17/08/2026
KUNJUNGAN HORMAT JABATAN ALAM SEKITAR CAWANGAN GOMBAK KE ATAS KETUA POLIS DAERAH HULU SELANGOR
Hulu Selangor , 17 Ogos 2026 ( isnin) telah diadakan Kunjungan Hormat Jabatan Alam Sekitar Cawangan Gombak Ke Atas Ketua Polis Daerah Hulu Selangor di Bilik GTR IPD Daerah Hulu Selangor
Kunjungan hormat adalah untuk mengeratkan hubungan dan memperkukuhkan jalinan kerjasama. Memperkenalkan Jentera Jabatan Alam Sekitar kepada KPD Hulu Selangor. Membincangkan perancangan menjalankan program kerjasama dua hala antara PDRM dan Jabatan Alam Sekitar.
Kerjasama strategik antara PDRM dan Jabatan Alam Sekitar (JAS), akan dipergiat untuk membenteras Jenayah Alam Sekitar, seperti pemprosesan sisa elektronik haram (E-Waste), pelepasan asap pencemaran udara, pembuangan sisa toksik haram dan lain - lain yang berkaitan.
Pihak Jabatan Alam Sekitar juga mohon bantuan PDRM untuk melaksanakan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah terhadap pesalah- pesalah alam sekitar yang tidak memberi kerjasama. Sesi kunjungan hormat berjalan dengan lancar dan baik.
Turut Hadir YDH Supt Manimaran A/L Muniandi (KPD Hulu Selangor), ASP Nailah binti Lukeman @ Othman ( KBPD) , ASP Afzainizam bin Che Rasid (KBPJKKD),ASP MD Shahrul Bin MD Salleh (KBSJD), ASP Nooreffendy Bin Mokhtarudin (KBSJND), Insp Jay Ganesh a/l Balakrishnan (Insp Trafik), Insp Azman bin Abdul Karim (KC OP/KSS BPJKKD), En.Mohd Azali bin Mohamed(Ketua Cawangan), Puan Yuiliana binti Ramli(Tim.Ketua Cawangan), En.Shahrul Azwan bin Ahmad Tarmize(Penolong Jurutera) dan En.Yuhazwan bin Abdul Halim(Pen.Jurutera)