03/06/2026
TAHNIAH DAN SELAMAT BERTUKAR
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Cik Nor Azizah binti Sarjo, Penolong Pegawai Tadbir N6, Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor, atas kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir N7 di Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkuat kuasa mulai 3 Jun 2026 (Rabu).
Terima kasih atas segala jasa, komitmen dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor bermula 2 Februari 2018 hingga 2 Jun 2026.
Semoga terus cemerlang, maju jaya dan diberkati dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab di tempat baharu.
"Selamat maju jaya dan semoga terus melakar kecemerlangan"
Ikhlas daripada
Pegawai Daerah dan seluruh warga kerja
Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor