JKR Jajahan Kuala Krai, Kelantan

JKR Jajahan Kuala Krai, Kelantan JKR Kuala Krai

Untuk makluman dan hebahanSukacita dimaklumkan bahawa sempena Cuti Sekolah dan Perayaan Aidiladha yang akan datang, piha...
21/05/2026

Untuk makluman dan hebahan

Sukacita dimaklumkan bahawa sempena Cuti Sekolah dan Perayaan Aidiladha yang akan datang, pihak Ketua Jajahan Kuala Krai dan IPD Kuala Krai dengan kerjasama JKR Jajahan Kuala Krai akan mengaktifkan mod amber lampu isyarat di lokasi-lokasi yang dinyatakan. Bagi lampu isyarat Guchil, akan bermula pada 30 Mei 2026 hingga ke tarikh yang akan dimaklumkan semula.

Sehubungan dengan itu, mohon semua pengguna memandu dengan berhemah dan berhati-hati serta mematuhi had laju yang ditetapkan demi keselamatan semua.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H dan Selamat Menunaikan Ibadah Korban.

JURUTERA JAJAHAN,
JKR KUALA KRAI.





NOTIS SEBUTHARGA KERJAJKR.KK/SH 09(PB)/2026KERJA PEMBAIKAN CERUN DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG...
13/05/2026

NOTIS SEBUTHARGA KERJA

JKR.KK/SH 09(PB)/2026
KERJA PEMBAIKAN CERUN DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG KARANGAN, KUALA KRAI, KELANTAN

Sebut Harga adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di Negeri Kelantan dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah dalam Gred G3 Kategori CE Pengkhususan CE08 & CE21 .
(Tempoh sah sijil-sijil hendaklah tidak kurang 90 hari dari tarikh tutup iklan ini)

Lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN (Peyebutharga hendaklah kemukakan Sijil Pendaftaran Asal CIDB (Perakuan Pendaftaran Kontraktor & Sijil Perolehan Kerja Kerajaan) & PKK (Sijil Taraf Bumiputera), SSM (Sijil Pendaftaran Syarikat). Surat Kebenaran Khas CIDB adalah tidak dibenarkan. Taklimat akan diadakan seperti berikut:
Tarikh:19/05/2026 (SELASA)
Masa:11:00 pagi - 11:30 pagi (Pendaftaran)
11:30 pagi (Jangkaan Taklimat)
Tempat:DEWAN SK KAMPONG KARANGAN

(Perhatian: Semasa menghadiri lawatan tapak, kontraktor diwajibkan berkasut dan berpakaian
formal dan tidak dibenarkan menghantar wakil)

Sila rujuk Notis Sebutharga untuk maklumat lanjut.
https://s3pk.jkr.gov.my/pc9/IklanDetails.aspx?refNo=PRO260512154233531

Sekian, dimaklumkan

🚧 NOTIS MAKLUMAN AWAM 🚧PEMAKLUMAN PENGAKTIFAN JALAN LENCONGAN SEMENTARA MELIBATKAN KM5 DI KAMPUNG SEPULOH DI LALUAN D220...
07/05/2026

🚧 NOTIS MAKLUMAN AWAM 🚧

PEMAKLUMAN PENGAKTIFAN JALAN LENCONGAN SEMENTARA MELIBATKAN KM5 DI KAMPUNG SEPULOH DI LALUAN D220 JALAN SUNGAI DURIAN/CHENULANG, KUALA KRAI, KELANTAN.

Adalah dimaklumkan jalan seperti yang dinyatakan di atas, Pengaktifan jalan lencongan sementara ini akan bermula pada 29 APRIL 2026. Sehubungan dengan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan memandu secara berhemah dan peka dengan papan tanda sebelum kawasan kerja.

* Sila patuhi arahan papan tanda dan kawalan lalulintas yang disediakan.
* Kerjasama sepenuhnya dari semua pengguna jalan raya amat diharapkan

🚧 NOTIS MAKLUMAN AWAM 🚧NOTIS KERJA KERJA MEMBAIKPULIH JALAN ROSAK DENGAN KAEDAH MILL&PAVE ASPHALTIC CONCRETE 14 WEARING ...
05/05/2026

🚧 NOTIS MAKLUMAN AWAM 🚧

NOTIS KERJA KERJA MEMBAIKPULIH JALAN ROSAK DENGAN KAEDAH MILL&PAVE ASPHALTIC CONCRETE 14 WEARING (AC14) DI LALUAN FT008 JALAN GUA MUSANG - KOTA BHARU DAN LAIN - LAIN KERJA YANG BERKAITAN SERTA KERJA MENGECAT GARISAN JALAN DI JAJAHAN KUALA KRAI KELANTAN.

Adalah dimaklumkan jalan seperti yang dinyatakan di atas akan bermula kerja kerja baikpulih jalan rosak Mill&Pave. Bermula pada 9 MEI 2026 HINGGA 17 MEI 2026 BERMULA JAM 10.00 PAGI HINGGA 7.00 PETANG Sehubungan dengan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan memandu secara berhemah dan peka dengan papan tanda sebelum kawasan kerja

* Sila patuhi arahan papan tanda dan kawalan lalulintas yang disediakan.
* Kerjasama sepenuhnya dari semua pengguna jalan raya amat diharapkan







Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Sukacita dimaklumkan bahawa Pembinaan Jalan Manek Urai (Jalan dari FT8 Laluan Pers...
04/05/2026

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pembinaan Jalan Manek Urai (Jalan dari FT8 Laluan Persekutuan ke Jambatan Manek Urai) telah siap dan dibuka kepada kenderaan awam.

Sehubungan dengan itu, mohon pengguna berhati-hati di simpang tersebut dan mohon juga tidak menjadikan susur dan lorong di simpang tersebut sebagai laluan memotong - demi keselamatan bersama.

Sekian untuk makluman semua pengguna.

Pesanan ikhlas,
JKR Jajahan Kuala Krai

PIAGAM PELANGGAN JABATAN KERJA RAYA (JKR)
09/04/2026

PIAGAM PELANGGAN JABATAN KERJA RAYA (JKR)

NOTIS SEBUT HARGA KERJAJKR.KK/SH 08(PJ)/2026KERJA-KERJA MEMBEKAL DAN MEMASANG RUMPUT SERTA KERJA BERKAITAN BAGI PROJEK P...
07/04/2026

NOTIS SEBUT HARGA KERJA

JKR.KK/SH 08(PJ)/2026
KERJA-KERJA MEMBEKAL DAN MEMASANG RUMPUT SERTA KERJA BERKAITAN BAGI PROJEK PENGGANTIAN JAMBATAN FT008/342/80, SG.DURIAN, KUALA KRAI, KELANTAN.

Sebut Harga adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di Negeri Kelantan dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah dalam Gred G1 Kategori CE Pengkhususan CE14

PENYEBUTHARGA YANG INGIN MENYERTAI SEBUTHARGA INI WAJIB MENGEMUKAKAN SIJIL PEMATUHAN CUKAI (TCC) BERSAMA DOKUMEN SEBUTHARGA.

*Sila rujuk Notis Sebutharga yang dilampirkan untuk maklumat lanjut.

Pada Isnin, 16 Mac 2026, telah berlangsung Tazkirah Ramadan di pejabat JKR Kuala Krai sebagai salah satu pengisian rohan...
16/03/2026

Pada Isnin, 16 Mac 2026, telah berlangsung Tazkirah Ramadan di pejabat JKR Kuala Krai sebagai salah satu pengisian rohani sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Tazkirah telah disampaikan oleh Imam Tua Masjid Jamek Annur Guchil Kuala Krai, Al-Fadhil Ustaz Abdullah Bin Ismail, yang berkongsi peringatan dan nasihat yang sangat bermanfaat kepada semua yang hadir.

Dalam perkongsian tersebut, penceramah menyentuh tentang takrifan takwa, iaitu menjaga diri dengan melaksanakan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya dengan penuh keikhlasan dan rasa takut kepada-Nya. Takwa juga bermaksud sentiasa berhati-hati dalam setiap perbuatan serta menjadikan Allah sebagai panduan dalam setiap langkah kehidupan.

Ramadan merupakan madrasah terbaik untuk melatih diri menjadi insan yang bertakwa. Melalui ibadah puasa, kita dididik untuk menahan diri, mengawal nafsu, memperbanyakkan amal ibadah serta memperbaiki hubungan dengan Allah SWT dan sesama manusia.

Semoga setiap ilmu dan peringatan yang dikongsikan memberi manfaat kepada kita semua serta menjadi dorongan untuk terus memperbaiki diri, bukan sahaja sepanjang Ramadan tetapi juga dalam kehidupan seharian.

Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz Abdullah Bin Ismail atas perkongsian ilmu serta kepada semua warga pejabat yang hadir memeriahkan majlis ini.

Semoga segala amalan kita diterima dan Ramadan kali ini menjadikan kita insan yang lebih dekat kepada Allah SWT. 🌙✨


10/07/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat beberapa kerja pembinaan yang akan dan sedang giat dilaksanakan di jalan-jalan sekitar Jajahan Kuala Krai.

Sehubungan dengan itu, pengguna jalan raya diingatkan supaya peka dengan papan tanda yang diletakkan dan memandu dengan berhemah.

Berikut senarai lokasi kerja yang terlibat:

1. Membaikpulih jalan rosak di FT008 Seksyen 335.40-336.90 Jalan Gua Musang - Kota Bharu (Landmark: Lorong memotong di Telekong) - Sedang dilaksanakan

2. Membaikpulih jalan rosak di FT008 Seksyen 311.80-312.50 Jalan Gua Musang - Kota Bharu (Landmark: Kg. Peria) - Sedang dilaksanakan

3. Membaikpulih jalan rosak di FT66 Seksyen 51.00-54.00 Jalan Kg. Sungai Sam - Jeli (Landmark: Kg. Bukit Bedak & Jambatan Sg. Mempelam) - Sedang dilaksanakan

4. Membaikpulih jalan rosak di FT008 Seksyen Seksyen 326.40-327.75 Jalan Gua Musang - Kota Bharu (Landmark: Kg. Tok Bok) - Jangka dilaksanakan pertengahan Julai 2025

5. Membaikpulih jalan rosak di FT8 Seksyen 301.00-302.00 Jalan Gua Musang - Kota Bharu (Landmark: Kg. Ragu) - Jangka dilaksanakan pertengahan Julai 2025

6. Membaikpulih jalan rosak di FT008 Seksyen 298.00-299.00 Jalan Gua Musang - Kota Bharu (Landmark: Kg. Manjor) - Sedang dilaksanakan

7. Membaikpulih jalan rosak di FT008 Seksyen 303.00-304.00 Jalan Gua Musang - Kota Bharu (Landmark: Jambatan Sg. Sok) - Jangka dilaksanakan pertengahan Julai 2025

8. Membaikpulih jalan rosak di FT008 Seksyen Seksyen 306.31-307.00 Jalan Gua Musang - Kota Bharu (Landmark: Manek Urai) - Jangka dilaksanakan pertengahan Julai 2025

9. Kerja Menaiktaraf Infrastruktur Keselamatan Jalanraya (Lampu Isyarat) Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Persimpangan Laluan Persekutuan FT008, Seksyen 295.7, Jalan Kota Bharu - Gua Musang, Kuala Krai, Kelantan (Landmark - Simpang Kg. Laloh) - Sedang dilaksanakan

Sekian untuk makluman semua pengguna.

30/06/2025




Address

Pejabat Jurutera Jajahan JKR Kuala Krai
Kuala Krai
18000

Telephone

+6099666140

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKR Jajahan Kuala Krai, Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JKR Jajahan Kuala Krai, Kelantan:

Share