Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Utara, Jelebu

Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Utara, Jelebu Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Utara,
Kuala Klawang, 71600 Jelebu,
Negeri Sembilan Darul Khusus

πŸ“ Jeram Enggang & Jeram 3 Lapis, JelebuPada 4hb Jun lalu, Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Utara, Jelebu telah mener...
05/06/2026

πŸ“ Jeram Enggang & Jeram 3 Lapis, Jelebu

Pada 4hb Jun lalu, Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Utara, Jelebu telah menerima kehadiran seramai 50 pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu yang diketuai oleh YDH Supt. Azizan bin Said, Ketua Polis Daerah Jelebu, bersama barisan pegawai kanan polis bagi Program Gaya Hidup Sihat di Jeram Enggang & Jeram 3 Lapis.

Pihak PHDNSU, Jelebu ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian IPD Jelebu memilih lokasi ini, serta syabas atas kelancaran dan kejayaan penganjuran bersama program pendakian (hiking) pada kali ini.

Semoga program sebegini dapat terus mengeratkan hubungan antara agensi serta memupuk gaya hidup sihat dan kecintaan terhadap alam semula jadi.

Sayangi Hutan 🌳❀️

🌸 Selamat Menyambut Hari Wesak 🌸Semoga sambutan Hari Wesak membawa kedamaian, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua...
31/05/2026

🌸 Selamat Menyambut Hari Wesak 🌸

Semoga sambutan Hari Wesak membawa kedamaian, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua yang meraikannya. Marilah kita bersama-sama menyemai nilai kasih sayang, toleransi, hormat-menghormati dan keharmonian demi memperkukuh perpaduan.

Selamat Hari Wesak kepada semua penganut Buddha. Semoga berbahagia dan sejahtera sentiasa. πŸ™πŸ»βœ¨

Sayangi Hutan 🌳❀️

Salam Aidiladha 1447H βœ¨πŸŒ™Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima Allah SWT serta men...
27/05/2026

Salam Aidiladha 1447H βœ¨πŸŒ™

Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima Allah SWT serta mengajar kita erti keikhlasan, pengorbanan dan kasih sayang sesama insan.
Raikan hari mulia ini dengan penuh kesyukuran, kebahagiaan dan ukhuwah bersama insan tersayang.

πŸ•Œ Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir & Batin. πŸ„πŸ’š

Sayangi Hutan 🌳❀️

26/05/2026

🌿 Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. 10 Zulhijah 1447H.

🌿 Semoga Allah menerima amalan dan pengorbanan kita semua dari segi usaha kita di dunia dan menuju ke akhirat Aamiin..

🌿 Ingatan tulus ikhlas daripada Pengarah dan Warga Kerja Jabatan Perhutanan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus







Notis Penutupan Sementara Operasi Sempena Hari Raya AidiladhaSayangi Hutan 🌳❀️
25/05/2026

Notis Penutupan Sementara Operasi Sempena Hari Raya Aidiladha

Sayangi Hutan 🌳❀️

Notis Penutupan Sementara Operasi Sempena Hari Raya Aidiladha

Sila ambil maklum notis penutupan sementara kawasan Ekopelancongan Gua Pelangi, HS Pasoh.Sayangi Hutan 🌳❀️
25/05/2026

Sila ambil maklum notis penutupan sementara kawasan Ekopelancongan Gua Pelangi, HS Pasoh.

Sayangi Hutan 🌳❀️

🌟 Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 🌟Tahniah dan syabas diucapkan kepada penerima APC 2025 bagi kakitangan PHD...
14/05/2026

🌟 Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 🌟

Tahniah dan syabas diucapkan kepada penerima APC 2025 bagi kakitangan PHDNSU, Jelebu :

1. PH Mohd Nazri bin Nasir
2. PH Mohd Hazrin bin Shaharudin
3. PKA Mohd Sezali bin Taharam
4. PKA Embaraaj al Ganesan

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik demi kecemerlangan organisasi dan kelestarian hutan negeri. 🌳✨

πŸ“Έ Coretan Peristiwa sepanjang Mesyuarat Pegawai-Pegawai Hutan Daerah Semenanjung Malaysia Kali Ke-13 yang berlangsung pa...
09/05/2026

πŸ“Έ Coretan Peristiwa sepanjang Mesyuarat Pegawai-Pegawai Hutan Daerah Semenanjung Malaysia Kali Ke-13 yang berlangsung pada 6 - 7 Mei 2026 di Taman Negeri Kenaboi, Daerah Jelebu, Negeri Sembilan.

Program anjuran Jabatan Perhutanan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus dan Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Utara, Jelebu selaku tuan rumah bersama Bahagian Penguatkuasaan Hutan, IPJPSM ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia YBhg Dato' Haji Zahari bin Ibrahim dengan kehadiran bersama TKP (Operasi & Teknikal) YBhg. Dato' Mohd Radhi Chu bin Abdullah, YBrs. Tn Ts Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus, Pengarah Bahagian yang terlibat serta Pegawai-pegawai Hutan Daerah Semenanjung Malaysia.

Penganjuran Mesyuarat Pegawai-Pegawai Hutan Daerah Semenanjung Malaysia ini adalah salah satu platform memperkukuhkan kerjasama, perkongsian pengalaman/idea serta komitmen dalam memperkasakan pengurusan dan penguatkuasaan hutan di Semenanjung Malaysia. 🌿🀝

Bersempena Kempen Penghijauan Malaysia, turut diadakan acara penanaman pokok serta pelepasan benih ikan di Sungai Kenaboi sebagai simbolik komitmen terhadap pemuliharaan dan kelestarian alam sekitar. 🌿🐟

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Pejabat Perikanan Daerah Jelebu khususnya Pusat Pengembangan Akuakultur (PPA) Perlok, Pejabat Perikanan Negeri Pahang atas sumbangan benih ikan serta kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Semoga segala usaha dan iltizam yang dizahirkan terus memberi manfaat demi kelestarian khazanah alam negara.

Sayangi Hutan 🌳❀️


Mohon perhatian dan makluman kepada pengunjung yang bercadang ingin ke Taman Negeri Kenaboi akan ditutup pada minggu had...
30/04/2026

Mohon perhatian dan makluman kepada pengunjung yang bercadang ingin ke Taman Negeri Kenaboi akan ditutup pada minggu hadapan 4hb hingga 8hb Mei 2026.

NOTIS MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA PADA 4 MEI 2026 SEHINGGA 8 MEI 2026 BAGI PELAKSANAAN AKTIVITI DI TAMAN NEGERI KENABOI

Selamat Datang Puan PPOP yang baharu ke Forest9. Semoga kerjasama baik antara pejabat hutan daerah dan Bahagian Operasi ...
30/04/2026

Selamat Datang Puan PPOP yang baharu ke Forest9. Semoga kerjasama baik antara pejabat hutan daerah dan Bahagian Operasi dan Penguatkuasaan dapat dieratkan lagi.

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS

Seluruh warga kerja Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Pn. Che Engku Amiza binti Che Engku Chik sebagai Penolong Pengarah (Operasi dan Penguatkuasaan).

Selamat menjalankan amanah dengan penuh dedikasi, integriti dan kecemerlangan.

Ikhlas daripada
Seluruh Warga Kerja
Jabatan Perhutanan Negeri
Negeri Sembilan Darul Khusus







Address

Kuala Klawang
71600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6066134176

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Utara, Jelebu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Utara, Jelebu:

Share