Pergigian Hulu Selangor

Pergigian Hulu Selangor Facebook rasmi Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Hulu Selangor Facebook rasmi Pejabat Kesihatan Pergigian Hulu Selangor

😊✨ Kaunter Mesra, Hati Gembira ✨😊Senyuman yang baik bermula dengan layanan yang mesra!Pada 15 Mei 2026, warga kerja PKPD...
15/05/2026

😊✨ Kaunter Mesra, Hati Gembira ✨😊

Senyuman yang baik bermula dengan layanan yang mesra!

Pada 15 Mei 2026, warga kerja PKPD Hulu Selangor telah menghadiri Perhimpunan Pagi dan Taklimat “Kaunter Mesra, Hati Gembira” bagi memperkukuhkan budaya kerja yang lebih profesional, penyayang dan mesra pelanggan. 💙

Terima kasih kepada semua peserta dan urus setia yang telah menjayakan program ini. Semoga setiap senyuman, sapaan dan layanan yang diberikan mampu membawa kegembiraan kepada setiap pelanggan yang hadir. 🌸

“Mesra di kaunter, gembira di hati.” 🫶




15/05/2026

PROGRAM PERKHIDMATAN PERGIGIAN TODDLER (G-TOD) - KOLABORASI BERSAMA AGENSI LUAR

Lawatan pertama program G-Tod di bawah PKPD Hulu Selangor telah berjaya dilaksanakan sepenuhnya oleh klinik - klinik pergigian di daerah Hulu Selangor dengan kerjasama pihak taska yang terpilih.

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan mulut kanak-kanak berumur 0 hingga 4 tahun ke arah mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang optimum.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah kesihatan pergigian, latihan memberus gigi, permainan interaktif dan pemeriksaan gigi kepada kanak- kanak taska.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr Taufiq, Dr Nabilah, Dr Ilyana dan Dr Farhah atas usaha yang dicurahkan.

Semoga program ini dapat memberikan ilmu baru kepada kanak- kanak, pengusaha taska dan terutamanya kepada ibu bapa tentang kepentingan penjagaan kesihatan pergigian sejak dari kecil.




PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN DI KAMPUNG ORANG ASLI SERENDAHTarikh: 6/5/2026Tempat: Kampung Orang Asli Serendah, Hulu Sela...
06/05/2026

PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN DI KAMPUNG ORANG ASLI SERENDAH

Tarikh: 6/5/2026
Tempat: Kampung Orang Asli Serendah, Hulu Selangor

Pasukan pergigian dari Klinik Pergigian Serendah telah mengadakan lawatan sempena program kesihatan pergigian bagi meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan mulut dalam kalangan penduduk setempat.

Program ini diisi dengan pelbagai aktiviti seperti:
🦷 pemeriksaan dan rawatan pergigian
🦷 lawatan ke rumah
🦷 pameran kesihatan pergigian
🦷 permainan interaktif
🦷 latihan memberus gigi
🦷 saringan kanser mulut

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini dan juga terima kasih kepada penduduk kampung di atas sambutan yang diberikan.



PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN DI KAMPUNG ORANG ASLI KOLAM AIR, HULU SELANGOR Tarikh: 25/4/2026Tempat: Kampung Orang Asli K...
28/04/2026

PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN DI KAMPUNG ORANG ASLI KOLAM AIR, HULU SELANGOR

Tarikh: 25/4/2026
Tempat: Kampung Orang Asli Kolam Air, Hulu Selangor

Pasukan pergigian dari Klinik Pergigian Kuala Kubu Bharu telah mengadakan lawatan sempena program kesihatan pergigian bagi meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan mulut dalam kalangan penduduk setempat.

Program ini diisi dengan pelbagai aktiviti seperti:
🦷 pemeriksaan dan rawatan pergigian
🦷 lawatan rumah ke rumah
🦷 pameran kesihatan pergigian
🦷 permainan interaktif

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini dan juga terima kasih kepada penduduk kampung di atas sambutan yang diberikan.



PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN DI KAMPUNG ORANG ASLI CHANGKAT BINTANG, HULU SELANGOR Tarikh: 21/4/2026Tempat: Kampung Orang...
21/04/2026

PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN DI KAMPUNG ORANG ASLI CHANGKAT BINTANG, HULU SELANGOR

Tarikh: 21/4/2026
Tempat: Kampung Orang Asli Changkat Bintang, Hulu Selangor

Pasukan pergigian dari Klinik Pergigian Kuala Kubu Bharu telah mengadakan lawatan sempena program kesihatan pergigian dan pemeriksaan kesihatan yang juga turut bekerjasama dengan pihak PKD Hulu Selangor.

Program ini diisi dengan pelbagai aktiviti seperti
🦷 pemeriksaan dan rawatan pergigian
🦷 lawatan rumah ke rumah
🦷 pameran kesihatan pergigian
🦷 permainan interaktif

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini dan juga terima kasih kepada penduduk kampung di atas sambutan yang diberikan.



🦷✨Program Kesihatan Pergigian Kampung Orang Asli Sungai KelubiPada 9 April 2026,  Klinik Pergigian Serendah telah berjay...
09/04/2026

🦷✨Program Kesihatan Pergigian Kampung Orang Asli Sungai Kelubi

Pada 9 April 2026, Klinik Pergigian Serendah telah berjaya melaksanakan Program Kesihatan Pergigian di Kampung Orang Asli Sungai Kelubi, Serendah bagi meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan mulut dalam kalangan penduduk setempat.

Antara aktiviti yang dijalankan:

🦷 pemeriksaan gigi
🦷 lawatan rumah ke rumah
🦷 pameran kesihatan pergigian
🦷 latihan memberus gigi (LMG)

Sesi interaktif bersama penduduk orang asli turut dijalankan bagi melatih penduduk, terutamanya kanak-kanak, teknik memberus gigi yang berkesan untuk membuang plak secara optimum.

🌸Terima kasih kepada semua yang terlibat dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang program berlangsung 💙

Semoga usaha ini dapat mendedahkan perkhidmatan pergigian kepada komuniti seperti ini dapat diteruskan demi senyuman yang lebih sihat! 😁🪥



PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN DI KAMPUNG ORANG ASLI SONGKOKPada 7 April 2026, Pasukan Pergigian dari KP Ulu Yam Bharu deng...
09/04/2026

PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN DI KAMPUNG ORANG ASLI SONGKOK

Pada 7 April 2026, Pasukan Pergigian dari KP Ulu Yam Bharu dengan kerjasama PKD Hulu Selangor telah mengadakan lawatan sempena program pergigian dan pemeriksaan kesihatan di Kampung Orang Asli Songkok, Batang Kali, Selangor.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah:
🦷Ceramah Pergigian
🦷Latihan Memberus Gigi
🦷Pemeriksaan Gigi dan Saringan Kanser Mulut
🦷Pameran
🦷Permainan Interaktif
🦷Lawatan ke rumah
🦷Pemeriksaan Kesihatan oleh pasukan PKD Hulu Selangor

Terima kasih di atas kerjasama semua anggota pergigian dan kesihatan yang terlibat, serta tahniah kepada semua penduduk kampung di atas sambutan yang menggalakkan.



✨ Senyuman Sihat, Komuniti Bahagia! ✨Pada 7 April 2026, Pasukan Pergigian KP Ulu Yam Bharu bersama PKD Hulu Selangor tel...
08/04/2026

✨ Senyuman Sihat, Komuniti Bahagia! ✨

Pada 7 April 2026, Pasukan Pergigian KP Ulu Yam Bharu bersama PKD Hulu Selangor telah turun padang ke Kampung Orang Asli Songkok bagi menjayakan program pergigian dan pemeriksaan kesihatan yang penuh bermakna 🤍

Sepanjang program, pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat telah dijalankan:
🦷 Ceramah Kesihatan Pergigian
🪥 Latihan Memberus Gigi yang betul
👩‍⚕️ Pemeriksaan Gigi & Saringan Kanser Mulut
📊 Pameran Kesihatan
🎯 Permainan Interaktif
🏠 Lawatan dari rumah ke rumah
💉 Pemeriksaan Kesihatan oleh pasukan PKD

Melihat senyuman dan keterujaan komuniti setempat benar-benar memberi semangat kepada kami semua 💙

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua anggota pergigian dan kesihatan yang terlibat atas komitmen yang padu 🙌
Tidak dilupakan, tahniah dan terima kasih kepada penduduk Kampung Orang Asli Songkok atas sambutan yang sangat menggalakkan!

Semoga usaha kecil ini memberi impak besar ke arah kesihatan pergigian yang lebih baik untuk semua ✨

✨ Sekalung penghargaan buat semua yang terlibat! ✨Setinggi-tinggi penghargaan kepada Klinik Pergigian Embun, Klinik Perg...
27/03/2026

✨ Sekalung penghargaan buat semua yang terlibat! ✨

Setinggi-tinggi penghargaan kepada
Klinik Pergigian Embun, Klinik Pergigian Dental Street dan Klinik Pergigian Aksara atas jalinan kerjasama yang padu bersama Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Hulu Selangor dalam menjayakan Program G-TOD 🦷💙

Program ini merupakan inisiatif KKM bersama klinik pergigian swasta bagi memperkasa penjagaan kesihatan pergigian kanak-kanak awal usia di TASKA 👶✨
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk:
🦷 Pemeriksaan gigi
📚 Pendidikan kesihatan pergigian
🪥 Latihan memberus gigi
📌 Rujukan rawatan susulan

Terima kasih diucapkan juga kepada Pegawai Pergigian Daerah Hulu Selangor, Dr. Rohaida Binti Alias serta Penyelaras Program G-TOD Daerah, Dr Atiqah Syahira Binti Sadikin atas komitmen dan kesudian menyampaikan sijil serta token penghargaan kepada semua klinik yang terlibat 🙏

💫 Semoga kolaborasi ini terus diperkukuh demi melahirkan generasi kecil dengan senyuman sihat dan ceria!

19/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin 🥰
Semoga sambutan Aidilfitri kali ini disambut dengan penuh kesyukuran serta mengeratkan silaturahim sesama kita.

Ikhlas daripada kami warga kerja Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Hulu Selangor ❤️


Address

Jalan Padang Tembak
Kuala Kubu Bharu
44000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60360645370

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergigian Hulu Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pergigian Hulu Selangor:

Share