Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu

Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu OFFICIALLY NEW PAGE FOR TSHKKB

Kursus Bebas Dadah dan Pengurusan Stress 2025
07/05/2025

Kursus Bebas Dadah dan Pengurusan Stress 2025

Majlis persaraan staff dan majlis Hari Raya 2025 pada 24/4/2025
07/05/2025

Majlis persaraan staff dan majlis Hari Raya 2025 pada 24/4/2025

Telah diadakan Program Lawatan Kerja Rasmi Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) dan Kementerian Belia dan Sukan (Cawanga...
17/07/2024

Telah diadakan Program Lawatan Kerja Rasmi Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) dan Kementerian Belia dan Sukan (Cawangan Hulu Selangor) pada 16.07.2024 yang bertempat di Dewan Bunga Raya TSHKKB. Program bermula seawal pukul 9.00 pagi dengan aktiviti senam robik bersama penghuni TSHKKB yang dikendalikan oleh petugas daripada Kementerian Belia dan Sukan Cawangan Hulu Selangor dan demonstrasi penjagaan gigi bersama petugas Kesihatan Pergigian Kuala Kubu Bharu.

Program diteruskan dengan kehadiran Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) yang disambut oleh Timbalan Pengetua 1 TSHKKB Encik Mohd Syuffian bin Razak. Turut menjadi pengisian program adalah pemeriksaan pergigian kepada penghuni TSHKKB oleh para petugas daripada Kesihatan Pergigian Kuala Kubu Bharu dan sesi beramah mesra Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) bersama penghuni di dalam asrama yang terlibat.

Pihak TSHKKB mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama bersama Kesihatan Pergigian Kuala Kubu Bharu dan Kementerian Belia dan Sukan Cawangan Hulu Selangor dalam menjayakan program pada kali ini. Terima kasih! Jazakumullahu khairan kathira..

Doa Akhir Tahun Hijrah (1445H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zul...
06/07/2024

Doa Akhir Tahun Hijrah (1445H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijjah 1445H bersamaan 6 Julai 2024M (Sabtu).

Doa Awal Tahun Hijrah (1446H) p**a dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 6 Julai 2024M (Sabtu) bersamaan 1 Muharram 1446H.

Salam Maal Hijrah

Pada 19.06.2024 TSHKKB menerima kunjungan lawatan daripada Pelatih Diploma Kejururawatan (Program Peralihan) ILKKM Sunga...
20/06/2024

Pada 19.06.2024 TSHKKB menerima kunjungan lawatan daripada Pelatih Diploma Kejururawatan (Program Peralihan) ILKKM Sungai Buloh yang disambut oleh Puan Pengetua, Puan Kamsiah binti Hussain. Program dimulakan dengan senaman aerobik pelatih dan penghuni TSHKKB yang terlibat kemudian diteruskan dengan ucapan aluan oleh Penyelaras Pengajar, Puan Nur Hafizah binti Ahmad dan seterusnya ucapan perasmian dari Puan Pengetua TSHKKB.

Program turut dimeriahkan dengan aktiviti beramah mesra para pelatih bersama penghuni di dalam asrama, penjagaan diri dan kesihatan penghuni serta agihan cenderahati kepada penghuni.

Pihak TSHKKB mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan dan lawatan daripada para pelatih ILKKM Sungai Buloh.

Pada 17.06.2024 telah diadakan Program Kasih Qurban bersempena Hari Raya Aidiladha 2024 yang bertempat di Perkarangan Ta...
20/06/2024

Pada 17.06.2024 telah diadakan Program Kasih Qurban bersempena Hari Raya Aidiladha 2024 yang bertempat di Perkarangan Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu bagi meraikan penghuni dan warga TSHKKB. Seramai 20 kakitangan yang terlibat dalam proses penyembelihan dan agihan daging qurban pada hari tersebut. Program dimulakan dengan Solat Sunat Aidiladha dan Khutbah Raya seterusnya proses sembelihan lembu qurban.

Pada 11.06.2024 telah berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023 dan Persaraan 2024 Kementerian Pembangunan...
20/06/2024

Pada 11.06.2024 telah berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023 dan Persaraan 2024 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC). Seramai 7 orang kakitangan TSHKKB menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023 bersama dengan beberapa kakitangan dari Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu hadir dengan jayanya.

Seluruh warga kerja Taman Sinar Harapan dan Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu mengucapkan syabas dan tahniah kepada kakitangan yang menerima anugerah tersebut. Semoga kecemerlangan akan sentiasa konsisten untuk semua kakitangan. Tahniah diucapkan!

Iklan Jawatan Kosong!!!Mohon hebahan kepada ahli keluarga dan kenalan yang berminat..
25/04/2024

Iklan Jawatan Kosong!!!

Mohon hebahan kepada ahli keluarga dan kenalan yang berminat..

10/04/2024

Takbir Raya Aidilfitri 1445 H bersama Lajnah Surau Ar-Rahmaniah TSHKKB yang mewakili seluruh warga kerja TSHKKB.. Salam Aidilfitri Mohon Maaf Zahir dan Batin..

Program Ziarah Kasih Penyelaras Parlimen Hulu Selangor telah diadakan di Dewan Bunga Raya Taman Sinar Harapan Kuala Kubu...
06/04/2024

Program Ziarah Kasih Penyelaras Parlimen Hulu Selangor telah diadakan di Dewan Bunga Raya Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu pada 05 April 2024. Program Ziarah ini dihadiri oleh Penyelaras Parlimen Hulu Selangor, Dr Prakash dan disambut dengan kehadiran Puan Pengetua dan Timbalan Pengetua 1 TSHKKB.

Program ini bertujuan untuk menyantuni para penghuni TSHKKB sekaligus meraikan mereka dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Turut memeriahkan program dengan sumbangan daripada Dr Prakash berbentuk keperluan penghuni seperti susu Ensure dan pemberian duit raya kepada penghuni TSHKKB.

Pihak TSHKKB mengucapkan ribuan terima kasih kepada Penyelaras Parlimen Hulu Selangor diatas kesudian untuk menyantuni para penghuni TSHKKB.

Sorotan gambar semasa Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa yang diadakan pada 28.03.2024 bersamaan 17 Ramadhan 1445 ...
04/04/2024

Sorotan gambar semasa Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa yang diadakan pada 28.03.2024 bersamaan 17 Ramadhan 1445 H bertempat di Surau Ar-Rahmaniah TSHKKB..

Address

Taman Sinar Harapan
Kuala Kubu Bharu
44000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu:

Share