JPS Jelebu

JPS Jelebu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from JPS Jelebu, Government Organization, Pejabat Jurutera Daerah, Tingkat 2, Kompleks Pentadbiran Daerah, Kuala Klawang.

SESI PERTEMUAN BERSAMA YB ADUN KLAWANG09.09.2026 - Sesi pertemuan bersama Yang Berhormat Tuan Danni Rais, ADUN Klawang b...
09/09/2026

SESI PERTEMUAN BERSAMA YB ADUN KLAWANG

09.09.2026 - Sesi pertemuan bersama Yang Berhormat Tuan Danni Rais, ADUN Klawang bersama Jurutera Daerah dan Penolong Jurutera JPS Jelebu telah diadakan bagi membincangkan isu-isu semasa serta perancangan dan program pembangunan yang melibatkan kawasan DUN Klawang.

Dalam sesi ini, turut dibentangkan perkembangan projek-projek JPS yang telah selesai dilaksanakan serta projek-projek yang sedang dalam pelaksanaan, termasuk status dan kemajuan semasa projek.

Pertemuan ini menjadi platform penting untuk memperkukuh kerjasama serta mendapatkan pandangan dan maklum balas bagi memastikan isu-isu berkaitan dapat ditangani dengan lebih berkesan demi kepentingan dan kesejahteraan masyarakat setempat.


Pendaftaran dan Taklimat Sebutharga Kerja Gred G109.09.2026 - Pagi ini telah berlangsung sesi pendaftaran dan taklimat s...
09/09/2026

Pendaftaran dan Taklimat Sebutharga Kerja Gred G1

09.09.2026 - Pagi ini telah berlangsung sesi pendaftaran dan taklimat sebutharga bagi 1 kerja berkala yang bertempat di Perkarangan Pejabat JPS Daerah Jelebu. Sebutharga ini dipelawa bagi kontraktor gred G1.

Sesi taklimat ringkas berkaitan skop kerja, syarat-syarat serta garis masa sebutharga telah disampaikan oleh Jurutera Daerah dengan kehadiran seramai 31 kontraktor. Taklimat ini berakhir pada jam 10.00 pagi.

๐—ก๐—ข๐—ง๐—œ๐—ฆ ๐—œ๐—ž๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—จ๐—ง๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—•๐—œ๐—Ÿ.๐Ÿฒ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒPermohonan adalah dibuka kepada kontraktor berdaftar ๐—š๐—ฟ๐—ฒ๐—ฑ ๐—š๐Ÿญ yang mempunyai pengk...
07/09/2026

๐—ก๐—ข๐—ง๐—œ๐—ฆ ๐—œ๐—ž๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—จ๐—ง๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—•๐—œ๐—Ÿ.๐Ÿฒ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Permohonan adalah dibuka kepada kontraktor berdaftar ๐—š๐—ฟ๐—ฒ๐—ฑ ๐—š๐Ÿญ yang mempunyai pengkhususan ๐—–๐—˜๐Ÿฎ๐Ÿญ, ๐—–๐—˜๐Ÿฌ๐Ÿฒ @ ๐—–๐—˜๐Ÿฏ๐Ÿฒ

๐—ง๐—ฎ๐—ธ๐—น๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚๐˜๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ (๐——๐—œ๐—ช๐—”๐—๐—œ๐—•๐—ž๐—”๐—ก)
๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต : ๐Ÿต ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—ฅ๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚)
๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ : ๐Ÿต.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ด๐—ถ
๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ : ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐—๐—ฃ๐—ฆ ๐—๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚

๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ผ๐—ธ๐˜‚๐—บ๐—ฒ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚๐˜๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ
๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต : ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ ๐Ÿญ๐Ÿณ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ : ๐Ÿต.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ด๐—ถ โ€“ ๐Ÿฐ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด
๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ : ๐—ž๐—ฎ๐˜‚๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐—๐—ฃ๐—ฆ ๐—๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚

๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต ๐—ง๐˜‚๐˜๐˜‚๐—ฝ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚๐˜๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ
๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต : ๐Ÿญ๐Ÿณ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—ž๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ถ๐˜€)
๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ : ๐Ÿญ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐˜๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ต ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat JPS Jelebu di talian 06-610 0202.

Majlis Persaraan Warga JPS Jelebu27.08.2026 - Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada En. Nuruddin...
27/08/2026

Majlis Persaraan Warga JPS Jelebu

27.08.2026 - Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada En. Nuruddin Bin Samah, yang telah menabur bakti selama 26 tahun bersama JPS Jelebu.

En. Nuruddin akan bersara wajib pada 31/8/2026. Sepanjang tempoh perkhidmatan yang bermula pada 9/3/2001, beliau telah banyak menyumbang tenaga dan komitmen sebagai Pembantu Khidmat Am (H1), khususnya dalam melaksanakan tugasan di lapangan serta pengurusan Empang Sungai Buloh.

Majlis persaraan ini bukan sekadar tanda perpisahan, tetapi sebagai penghargaan atas segala jasa, bakti dan pengorbanan yang telah dicurahkan.

Selamat bersara, En. Nuruddin. Semoga terus dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan ketenangan bersama keluarga tercinta.

Jasa dikenang, budi disanjung.

Lawatan Jurutera Daerah bersama YB ADUN Chennah13.08.2026-Jurutera Daerah bersama YB Siow Kong Choon dan pihak JAKOA tel...
15/08/2026

Lawatan Jurutera Daerah bersama YB ADUN Chennah

13.08.2026-Jurutera Daerah bersama YB Siow Kong Choon dan pihak JAKOA telah mengadakan lawatan tapak bagi meninjau isu laluan yang terputus akibat kerosakan pembetung di Perkampungan Orang Asli, Kampung Rangoi. JPS Jelebu turut hadir bagi memberikan pandangan dan nasihat teknikal berkaitan kaedah penyelesaian yang bersesuaian bagi mengatasi permasalahan tersebut.

Lawatan kemudiannya diteruskan ke Kampung Serdai Ulu bagi meninjau aduan berkaitan hakisan tebing Sungai Jerang. Berdasarkan hasil tinjauan, isu tersebut dipercayai berpunca daripada aktiviti pengalihan jajaran sungai yang dilaksanakan tanpa kelulusan. JPS Jelebu akan mengambil tindakan susulan yang bersesuaian bagi memastikan isu berkenaan dapat ditangani dengan sewajarnya.

Pendaftaran dan Taklimat Sebutharga Kerja Gred G110.08.2026 - Pagi ini telah berlangsung sesi pendaftaran dan taklimat s...
11/08/2026

Pendaftaran dan Taklimat Sebutharga Kerja Gred G1

10.08.2026 - Pagi ini telah berlangsung sesi pendaftaran dan taklimat sebutharga bagi 2 kerja berkala yang bertempat di Perkarangan Pejabat JPS Daerah Jelebu. Sebutharga ini dipelawa bagi kontraktor gred G1.

Sesi taklimat ringkas berkaitan skop kerja, syarat-syarat serta garis masa sebutharga telah disampaikan oleh Penlong Jurutera dengan kehadiran seramai 55 kontraktor. Taklimat ini berakhir pada jam 11.00 pagi.

๐—ก๐—ข๐—ง๐—œ๐—ฆ ๐—œ๐—ž๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—จ๐—ง๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—•๐—œ๐—Ÿ.๐Ÿฑ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒPermohonan adalah dibuka kepada kontraktor berdaftar ๐—š๐—ฟ๐—ฒ๐—ฑ ๐—š๐Ÿญ yang mempunyai pengk...
04/08/2026

๐—ก๐—ข๐—ง๐—œ๐—ฆ ๐—œ๐—ž๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—จ๐—ง๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—•๐—œ๐—Ÿ.๐Ÿฑ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Permohonan adalah dibuka kepada kontraktor berdaftar ๐—š๐—ฟ๐—ฒ๐—ฑ ๐—š๐Ÿญ yang mempunyai pengkhususan ๐—–๐—˜๐Ÿฌ๐Ÿญ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—–๐—˜๐Ÿฎ๐Ÿญ.

๐—ง๐—ฎ๐—ธ๐—น๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚๐˜๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ (๐——๐—œ๐—ช๐—”๐—๐—œ๐—•๐—ž๐—”๐—ก)
๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต : ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—œ๐˜€๐—ป๐—ถ๐—ป)
๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ : ๐Ÿต.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ด๐—ถ
๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ : ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐—๐—ฃ๐—ฆ ๐—๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚

๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ผ๐—ธ๐˜‚๐—บ๐—ฒ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚๐˜๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ
๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต : ๐Ÿญ๐Ÿญ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ ๐Ÿญ๐Ÿณ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ : ๐Ÿต.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ด๐—ถ โ€“ ๐Ÿฐ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด
๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ : ๐—ž๐—ฎ๐˜‚๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐—๐—ฃ๐—ฆ ๐—๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚

๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต ๐—ง๐˜‚๐˜๐˜‚๐—ฝ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚๐˜๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ
๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต : ๐Ÿญ๐Ÿณ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—œ๐˜€๐—ป๐—ถ๐—ป)
๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ : ๐Ÿญ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐˜๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ต ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat JPS Jelebu di talian 06-610 0202.

Lawatan teknikal bersama PDT Jelebu18.05.2026 - Lawatan teknikal telah diadakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Jele...
18/05/2026

Lawatan teknikal bersama PDT Jelebu

18.05.2026 - Lawatan teknikal telah diadakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Jelebu bersama Jurutera Daerah dan Penolong Jurutera, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Jelebu bagi membincangkan isu kerosakan jambatan, pembetung serta runtuhan tebing sungai akibat hujan lebat dan kejadian banjir yang berlaku.

Antara lokasi yang dilawati ialah Kg Geylang, Kg Kuala Pah, Kg Putra dan Kg Rambai Baris.

Dalam lawatan tersebut, JPS Jelebu selaku agensi teknikal telah memberikan pandangan serta cadangan kerja-kerja pembaikan yang bersesuaian agar isu yang dihadapi dapat ditangani dengan segera dan berkesan demi keselamatan dan kesejahteraan penduduk setempat.


Pendaftaran dan Taklimat Sebutharga Kerja Gred G118.05.2026 - Pagi ini telah berlangsung sesi pendaftaran dan taklimat s...
18/05/2026

Pendaftaran dan Taklimat Sebutharga Kerja Gred G1

18.05.2026 - Pagi ini telah berlangsung sesi pendaftaran dan taklimat sebutharga bagi 4 kerja berkala yang bertempat di Perkarangan Pejabat JPS Daerah Jelebu. Sebutharga ini dipelawa bagi kontraktor gred G1.

Sesi taklimat ringkas berkaitan skop kerja, syarat-syarat kontrak serta garis masa sebutharga telah disampaikan oleh Penolong Jurutera dengan kehadiran seramai 53 kontraktor. Taklimat ini berakhir pada jam 10.30 pagi.


Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Perkhi...
16/05/2026

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan yang telah diadakan di Hotel Klana Resort, Seremban. Seramai dua (2) orang pegawai dari JPS Jelebu adalah penerima anugerah tersebut, iaitu :

1. En. Mohd Shahrernizar Bin Abd Latif (Penolong Jurutera, JA5)
2. En. Mohd Zaki Bin Azman (Pembantu Khidmat Am, H1)

Pengiktirafan ini merupakan penghargaan atas komitmen, dedikasi dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab kepada rakyat dan negeri.

Semoga anugerah ini menjadi inspirasi dan pembakar semangat untuk terus memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang.


Address

Pejabat Jurutera Daerah, Tingkat 2, Kompleks Pentadbiran Daerah
Kuala Klawang
71600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPS Jelebu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share