05/10/2025
๐ ๐๐ฅ๐ ๐ฃ๐ฅ๐๐๐๐ง๐๐ก @ ๐๐๐๐จ๐ ๐ฃ๐๐ก๐
HULU SELANGOR, 4 Oktober 2025 - Program MARA Prihatin @ Kalumpang telah diadakan di Pondok Madrasah Raudatul Ariffin, Kalumpang. Program ini merupakan anjuran MARA Negeri Selangor dengan kerjasama Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pondok Madrasah Raudatul Ariffin, Yayasan Pelajaran MARA (YPM), GIATMARA Selangor, Tabika Perpaduan serta Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor.
Antara aktiviti menarik yang dilaksanakan termasuk Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI, taklimat kemudahan MARA, kenduri rakyat, urutan refleksologi, tatarias wajah, manicure, pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna serta pertandingan sukan tradisional seperti karom, dam aji, congkak, batu seremban, anyaman ketupat dan gubahan pulut kuning.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Senator Datuk Rosni binti Sohar, Ahli Dewan Negara merangkap Ahli Majlis MARA, En. Azuan bin Md Ghazali, Timbalan Pengarah Pembangunan MARA Selangor, Ustaz Yazuli bin Rosli, Pengerusi Pondok Madrasah Raudatul Ariffin, Pengetua MRSM Sungai Besar, PK HEM SMK Kalumpang, Pengarah GIATMARA, wakil agensi, ketua jabatan Hulu Selangor serta komuniti setempat.
Selain itu, YPM turut menyampaikan bantuan persekolahan kepada 100 pelajar B40 SMK Kalumpang dan Hulu Bernam, pelajar cemerlang lepasan SPM dan STPM serta penghuni Pondok Madrasah Raudatul Ariffin.
Seramai lebih 700 penduduk Kalumpang dan Hulu Bernam hadir memeriahkan program ini. Diharapkan pelaksanaan program ini memberi manfaat besar kepada komuniti serta mendekatkan lagi MARA di hati masyarakat setempat.