Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu

Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA..

WANG BERKURANGAN DALAM AKAUN  - JANGAN JADI MANGSA PENIPUAN
02/06/2026

WANG BERKURANGAN DALAM AKAUN - JANGAN JADI MANGSA PENIPUAN

🚨 MURAH SANGAT, AKHIRNYA MENANGIS! 🚨Jangan mudah terpedaya dengan harga yang terlalu murah di media sosial.✅ Semak nombo...
31/05/2026

🚨 MURAH SANGAT, AKHIRNYA MENANGIS! 🚨

Jangan mudah terpedaya dengan harga yang terlalu murah di media sosial.

✅ Semak nombor akaun di Semak Mule
✅ Pilih platform yang mempunyai perlindungan pembeli
✅ Elakkan membuat pembayaran kepada individu yang tidak dikenali.

Ingat, scammer sentiasa mencari peluang. Jadilah pengguna yang bijak dan sentiasa berwaspada.



30/05/2026

PENGALAMAN 20TAHUN bukan alasan!!

JELEBU -30/5/2026 Bertindak atas maklumat orang awam, Sepasukan Anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ipd Jelebu telah bertindak pantas mengesan serta menahan seorang individu berumur lingkungan 40an yang melakukan aktiviti sukan papan luncur di jalan yang tidak dibenarkan dimana boleh mendatangkan kecederaan serta membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Hasil pemeriksaan lanjut telah membuat rampasan terhadap peralatan yang digunakan untuk meluncur di bawah (SEK 112(3) APJ 1987) dan saman ke atas individu tersebut,dalam hal sesuatu sabitan dibawah Seksyen 41,42,44, 45A, 45B atau 45c APJ 1987 denda tidak kurang lima ribu ringgit dan bole juga dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan.
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya serta Undang-undang yang ditetapkan..
Salurkan maklumat anda..



30/05/2026
26/05/2026
25/05/2026
25/05/2026

MO:APK SCAM‼️‼️‼️‼️

Jangan Muat Turun Sebelum Semak‼️‼️

1️⃣ Mangsa menerima SMS/WhatsApp kononnya daripada kurier, bank atau agensi kerajaan.

2️⃣ Mangsa diminta memuat turun dan memasang fail APK melalui pautan yang diberikan.

3️⃣ Aplikasi palsu meminta akses kepada SMS, panggilan dan telefon.

4️⃣ Scammer mencuri maklumat perbankan serta kod TAC/OTP mangsa.

5️⃣ Wang dalam akaun mangsa dipindahkan ke akaun scammer tanpa disedari.

🚨 Ingat: Jangan muat turun fail APK daripada pautan yang dihantar melalui SMS, WhatsApp atau Telegram. Muat turun aplikasi hanya melalui Google Play Store atau Apple App Store.


23/05/2026

Jangan tunggu sehingga menjadi mangsa, baru hendak berwaspada.

Jenayah scam hari ini semakin licik dan sukar dijangka. Scammer sanggup menyamar sebagai pihak bank, polis, syarikat penghantaran malah individu yang dikenali bagi memperdaya mangsa. Hanya dengan satu klik, satu panggilan telefon atau perkongsian kod OTP, simpanan anda boleh lesap dalam sekelip mata.

✅ Jangan mudah percaya
✅ Semak dan sahkan terlebih dahulu
✅ Jangan sesekali berkongsi maklumat peribadi atau kod OTP
✅ Gunakan saluran rasmi
✅ Segera laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya menjadi mangsa penipuan

Ambil tahu. Ambil peduli. Lindungi diri anda dan keluarga daripada menjadi mangsa jenayah scam.






GOTONG-ROYONG MASJID KARIAH KAMPUNG PUOMJelebu, 22 Mei 2026  bertempat di Masjid Kariah Kampung Poum, Kampung Chennah, J...
22/05/2026

GOTONG-ROYONG MASJID KARIAH KAMPUNG PUOM

Jelebu, 22 Mei 2026 bertempat di Masjid Kariah Kampung Poum, Kampung Chennah, Jelebu, Negeri Sembilan. Warga Kerja IPD Jelebu telah melaksanakan gotong-royong membersihkan kawasan Masjid.

Program ini bertujuan memastikan kawasan masjid sentiasa berada dalam keadaan bersih, ceria dan selesa untuk kegunaan para jemaah serta masyarakat setempat. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk kerja-kerja pembersihan kawasan persekitaran masjid, mencuci ruang solat, membersihkan longkang, memotong rumput dan penyelenggaraan ringan.

Semangat bekerjasama dan muafakat yang ditunjukkan oleh warga kerja IPD Jelebu mencerminkan nilai perpaduan serta keprihatinan terhadap masyarakat dalam memelihara institusi masjid sebagai pusat ibadah dan penyatuan ummah.

Address

Kuala Klawang

Telephone

+6066136222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu:

Share