AMK KUALA KRAI

AMK KUALA KRAI “ANGKATAN MUDA KEADILAN KUALA KRAI”
(2025-2028)

16/12/2025
*_KEJOHANAN BOLA JARING TERBUKA KG. STONG_*_Anjuran: (En. Amirul Firdaus Bin Ahmad Razlan) Kelab Penggerak Belia Kampung...
01/10/2025

*_KEJOHANAN BOLA JARING TERBUKA KG. STONG_*

_Anjuran: (En. Amirul Firdaus Bin Ahmad Razlan) Kelab Penggerak Belia Kampung Dabong_

_Tarikh: 4/10/2025 @ Sabtu_
_Masa: 8.00 pagi - 3.30 ptg_
_Tempat: Gelanggang Bola Jaring KPK Kg. Stong_

_Dirasmikan Oleh: Pegawai Belia & Sukan Daerah Kuala Krai_

_JOM HADIR RAMAI² MEMERIAHKAN KEJOHANAN_

_ADA CABUTAN BERTUAH & BANYAK HADIAH MENANTI_

KETUA AMK Kuala Krai Bersama AJK AMK Kuala Krai Menziarahi Anggota Keadilan Dan Turut Turun Menyantuni Sambil Menyerahka...
31/08/2025

KETUA AMK Kuala Krai Bersama AJK AMK Kuala Krai Menziarahi Anggota Keadilan Dan Turut Turun Menyantuni Sambil Menyerahkan Barangan Sukan Dan Menyalurkan Sumbangan Berbentuk Tunai Untuk Anak Muda Sekitar Pahi Dun Guchil..

02/07/2025

Program pertama Ketua AMK Kuala Krai berjalan lancar & mendapat sambutan hebat. AJK turut sama terlibat sebagai urusetia yang menampakkan keupayaan dan kemahiran mengurus sebuah kejohanan besar. Di awal pagi sebelum bermula kejohanan, lagu Negaraku dinyanyikan semua pemain menandakan sukan membentuk semangat patriotik dan cintakan negara! Kesungguhan anak muda beraksi lincah sehingga wisel penamat meletakkan kejohanan futsal dengan 32 pasukan ini bukan sekadar mengisi masa lapang tetapi gelanggang anak muda mempamerkan skill dan semangat berpasukan yang tinggi. Di akhir kejohanan, Ketua AMK menyampaikan ucapan dengan semangat berkobar-kobar & menarik sehingga anak muda menumpukan penuh perhatian. Isi ucapan yang menarik dan sarat dengan kata-kata semangat mendapat tepukan gemuruh tanpa henti dari pemain dan penonton. Memerhati dari dekat dan meneliti keseluruhan kejohanan yang berlangsung, maka bolehlah disimpulkan bahawa Aktiviti Sulung AMK 2025-2028 berada pada aras terbaik dan cemerlang! Syabas.

Semangat anak muda perlu bangkit! Kejohanan futsal Piala Ketua AMK Kuala Krai kita luncurkan bagi menghimpunkan 32 pasuk...
27/06/2025

Semangat anak muda perlu bangkit! Kejohanan futsal Piala Ketua AMK Kuala Krai kita luncurkan bagi menghimpunkan 32 pasukan anak muda bersaing secara sihat secara berpasukan yang bervisi dan misi jelas ke arah matlamat yang sama. Semoga titik mula ini menjadi langkah pertama AMK Kuala Krai membentuk team yang kuat bagi menggerakkan agenda untuk belia di Kuala Krai keseluruhannya..


AMK Kuala Krai telah mengadakan Mesyuarat AMK Bil. 1/2025. Hampir keseluruhan anak muda muka baru yang mengisi barisan k...
22/06/2025

AMK Kuala Krai telah mengadakan Mesyuarat AMK Bil. 1/2025. Hampir keseluruhan anak muda muka baru yang mengisi barisan kepimpinan 2025-2028 tentunya hadir dengan semangat dan kelayakan bagi menyempurnakan amanah yang di letakkan di bahu AJK. Perjalanan mesyuarat yang dipimpin Ketua AMK Kuala Krai berjalan lancar dalam suasana harmoni dan fokus. Perubahan kepimpinan penggal ini tentunya menuntut pembaharuan dari segi kepimpinan dan gerak kerja agar sayap penting parti ini mampu merempuh halangan dan cabaran demi membawa inspirasi dalam perjuangan yang perlu di pacu lebih gah dan berdaya!


Address

Kuala Krai
Kuala Krai

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AMK KUALA KRAI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share