Pejabat Kebajikan Kuala Krai Kelantan

Pejabat Kebajikan Kuala Krai Kelantan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Kebajikan Kuala Krai Kelantan, Government Organization, Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Kuala Krai Bangunan Wisma Persekutuan, Kuala Krai.

"KEBAJIKAN ANDA KOMITMEN KAMI"

Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan berkualiti dengan mesra dan berintegriti berlandaskan teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian bagi kumpulan sasar.

**NOTIS PENUTUPAN OPERASI PEJABAT**Dimaklumkan bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan ...
24/05/2026

**NOTIS PENUTUPAN OPERASI PEJABAT**

Dimaklumkan bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Kuala Krai akan ditutup sementara bermula pada tarikh yang ditetapkan.

Pejabat akan kembali beroperasi seperti biasa pada 2 Jun 2026 (Selasa).

Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama semua pihak amat dihargai.

Terima kasih.

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan
Jkm Kuala Krai Kelantan
Kerajaan Negeri Kelantan

โœจ ๐ˆ๐›๐ฎ/๐๐š๐ฉ๐š/๐๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ ๐š ๐Š๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐€๐ง๐š๐ค ๐€๐ฎ๐ญ๐ข๐ฌ๐ฆ๐ž, ๐๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š ๐๐š๐ข๐ค ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐€๐ง๐๐š! โœจPermohonan Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme 2026 kini...
14/05/2026

โœจ ๐ˆ๐›๐ฎ/๐๐š๐ฉ๐š/๐๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ ๐š ๐Š๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐€๐ง๐š๐ค ๐€๐ฎ๐ญ๐ข๐ฌ๐ฆ๐ž, ๐๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š ๐๐š๐ข๐ค ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐€๐ง๐๐š! โœจ

Permohonan Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme 2026 kini dibuka semula bermula 15 Mei 2026 hingga 15 Julai 2026 bagi membantu meringankan kos pembelajaran anak-anak autisme.

Melalui inisiatif ini, bantuan sebanyak ๐‘๐Œ๐Ÿ,๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ secara one-off diberikan kepada anak autisme yang layak bagi menyokong akses kepada pembelajaran dan intervensi awal yang berkualiti.

๐Ÿ“Œ Syarat kelayakan utama:
โœ”๏ธ Warganegara Malaysia
โœ”๏ธ Anak autisme pemegang Kad OKU JKM berumur bawah 18 tahun
โœ”๏ธ Pendapatan per kapita isi rumah tidak melebihi RM5,000
โœ”๏ธ Mengikuti pembelajaran di pusat pembelajaran bertauliah

๐Ÿ“Jangan lepaskan peluang ini untuk membantu perkembangan dan masa depan anak-anak istimewa kita.

Hajah Nancy Haji Shukri
Lim Hui Ying ๆž—ๆ…ง่‹ฑ
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
PMO Malaysia
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan
Jkm Kuala Krai Kelantan









JPWPKL menafikan pengeluaran poster berkenaan. Maklumat seperti poster tersebut adalah ๐๐€๐‹๐’๐”.Orang ramai diminta agar ti...
29/04/2026

JPWPKL menafikan pengeluaran poster berkenaan. Maklumat seperti poster tersebut adalah ๐๐€๐‹๐’๐”.

Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.

TIDAK PASTI, JANGAN KONGSI!

23/04/2026
22/04/2026

Kerjasama strategik antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jajahan Kuala Krai dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kuala Krai membuktikan bahawa tiada halangan dalam memastikan hak setiap rakyat terus dipelihara.

Misi pendaftaran lewat kelahiran di Kampung Bahagia, Kuala Krai ini menuntut komitmen tinggi apabila pegawai perlu menempuh perjalanan hampir 45 minit sehala menaiki bot melawan arus Sungai Kelantan demi menyantuni klien di kawasan pedalaman. Klien merupakan penerima Bantuan Am JKM sejak tahun 2023.

Klien perlu dibantu dalam urusan dokumentasi penting ini, sekali gus membuka akses kepada pelbagai kemudahan asas seperti pendidikan, kesihatan dan bantuan sosial secara sah.

Inisiatif ini membuktikan bahawa agensi kerajaan sentiasa komited memastikan tiada rakyat tercicir daripada sistem pendaftaran negara walau berdepan cabaran geografi dan logistik.

Pendaftaran kelahiran adalah tanggungjawab wajib setiap ibu bapa atau penjaga sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299). Kegagalan mendaftarkan kelahiran bukan sahaja boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti denda atau penalti, malah memberi implikasi besar kepada masa depan individu termasuk kesukaran mendapatkan pendidikan, rawatan kesihatan dan perlindungan sosial.

Kerjasama JKMโ€“JPN ini bukan sekadar penyampaian perkhidmatan, tetapi satu usaha menyeluruh dalam memastikan setiap individu memiliki identiti sah, dilindungi haknya, dan tidak terpinggir daripada arus pembangunan negara.

01/04/2026

Siasatan kes 31 Mac 2026

๐Ÿ“… 31 Mac 2026

Alhamdulillah, selesai tugasan siasatan lapangan bagi dua (2) kes klien JKM di Kampung Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan.

Siasatan telah dilaksanakan oleh Pegawai Penyiasat, Encik Muhammad Alimin bin Ali dan Encik Mohd Shukri bin Mohd Nawi bagi menilai permohonan bantuan kewangan yang dikemukakan oleh klien kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Krai (PKMJ Kuala Krai).

Proses siasatan ini bertujuan mendapatkan maklumat yang tepat dan menyeluruh berkaitan latar belakang, keperluan semasa serta kelayakan klien, agar setiap bantuan yang dipohon dapat dipertimbangkan secara adil, telus dan berkesan.

Semoga segala urusan dipermudahkan dan bantuan yang disalurkan dapat memberi manfaat serta meringankan beban klien yang memerlukan. ๐Ÿคฒ

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan
Jkm Kuala Krai Kelantan







20/03/2026

Takbir bergema, syahdu menusuk jiwaโ€ฆ ๐ŸŒ™โœจ

Warga PKMJ Kuala Krai mengalunkan takbir, tahmid dan tahlil tanda kesyukuran menyambut kemenangan di hari yang mulia ini.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu rahmat, mengeratkan silaturahim dan menyuburkan kasih sayang sesama kita.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Ikhlas daripada kami,
Jkm Kuala Krai Kelantan

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan
Kerajaan Negeri Kelantan



Address

Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Kuala Krai Bangunan Wisma Persekutuan
Kuala Krai
18000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kebajikan Kuala Krai Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Kebajikan Kuala Krai Kelantan:

Share