Unit Jaringan Industri & Masyarakat-UJIM

Unit Jaringan Industri & Masyarakat-UJIM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Unit Jaringan Industri & Masyarakat-UJIM, Government Organization, Unit Jaringan Industri & Masyarakat, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS), Kuala Ketil.

04/01/2025

Logbook latihan industri adalah dokumen yang digunakan oleh pelajar untuk merekodkan segala aktiviti, pengalaman, dan pembelajaran yang diperoleh sepanjang tempoh latihan industri. Namun dengan adanya sistem yang telah dibangunkan ini, memudahkan para pelajar untuk merekod aktiviti harian tanpa perlu menggunakan dokumen.

Berikut adalah panduan umum untuk penulisan logbook latihan industri dalam System E-Access Internship.

25/11/2024

Step 3 : Confirm Placement.
Pengesahan tempat Latihan Industri

25/11/2024

Step 2 : Placement atau pemilihan tempat latihan industri dalam System E-Access Internship.

25/11/2024

Unit Jaringan Industri dan Masyarakat, UJIM telah berusaha menjadikan Latihan Industri UniSHAMS lebih sistematik dan teratur.

Antara usaha yang dilakukan adalah mewujudkan sistem latihan industri yang dijenamakan sebagai System E-Access Internship.

Oleh itu, ikuti panduan penggunaan yang disediakan dibawah..

Berikut merupakan panduan buat pelajar.

Step 1: Sign In & Profile

JOM PI CONFEST UniSHAMS TAHUN 2024Sempena Konvokesyen kali ke 26 UniSHAMS pada tahun 2024 yang akan berlangsung pada 12 ...
12/10/2024

JOM PI CONFEST UniSHAMS TAHUN 2024

Sempena Konvokesyen kali ke 26 UniSHAMS pada tahun 2024 yang akan berlangsung pada 12 hingga 14 Oktober ini, kami dengan penuh sukacita ingin menjemput anda semua untuk turut serta dalam acara tahunan yang penuh gilang gemilang ini. Pelbagai acara menarik menanti ada semua!

Ayuh jom kita! Pastinya kehadiran anda memeriahkan lagi suasana pada kali ini okay? Lokasinya bertempat di:

📍 Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UNISHAMS), Kuala Ketil.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom ramai-ramai hadir dan sertai kemeriahan Confest UniSHAMS 2024! Jumpa anda di sana! 🎉

Happy 67th Independence day, Malaysia 🇲🇾 !“ Industri Didekati, Masyarakat Disantuni “
30/08/2024

Happy 67th Independence day, Malaysia 🇲🇾 !

“ Industri Didekati, Masyarakat Disantuni “


*JEMPUTAN KE HARI TERBUKA UniSHAMS pada 18 Ogos 2024: Tawaran Biasiswa Zakat KEDAH - UniSHAMS & Pendaftaran Program bg K...
15/08/2024

*JEMPUTAN KE HARI TERBUKA UniSHAMS pada 18 Ogos 2024: Tawaran Biasiswa Zakat KEDAH - UniSHAMS & Pendaftaran Program bg Kemasukan Ogos 2024*

UniSHAMS kini mempunyai 42 program pelbagai peringkat. Belajaq sini, hangpa boleh mohon Biasiswa Zakat, Biasiswa UniSHAMS, bantuan zakat, MARA, PTPTN, PembiayaanPendidikan Negeri Kedah, Yayasan Islam Negeri Kedah. Peluang cerah, masa depan terjamin!”

UniSHAMS, Universiti Milik Penuh Kerajaan Negeri Kedah. Menawarkan Program pelbagai peringkat daripada ASASI, DIPLOMA, IJAZAH SARJANA MUDA, IJAZAH SARJANA dan PHD.

Kos Murah, Mengaji Dekat Belanja Jimat

Mai ramai2 bersama ibubapa walk-in seperti butiran berikut :
*Tarikh: 18 Ogos 2024 (Ahad)*
*Masa: 9.00am - 4.00pm*
*Tempat: Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah UniSHAMS*

Mohon online
https://unishams.edu.my/index.php/new-student-application
*Atau hubungi 0189296150 untuk sebarang pertanyaan.*
Pakat-Pakat Mai UniSHAMS!!

“Industri Didekati, Masyarakat Disantuni”


01/08/2024
IKLAN TAWARAN PENGAMBILAN PERANTISAnda tidak mempunyai pekerjaan?Berumur 18 hingga 24 tahun?Ayuh sertai kami dalam penga...
01/08/2024

IKLAN TAWARAN PENGAMBILAN PERANTIS

Anda tidak mempunyai pekerjaan?
Berumur 18 hingga 24 tahun?

Ayuh sertai kami dalam pengambilan perantis dan mempunyai peluang pekerjaan sebagai juruteknik pemasangan komponen pesawat.

Anda juga mempunyai peluang pekerjaan yang terjamin selepas tamat menjalani latihan.

Jom mohon segera!
Imbas QR Code pada imej tertera!

“Industri Didekati, Masyarakat Disantuni”



Pada 15 Julai 2024 (Isnin) yang lalu, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) yang diw...
21/07/2024

Pada 15 Julai 2024 (Isnin) yang lalu, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) yang diwakili oleh pihak Unit Jaringan Industri & Masyarakat (UJIM) telah menerima kunjungan daripada wakil KXP AIRPORT CITY.

Perjumpaan yang diketuai oleh En Adie Effendi selaku Ketua Unit Jaringan Industri & Masyarakat (UJIM) UniSHAMS telah membincangkan beberapa perkara dengan KXP AIRPORT CITY yang diketuai oleh Puan Zarina Ahmad, Ketua Jabatan Teknikal dan Operasi bersama Puan Nur Ainaa Nabila, Eksekutif Teknikal dan Operasi.

Perbincangan ini berkaitan hasrat KXP AIRPORT CITY yang ingin melaksanakan projek Perantis Kedah Aerotropolis (KAA) kearah Kesediaan Modal Insan Untuk Mencapai “The Greater Kedah 2035”.

Antara perkara menarik dalam projek tersebut adalah misi Perantis Kedah Aerotropolis iaitu melaksanakan dan memperkasakan program-program yang melibatkan kesedaran, pembentukn minat, re-skilling dan up-skilling dalam bidang Aeroangkasa kepada masyarakat.

Semoga segala usaha dan pertemuan ini dapat memberikan hasil yang baik kepada kemajuan kepada kedua-dua pihak iaitu pihak UniSHAMS dan pihak KXP.

“Industri Didekati, Masyarakat Disantuni”



Hampa mencari kerja? Temuduga Terbuka bersama pelbagai industri daripada lebih 20 majikan yang ada nanti!• AT&S• Fuji El...
17/07/2024

Hampa mencari kerja? Temuduga Terbuka bersama pelbagai industri daripada lebih 20 majikan yang ada nanti!

• AT&S
• Fuji Electric
• Coffee Bean & Tea Leaf
• Avisena Healthcare
• Aurelius Hospital
• Econsave
• Al Bukhary International University
• Cinta Sayang Resort
dan banyak lagi!!!

KARNIVAL KERJAYA & HARI TVET PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2024

Semua dijemput datang menghadiri temu duga terbuka ini pada :

Tarikh : 20 JULAI 2024 (SABTU)
Masa : 9 PAGI - 4 PETANG
Lokasi : DEWAN KENANGAN, MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI (MPSPK) SUNGAI PETANI

'Industri Didekati, Masyarakat Disantuni'


Daulat TuankuSelamat Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman Yang...
30/06/2024

Daulat Tuanku

Selamat Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman Yang Ke-82

30 Jun 2024
23 Zulhijah 1445H




Address

Unit Jaringan Industri & Masyarakat, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS)
Kuala Ketil

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Jaringan Industri & Masyarakat-UJIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Unit Jaringan Industri & Masyarakat-UJIM:

Share