia Negara Peretak

Institut Kemahiran Belia Negara Peretak IKBN Peretak Professional Terunggul

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DARI WARGA IKBN PERETAKSelamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M buat seluruh umat...
26/05/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DARI WARGA IKBN PERETAK

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M buat seluruh umat Islam.

Aidiladha disambut oleh umat Islam di seluruh dunia dengan penuh keinsafan dan pengertian yang besar. Semoga setiap pengorbanan yang kita lakukan dengan penuh keikhlasan demi agama, bangsa dan negara akan menjadikan kita tergolong dalam kalangan hamba yang dirahmati serta mendapat keredhaan daripada-Nya.

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga IKBN Peretak

๐Ÿš€ MINDA DIGITAL, IDEA KREATIF: AHLI KELAB TECHNO VENTURE BERAKSI!IKBN Peretak, 22 Mei 2026 - Seramai 20 orang ahli Kelab...
22/05/2026

๐Ÿš€ MINDA DIGITAL, IDEA KREATIF: AHLI KELAB TECHNO VENTURE BERAKSI!

IKBN Peretak, 22 Mei 2026 - Seramai 20 orang ahli Kelab Techno Venture IKBN Peretak telah menyertai aktiviti Digital Poster & Infographic Challenge yang berlangsung pada hari ini bagi meningkatkan kreativiti, kemahiran digital serta keyakinan diri dalam kalangan pelajar.

Melalui aktiviti ini, ahli kelab telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberi cabaran untuk menghasilkan poster atau infografik digital berdasarkan pelbagai tajuk berkaitan teknologi, keselamatan siber, kecerdasan buatan (AI) serta penggunaan media digital secara berhemah.

Menariknya, setiap kumpulan turut membentangkan hasil kreativiti masing-masing di hadapan peserta lain dengan berkongsi idea, mesej utama serta inspirasi di sebalik reka bentuk yang dihasilkan.

Aktiviti ini bukan sahaja berjaya mencungkil kreativiti pelajar, malah turut meningkatkan kemahiran komunikasi, kerja berpasukan dan pemikiran kritis dalam suasana pembelajaran yang santai dan interaktif.

Syabas dan tahniah kepada semua ahli Kelab Techno Venture IKBN Peretak atas komitmen serta penglibatan aktif sepanjang aktiviti berlangsung. Semoga terus melahirkan generasi TVET yang kreatif, inovatif dan celik digital! โœจ






CERAMAH AGAMA BIL 18/2026 - ADAB BERWUDUKIKBN Peretak, 21 Mei 2026 (Khamis) - Program Kuliah Maghrib bertajuk โ€œAdab Berw...
22/05/2026

CERAMAH AGAMA BIL 18/2026 - ADAB BERWUDUK

IKBN Peretak, 21 Mei 2026 (Khamis) - Program Kuliah Maghrib bertajuk โ€œAdab Berwudukโ€ telah berlangsung dengan penuh penghayatan di Surau Nur Salam IKBN Peretak. Kuliah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Zulkifli Bin Makhtar kepada para pelajar dan warga institut yang hadir bagi menimba ilmu berkaitan kepentingan menjaga adab ketika berwuduk.

Dalam penyampaiannya, beliau menekankan bahawa wuduk bukan sekadar syarat sah solat, malah merupakan ibadah yang mempunyai adab dan kelebihan tersendiri di sisi Allah SWT. Antara perkara yang dikongsikan termasuklah membaca doa sebelum berwuduk, menjaga kebersihan anggota wuduk, tidak membazir air serta menjaga tertib ketika mengambil wuduk.

Beliau turut mengingatkan para hadirin agar sentiasa memperbaharui wuduk dan menjadikan amalan berwuduk sebagai satu cara mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kuliah yang berlangsung selepas solat Maghrib itu mendapat sambutan yang baik dan memberi manfaat kepada semua yang hadir.

Program seperti ini diharapkan dapat terus menyemarakkan budaya ilmu dan penghayatan Islam dalam kalangan warga IKBN Peretak serta melahirkan individu yang berakhlak mulia dan beramal dengan tuntutan agama dalam kehidupan seharian.







IKBN PERETAK TARIK PERHATIAN PELAJAR DI KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA SMK TAMAN DESA 221 Mei 2026, Rawang - Institut Kemah...
21/05/2026

IKBN PERETAK TARIK PERHATIAN PELAJAR DI KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA SMK TAMAN DESA 2

21 Mei 2026, Rawang - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menerima jemputan bagi menyertai pameran sempena Karnival Pendidikan Kerjaya di SMK Taman Desa 2, Rawang. Program yang berlangsung di Dataran Surau STAND2 itu melibatkan penyertaan murid-murid Tingkatan 4 dan 5 seramai 800 orang sebagai sasaran utama program.

Penyertaan IKBN Peretak dalam program tersebut bertujuan memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai peluang pendidikan dan latihan kemahiran TVET yang ditawarkan. Selain memperkenalkan program pengajian dan kemudahan latihan di IKBN Peretak, sesi pameran turut menjadi platform untuk berkongsi maklumat berkaitan hala tuju kerjaya serta prospek pekerjaan dalam bidang kemahiran.

Sepanjang program berlangsung, para pelajar menunjukkan minat yang positif dengan mengunjungi ruang pameran IKBN Peretak bagi mendapatkan penerangan lanjut mengenai kursus, syarat kemasukan dan peluang pembangunan kerjaya. Program seumpama ini diharapkan dapat membantu meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan pendidikan kemahiran sebagai pilihan masa depan yang berdaya saing.







CERAMAH AGAMA BIL 17/2026 : KELEBIHAN BULAN ZULHIJAHIKBN Peretak, 19 Mei 2026 (Selasa) - Surau Nur Salam, IKBN Peretak s...
21/05/2026

CERAMAH AGAMA BIL 17/2026 : KELEBIHAN BULAN ZULHIJAH

IKBN Peretak, 19 Mei 2026 (Selasa) - Surau Nur Salam, IKBN Peretak sekali lagi mengimarahkan program ilmu menerusi penganjuran Kuliah Maghrib yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad bin Hassan dengan tajuk โ€œKelebihan Bulan Zulhijahโ€. Program ini mendapat sambutan yang baik daripada warga kampus serta para pelajar yang hadir untuk menimba ilmu dan mengambil manfaat daripada pengisian yang disampaikan.

Dalam kuliah tersebut, beliau menjelaskan bahawa bulan Zulhijah merupakan salah satu daripada bulan yang mulia di sisi Allah SWT dan mempunyai banyak kelebihan khususnya pada sepuluh hari terawal Zulhijah. Beliau turut menghuraikan bahawa amalan ibadah seperti berpuasa, berzikir, bersedekah dan melakukan korban amat digalakkan kerana ganjarannya yang besar di sisi Allah SWT.

Selain itu, beliau juga menyeru para pelajar agar merebut peluang meningkatkan amal ibadah serta memperbaiki diri sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini. Antara pengisian menarik yang dikongsikan termasuk kelebihan Hari Arafah, ibadah korban serta kepentingan menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. dalam kehidupan seharian.




#๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ


IKBN PERETAK METERAI MOU BERSAMA PELUANG KRISTAL (M) SDN. BHD. :- PERKUKUH KERJASAMA INDUSTRI TVETCheras, 19 Mei 2026 โ€“ ...
19/05/2026

IKBN PERETAK METERAI MOU BERSAMA PELUANG KRISTAL (M) SDN. BHD. :- PERKUKUH KERJASAMA INDUSTRI TVET

Cheras, 19 Mei 2026 โ€“ Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak terus memperkukuh jaringan strategik industri menerusi majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama, sebuah syarikat yang terlibat dalam industri tekstil dan pembekalan pakaian seragam iaitu Peluang Kristal (M) Sdn.Bhd.

Kerjasama ini dijangka membuka lebih banyak peluang kepada pelajar dalam aspek latihan industri, perkongsian kepakaran, pembangunan kurikulum serta kebolehpasaran graduan.

Majlis menandatangani MoU ini disempurnakan oleh Datuk Izhar bin Senawi selaku Pengarah Urusan Peluang Kristal (M) Sdn. Bhd dan Pn Normahsyuri binti Md. Shariff, Pengarah IKBN Peretak.

Majlis menandatangani MoU ini menjadi langkah penting dalam memperkukuh hubungan dua hala antara institusi TVET dan industri bagi memastikan latihan kemahiran yang ditawarkan sentiasa relevan dengan keperluan semasa pasaran pekerjaan.

Inisiatif ini selaras dengan usaha IKBN Peretak dalam melahirkan tenaga mahir yang kompeten, berdaya saing dan bersedia memenuhi kehendak industri negara.







PELAJAR JABATAN TEKNOLOGI KOSMETOLOGI IKBN PERETAK BERI SENTUHAN PROFESIONAL DI MAJLIS ANUGERAH SUKAN NEGARA 2025Bukit J...
19/05/2026

PELAJAR JABATAN TEKNOLOGI KOSMETOLOGI IKBN PERETAK BERI SENTUHAN PROFESIONAL DI MAJLIS ANUGERAH SUKAN NEGARA 2025

Bukit Jalil, 19 Mei 2026 โ€“ Seramai 18 orang pelajar daripada Jabatan Teknologi Kosmetologi, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan aspek penampilan sempena Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2025 yang berlangsung hari ini. Kumpulan pelajar ini terdiri daripada Jurusan Perekaan Gaya Rambut dan Terapi Kecantikan dibawah seliaan Puan Syazana Binti Dzulkefli, Puan Janefer Farida Binti Baharuddin dan Puan Nor Shakila Binti Mohd Redzuan Jaya. IKBN Peretak telah dilantik sebagai rakan strategik oleh Majlis Sukan Negara (MSN) bagi menawarkan khidmat kepakaran dalam bidang solekan asas serta dandanan rambut untuk memastikan para atlet tampil kemas dan berimej profesional.

Majlis penuh istiadat ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, bertempat di Dewan Banquet, Casa 4, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil. Sepanjang majlis berlangsung, para pelajar tersebut bertanggungjawab menyediakan penampilan bagi 21 orang atlet yang terdiri daripada calon dan penerima anugerah mengikut kategori masing-masing. Selain atlet, tugasan mereka turut merangkumi khidmat solekan dan dandanan untuk barisan jurulatih, penerima Anugerah Khas, serta lima orang pembawa dulang yang terlibat dalam protokol penyampaian anugerah di atas pentas.

Anugerah Sukan Negara 2025 merupakan platform pengiktirafan tertinggi negara bagi menghargai sumbangan cemerlang atlet dan jurulatih yang telah mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Penglibatan pelajar IKBN Peretak dalam acara berskala besar seperti ini bukan sahaja membuktikan kualiti latihan kemahiran yang diberikan oleh institut tersebut, malah memberi pendedahan industri yang sangat berharga kepada para pelajar dalam menguruskan acara rasmi bertaraf nasional. Kerjasama strategik ini diharap dapat terus memperkukuh agenda pembangunan belia dan memartabatkan bidang kemahiran teknikal di Malaysia.








PAMERAN IKBN PERETAK DI STAR EDUCATION FAIR 2026Putrajaya, 17 Mei 2026 - IKBN Peretak telah terlibat dalam pameran selam...
18/05/2026

PAMERAN IKBN PERETAK DI STAR EDUCATION FAIR 2026

Putrajaya, 17 Mei 2026 - IKBN Peretak telah terlibat dalam pameran selama dua hari di Star Education Fair (SEF) 2026, yang diadakan di IOI Grand Exhibition and Convention Centre. Tujuan pameran ini adalah untuk menghimpunkan institusi pendidikan awam dan swasta bagi menyebarkan maklumat peluang latihan TVET dan akademik.

IKBN Peretak merupakan sebahagian daripada enam (6) ILKBS yang mengambil bahagian, mewakili Cluster 7 : Services, Hospitality & Business Management.

Maklumat ini bertujuan membuka mata masyarakat tentang kepentingan kemahiran. Belajar TVET tidak merugikan kepada lepasan SPM atau belia yang hendak upgrade skill demi masa depan yang baik, seterusnya ini menjadi pekerja mahir di Malaysia.








PENGAJAR IKBN PERETAK HADIR KURSUS RESKILLING, UPSKILLING& PROFESSIONAL: KURSUS ADVANCED CREATIVE HAIR SCULPTING & PERMI...
18/05/2026

PENGAJAR IKBN PERETAK HADIR KURSUS RESKILLING, UPSKILLING& PROFESSIONAL: KURSUS ADVANCED CREATIVE HAIR SCULPTING & PERMING TECHNIQUES ANJURAN IKBN KEMASIK

Ampang, 15 Mei 2026 - Kursus advanced Creative Hair Sculpting & Perming Techniques anjuran IKBN Kemasik telah diadakan pada 11 hingga 15 Mei 2026 yang bertempat di Josh Hair Coulture Pandan Indah, Ampang, Selangor dengan penyertaan seramai empat orang pengajar iaitu dua orang dari IKBN Kemasik dan dua orang dari IKBN Peretak. Penceramah jemputan dari Josh Hair Coulture adalah Mr. Joshua Sim Nyuk Fui.

Kursus ini bertujuan meningkatkan kemahiran pengajar dalam teknik-teknik terkini hair sculpting dan hair perming selaras dengan keperluan NOSS terbaru. Sepanjang kursus, peserta didedahkan kepada teknik perming moden, cara penggulungan , penggunaan mesin hair spa perm, penggunaan produk yang sesuai, penjagaan rambut selepas rawatan serta trend semasa industri dandanan rambut. Secara keseluruhannya, kursus ini berjaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di IKBN masing-masing.
Menambah pengetahuan berkaitan teknologi dan trend semasa industri dandanan rambut serata memastikan silibus pengajaran selari dengan keperluan NOSS dan kehendak industri semasa.

Secara keseluruhannya, kursus Advanced Creative Hair Sculpting & Perming Techniques ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Program seperti ini amat penting dalam meningkatkan kompetensi tenaga pengajar agar sentiasa relevan dengan perkembangan teknologi dan kehendak industri semasa. Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di IKBN.







KELAB TECHNO VENTURE SEMARAKKAN HARI GURU DENGAN SENTUHAN ANAK MUDAIKBN Peretak, 15 Mei 2026 โ€“ Sempena sambutan Hari Gur...
18/05/2026

KELAB TECHNO VENTURE SEMARAKKAN HARI GURU DENGAN SENTUHAN ANAK MUDA

IKBN Peretak, 15 Mei 2026 โ€“ Sempena sambutan Hari Guru, Kelab Techno Venture, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menganjurkan aktiviti menghasilkan keychain resin yang penuh warna-warni dan sarat dengan kreativiti.

Program ini bukan sekadar aktiviti seni tangan, malah menjadi wadah untuk para peserta menonjolkan bakat, berkolaborasi secara berkumpulan, dan menyemarakkan semangat penghargaan terhadap guru. Sepanjang aktiviti berlangsung, pelbagai reka bentuk keychain unik berjaya dihasilkan dalam suasana ceria, harmoni, dan penuh semangat kekeluargaan.

Program seperti ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dan tenaga pengajar, malah turut memupuk nilai penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan guru dalam mendidik anak bangsa.








Address

Institut Kemahiran Belia Negara Peretak
Kuala Kubu Bharu
44000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15

Telephone

+60360996000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Kemahiran Belia Negara Peretak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share