Jabatan Perancang Bandar MPHS

Jabatan Perancang Bandar MPHS Space to share opinions, views and suggestions on the planning and development of the Hulu Selangor.

Ruang untuk berkongsi pendapat, pandangan dan cadangan mengenai perancangan dan pembangunan Hulu Selangor.

28/05/2026

๐๐€๐Š๐„๐‰ ๐๐„๐๐†๐”๐Š๐”๐‡๐€๐ ๐ƒ๐€๐˜๐€ ๐“๐€๐‡๐€๐ ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘- ๐๐„๐๐†๐€๐๐†๐Š๐”๐“๐€๐ ๐€๐–๐€๐Œ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘

YAB Datoโ€™ Menteri Besar Selangor telah melancarkan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor dengan inisiatif khas bagi membantu meringankan kos pengangkutan awam rakyat.

Melalui inisiatif ini, warga Selangor yang layak boleh menikmati subsidi tambang RM30 sebulan selama 6 bulan. Peluang ini adalah terhad kepada 50,000 pemohon terawal sahaja dan tertakluk kepada syarat serta kelulusan yang ditetapkan.

Permohonan akan mula dibuka pada 1 Jun 2026, justeru orang ramai disarankan untuk bersedia lebih awal kerana dijangka menerima sambutan yang tinggi.

Rebut peluang lebih awal dengan memuat turun aplikasi NINE dan melengkapkan pengesahan kendiri (eKYC) sekarang.


#๐Š๐ข๐ญ๐š๐’๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐จ๐ซ MajuBersama

26/05/2026
22/05/2026
15/05/2026

FUN FACT: Kadar Aliran Kumbahan di Malaysia

Tahukah anda bahawa setiap aktiviti harian kita seperti mandi, mencuci pakaian, membasuh pinggan dan menggunakan tandas akan menghasilkan aliran kumbahan yang perlu dirawat dengan sempurna sebelum dilepaskan semula ke alam sekitar?

Secara purata, setiap rakyat Malaysia menghasilkan sekitar 210 liter kumbahan sehari. Jumlah ini mungkin kelihatan kecil bagi seorang individu namun apabila melibatkan ribuan penduduk dalam satu kawasan, jumlah kumbahan yang perlu diuruskan menjadi sangat besar.

Sebagai contoh, bagi kawasan kediaman dengan kapasiti 12,000 PE (Population Equivalent / Kesetaraan Penduduk), sistem pembetungan perlu mengendalikan sekitar:

โœ… 2.52 juta liter kumbahan sehari
โœ… Bersamaan kira-kira 29.2 liter sesaat
โœ… Hampir menyamai kapasiti 1 kolam renang Olimpik (2.5 juta liter)

๐Ÿ“Œ Bagaimana perjalanan kumbahan kita?

Dari rumah dan premisโžก๏ธ Dialirkan melalui paip pembetunganโžก๏ธ Diproses di loji rawatan kumbahanโžก๏ธ Dirawat sebelum efluen dilepaskan dengan selamat ke alam sekitar

Inilah sebabnya sistem pembetungan yang cekap dan mampan amat penting bagi memastikan:
โœ”๏ธ Sungai dan sumber air terus terjaga
โœ”๏ธ Alam sekitar bebas pencemaran
โœ”๏ธ Kesihatan awam sentiasa terpelihara

Di sebalik sistem pembetungan yang tidak kelihatan ini, terdapat proses teknikal dan operasi yang berjalan setiap hari demi memastikan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar terus terjamin.

Jom bersama-sama hargai kepentingan sistem pembetungan negara dan amalkan penggunaan tandas serta sistem sanitasi secara berhemah










15/05/2026

๐ŸŒณ ๐‡๐”๐“๐€๐ ๐Š๐ˆ๐“๐€, ๐–๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐†๐„๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐€๐Š๐€๐ ๐ƒ๐€๐“๐€๐๐† ๐ŸŒณ

Suarakan pandangan anda mengenai pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar di kawasan HS Raja Musa โ€“ HS Bukit Tarek โ€“ HS Gading๐Ÿ“ขโœจ

๐Ÿ“Œ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐”๐๐‹๐ˆ๐’๐ˆ๐“๐ˆ ๐€๐–๐€๐‹
Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (CFS) HS Raja Musa โ€“ HS Bukit Tarek โ€“ HS Gading (B-SL1) Selangor Darul Ehsan

๐Ÿ—“๏ธ ๐Ÿ“ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐Ÿ“ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ“ฒ ๐’๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ข ๐ฌ๐จ๐š๐ฅ ๐ฌ๐ž๐ฅ๐ข๐๐ข๐ค ๐ฌ๐ž๐ค๐š๐ซ๐š๐ง๐ :
๐Ÿ“Œ Borang soal selidik awam
๐Ÿ”— https://shorturl.at/QUWWA
๐Ÿ“Œ Borang soal selidik agensi
๐Ÿ”— https://shorturl.at/4yUP7

๐ŸŽฅ ๐“๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ญ ๐๐ข๐ฌ๐ž๐๐ข๐š๐ค๐š๐ง:
๐Ÿ“Œ Video penerangan kajian
๐Ÿ”— https://shorturl.at/OsVEK

08/05/2026

TAHUKAH ANDA APA ITU POPULASI SETARA (PE)?

PE (Population Equivalent / Populasi Setara) ialah anggaran penggunaan kemudahan pembetungan bagi sesuatu kawasan. PE digunakan untuk menukar jumlah pengguna kepada beban aliran kumbahan bagi tujuan perancangan dan reka bentuk sistem pembetungan.

โš ๏ธ PE BUKAN bilangan penduduk sebenar.

Konsep PE amat penting bagi memastikan sistem pembetungan dapat berfungsi dengan cekap, selamat dan mampan selaras dengan keperluan pembangunan semasa serta masa hadapan.

Kenapa PE penting?
โœ… Membantu reka bentuk paip pembetungan
โœ… Menentukan saiz stesen pam yang sesuai
โœ… Menetapkan kapasiti loji rawatan kumbahan
โœ… Membantu perancangan pembangunan masa depan

Bagaimana PE dianggarkan?

๐Ÿ  Kediaman
Secara amnya, 1 rumah dianggarkan bersamaan 5 PE.

๐Ÿข Komersial
PE dianggarkan berdasarkan keluasan lantai serta bilangan pengguna harian premis tersebut.

๐Ÿ“Œ Contoh mudah:
100 rumah ร— 5 PE = 500 PE

Anggaran ini digunakan untuk membantu menentukan keperluan sistem pembetungan bagi sesuatu kawasan perumahan atau pembangunan.

Di mana PE digunakan?
๐Ÿ“‹ Perancangan
๐Ÿ“ Reka bentuk
๐Ÿ—๏ธ Pembinaan
๐Ÿ‘ท Operasi dan pematuhan

๐Ÿ’ก Tahukah anda?
Tangki septik individu lazimnya sesuai digunakan sehingga 150 PE sahaja.

Melalui pengiraan PE yang tepat, sistem pembetungan dapat dirancang dengan lebih efisien bagi memastikan pengurusan air kumbahan yang lebih teratur demi kesejahteraan rakyat dan pemeliharaan alam sekitar.









29/04/2026

Projek MY-BLUE di UMW HVM Park, Serendah kini siap sepenuhnya.

Fasiliti seluas 110,000 meter persegi ini bakal menjadi tonggak utama dalam memperkukuh rantaian industri bateri kuasa di Asia Tenggara.

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH HULU SELANGOR 2035 (PENGUBAHAN 2)Nota : Semakan hen...
02/02/2026

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH HULU SELANGOR 2035 (PENGUBAHAN 2)

Nota : Semakan hendaklah dibuat terhadap perkara yang terkandung di dalam Draf Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor 2035 (Pengubahan 2) sahaja.

Sukacita dimaklumkan Draf Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor 2035 (Pengubahan 2) telah tersedia untuk disemak oleh Tuan / Puan, Pemilik Tanah, Pemaju Hartanah serta Pihak-Pihak Berkepentingan .

Draf Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor 2035 (Pengubahan 2) melibatkan pengubahan ke atas dua (2) Blok Perancangan (BP) daripada keseluruhan lima (5) Blok Perancangan, sebagaimana yang dinyatakan dalam laporan.

Pengubahan zon guna tanah yang dicadangkan dalam Draf RTDHS 2035 (Pengubahan 2) melibatkan kawasan BP1 : Bukit Beruntung โ€“ Serendah โ€“ Hulu Yam dan BP2 : Kuala Kubu Bharu โ€“ Batang Kali โ€“ Rasa โ€“ Lembah Beringin โ€“ Kerling โ€“ Kalumpang.

Keluasan keseluruhan BP1 adalah 32,514.25 hektar atau 18.51 peratus, manakala keluasan keseluruhan BP2 adalah 30,577.04 hektar atau 17.41 peratus daripada keluasan keseluruhan kawasan kajian. Jumlah keluasan kawasan yang terlibat dengan pengubahan zon guna tanah adalah seluas 1,652.93 hektar atau bersamaan 0.94 peratus daripada keluasan keseluruhan.

Tempoh Semakan Laporan :
3 Februari 2026 Sehingga 6 Mac 2026

Masa Semakan :
9.00 Pagi Sehingga 5.00 Petang (Waktu Pejabat)

Dokumen softcopy boleh dimuat turun melalui Kod QR yang telah disediakan.

Lokasi Semakan :
Jabatan Perancang Bandar, Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu
DAN
PLANMalaysia Selangor, Tingkat 4, Menara PPNS, Pesiaran Damai, Shah Alam

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, Tuan / Puan boleh menghubungi Jabatan Perancang Bandar, Majlis Perbandaran Hulu Selangor ditalian 03-60641331 sambungan 123.

Sebarang maklumbalas dan cadangan terhadap Draf Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor 2035 (Pengubahan 2) boleh dikemukakan melalui borang yang telah disediakan.








04/12/2025

๐ŸŒฑ ๐“๐”๐‰๐”๐€๐ ๐๐„๐๐†๐€๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐“๐€๐๐€๐‡

Di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 [๐‘จ๐’Œ๐’•๐’‚ ๐Ÿ’๐Ÿ–๐Ÿ”], pengambilan tanah dilaksanakan bagi tujuan berikut:

๐Ÿฅ ๐Š๐ž๐ ๐ฎ๐ง๐š๐š๐ง ๐€๐ฐ๐š๐ฆ
Meliputi pembinaan hospital, sekolah, jalan raya, balai bomba, balai polis, laluan kereta api, lapangan terbang dan kemudahan awam lain

๐Ÿ—๏ธ ๐Œ๐ž๐ซ๐š๐ง๐œ๐š๐ค๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ญ๐ฎ๐ฆ๐›๐ฎ๐ก๐š๐ง ๐„๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข
Termasuk pembangunan stesen janakuasa, pencawang elektrik, kawasan kediaman, pertanian, industri dan rekreasi

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)







๏ธ

Address

Jalan Bukit Kerajaan
Kuala Kubu Bharu

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60360641331

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perancang Bandar MPHS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Perancang Bandar MPHS:

Share