Stesen Penguatkuasa JPJ Kuala Ketil

Stesen Penguatkuasa JPJ Kuala Ketil Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Stesen Penguatkuasa JPJ Kuala Ketil, Government Organization, KM18, Jalan Sungai Petani, Kuala Ketil.

KUALA TERENGGANU, 8 Oktober 2019: Tahniah kepada En. Mohamad Noor Faiz B. Ahmad Kamal kerana telah berjaya mendapat Naib...
08/10/2019

KUALA TERENGGANU, 8 Oktober 2019: Tahniah kepada En. Mohamad Noor Faiz B. Ahmad Kamal kerana telah berjaya mendapat Naib Johan Qari sempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia kali ke 4.

Manakala, tahniah juga kepada Puan. Azura Azila Bt. Razali kerana berjaya mendapat saguhati Qariah dalam Tilawah Al-Quran ini. Majlis Tilawah Al-Quran ini telah berlangsung di Auditorium Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia kali ke 4 ini telah dirasmikan Oleh YBrs. Tuan Aminurrahim bin Mohammad, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Turut sama hadir YBrs. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff, Pengarah JPJ Negeri Kedah.

Al-Quran Dihayati, Ummah Dirahmati




KONVOI DIDIK RODA MERDEKA 2019 PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA YAN. SUNGAI PETANI, 7 September 2019 :  Kira-kira 40 pelajar ...
08/09/2019

KONVOI DIDIK RODA MERDEKA 2019 PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA YAN. SUNGAI PETANI, 7 September 2019 : Kira-kira 40 pelajar daripada 4 buah sekolah menengah di sekitar sungai petani terdiri daripada pelbagai kaum di sini, menyertai Program Konvoi Didik Roda Merdeka, pagi tadi.

Penyertaan program anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ismail, Pusat Kokurikulum Ng Kedah, DG Bikers, Polis Traffik Daerah Kuala muda, JPJ Cawangan Sungai Petani dan Stesen Penguatkuasa JPJ Kuala Ketil itu adalah bagi mendidik pelajar patuh undang2, menjaga keselamatan di jalan raya disamping mengenal sejarah tempatan untuk menyatakan kesetiaan dan semangat patriotisme kepada negara dalam menyambut Hari Kemerdekaan ke-62.

Satu Sesi taklimat berkaitan keselamatan jalanraya berkonsepkan "Menghormati pengguna jalan raya" telah disampaikan oleh pegawai Stesen Penguatkuasa JPJ Kuala Ketil iaitu Tuan Azmi Bin Jamalludin sebelum memulakan konvoi. Peserta konvoi juga diingatkan agar sentiasa berhemah Dan berhati-hati dijalan raya serta mengikut arahan "Marshal" semasa berkonvoi.

Sementara itu, konvoi berkenaan turut disertai oleh 20 motosikal berkuasa tinggi dari DG Bikers dan beberapa buah kereta terdiri dari Guru Pengiring.

Konvoi berkenaan melalui beberapa hentian iaitu SMK Sg. Pasir, Tapak Sejarah Gerbang Kota Kuala Muda, Galeri Tsunami Kota Kuala Muda ,sehingga ke destinasi Pantai Merdeka seterusnya kembali ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ismail Sungai Petani, Kedah.

Antara pogram yang dijalankan pada 02Ogos2018 di Stesen Penguatkuasa JPJ Kuala Ketil KedahLawatan eksa/ pemantauan dan p...
03/08/2018

Antara pogram yang dijalankan pada 02Ogos2018 di Stesen Penguatkuasa JPJ Kuala Ketil Kedah
Lawatan eksa/ pemantauan dan pemeriksaan kenderaan dan anggota oleh Tn. Mohd Jalil Bin Mohd Lazim (KSK - JPJ Negeri Kedah) serta tinjauan Ops Lebih Muatan di SPK Kuala Ketil.

Bagi memastikan keselamatan penumpang kend perkhidmatan awam pihak JPJ sentiasa memantau keadaan bas dan pemandu di term...
05/06/2018

Bagi memastikan keselamatan penumpang kend perkhidmatan awam pihak JPJ sentiasa memantau keadaan bas dan pemandu di terminal bas..


Tahniah atas khidmat murni anda..
02/06/2018

Tahniah atas khidmat murni anda..

Syabas dan Tahniah kepada Anggota KK4, Mohd Nurhuraimee bin Yahaya, Mohammad Al Hafiz bin Che Hassan dan Nurul Azmie bin Khalili dari JPJ Cawangan SPK Kuala Ketil atas keperihatinan membantu pengguna lebuhraya PLUS di KM 87.2 menukar tayar kereta akibat bocor.

Sempena Majlis Berbuka Puasa di JPJ sungai petani Kedah pada 31 MEI 2018 / 15 RAMADHAN 1439H
01/06/2018

Sempena Majlis Berbuka Puasa di JPJ sungai petani Kedah pada 31 MEI 2018 / 15 RAMADHAN 1439H

31/05/2018

Address

KM18, Jalan Sungai Petani
Kuala Ketil
09300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6044162484

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Stesen Penguatkuasa JPJ Kuala Ketil posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share