Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung - Kampung Jias

Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung - Kampung Jias Laman Rasmi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung - JPKK Kampung Jias. Sesi 2025-2027.

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA JPKK KG JIAS BIL 2/2026Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat AJK JPKK KG JIAS MUKIM KOTA LAMA ...
11/04/2026

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA JPKK KG JIAS BIL 2/2026

Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat AJK JPKK KG JIAS MUKIM KOTA LAMA KIRI BIL 2/2026 telah diadakan pada 5 April 2026 (Ahad) pada jam 9.30 malam bertempat di Dewan Orang Ramai Kg Jias .

Agenda yang dibincangkan adalah :
1. Aluan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lepas
3. Hal-Hal Berbangkit
4. Laporan Kewangan
5. Laporan Biro-Biro
6. Hal-Hal Lain
7. Penutup

Mesyuarat juga diiringi jamuan pot-luck yang enak besempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang mulia . Diharapkan apa keputusan perbincangan mesyuarat dapat dilaksanakan dan masalah dapat diselesaikan dlm sela masa yg ditetapkan .

JPKK Kg JIAS
Sesi 2025/2027

PROGRAM GOTONG-ROYONG BERSAMA ASKAR WATANIAHKUALA KANGSAR: Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg Ji...
09/02/2026

PROGRAM GOTONG-ROYONG BERSAMA ASKAR WATANIAH

KUALA KANGSAR: Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg Jias telah menganjurkan program gotong-royong membersihkan Dewan Orang Ramai Kg Jias, Mukim Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar bersama Kompeni Bravo, Batalion Kedua Rejimen 503 Askar Wataniah (AW) pada Sabtu, 8 Februari 2026.

Seramai tiga puluh empat (34) anggota dari pasukan Askar Wataniah hadir ke program ini. Program bermula seawal jam 9.00 pagi bagi mendengar taklimat kerja yang telah diatur. Pasukan telah dipecahkan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan masak, kumpulan kemas dalam dewan dan kumpulan kemas luar dewan. Selain dari kerja pembersihan, program juga bertujuan membuat pengasingan baju tepakai bagi diserahkan ke Balai Penghulu, Mukim Kota Lama Kiri.

Program ini turut dihadiri oleh warga JPKK Kg Jias serta penduduk kampung yang tidak mahu ketinggalan untuk bersama-sama memeriahkan aktiviti yang ada. Terima kasih tidak terhingga kepada penyumbang kuih muih, makanan serta minuman sarapan pagi dari penduduk kampung. Program gotong-royong kali ini telah berjaya memberikan wajah baru kepada dewan kita, syabas dan terima kasih semua.

Diharapkan program gabungan dan kerjasama seperti ini akan lebih banyak penganjurannya di masa akan datang. Program gotong-royong tamat sekitar jam 2.00 petang selepas aktiviti makan tengahari beramai-ramai.

JPKK KG JIAS, MUKIM KOTA LAMA KIRI,
KUALA KANGSAR PERAK

π——π—œπ—₯π—šπ—”π—›π—”π—¬π—¨ π—§π—¨π—”π—‘π—žπ—¨π—¦π—˜π— π—’π—šπ—” π——π—œπ—₯π—”π—›π— π—”π—§π—œ 𝗗𝗔𝗑 π——π—œπ—•π—˜π—₯π—žπ—”π—§π—œ π—”π—Ÿπ—Ÿπ—”π—›Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan ...
07/11/2025

π——π—œπ—₯π—šπ—”π—›π—”π—¬π—¨ π—§π—¨π—”π—‘π—žπ—¨

π—¦π—˜π— π—’π—šπ—” π——π—œπ—₯π—”π—›π— π—”π—§π—œ 𝗗𝗔𝗑 π——π—œπ—•π—˜π—₯π—žπ—”π—§π—œ π—”π—Ÿπ—Ÿπ—”π—›

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan, Yang Di-Pertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan.

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan 2025.

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah daripada seluruh warga JPKK Kg. Jias.

06/11/2025

Address

Mukim Kota Lama Kiri
Kuala Kangsar
33000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung - Kampung Jias posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share