Wanita Keadilan Cabang Kuala Kangsar

Wanita Keadilan Cabang Kuala Kangsar PKR KUALA KANGSAR

15/10/2025

Program Serahan Kotak Bantuan Deepavali Madani Care Sempena Sambutan Deepavali oleh Wanita Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Kangsar telah dijalankan pada 14 Oktober 2025.

Sebanyak 15 kotak bantuan telah diagihkan kepada Ahli-Ahli Wanita PKR berbangsa India di sekitar Kuala Kangsar yang akan menyambut Deepavali pada 20 Oktober 2025 ini.

Ketua Wanita dan AJK Wanita Keadilan Cabang Kuala Kangsar bersama-sama Timbalan Ketua Cabang, Naib Ketua Cabang, Ketua AMK Cabang dan AJK Cabang serta ahli-ahli Wanita PKR Kuala Kangsar menghadiri program ini bagi menyemarakkan semangat Deepavali tahun 2025. Semoga Pesta Cahaya tahun ini membawa lebih banyak kegembiraan, senyuman dan memori indah untuk semua Ahli Wanita PKR Cabang Kuala Kangsar yang berbangsa India.



15/10/2025
15/10/2025
06/10/2025
06/10/2025
01/09/2025



WD | FINAL

🇨🇳 Liu Sheng Shu-Tan Ning 1️⃣ def. 🇲🇾 Pearly Tan-M Thinaah 2️⃣ 21-14 20-22 21-17

⏱️1h 23m

Pearly Tan & M Thinaah’s valiant run ends with a historic silver medal – Malaysia’s first-ever women’s doubles finalists at the world meet! 🥈👏

Tahniah, Pearly-Thinaah! 💪



Mesyuarat Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN Negeri Perak bersidang buat kali pertama bagi sesi 2025/2028 pada 30 Ogos 2025...
01/09/2025

Mesyuarat Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN Negeri Perak bersidang buat kali pertama bagi sesi 2025/2028 pada 30 Ogos 2025 yang lalu. Puan Zuraidah Zakaria, Ketua Wanita Negeri Perak mempengerusikan Mesyuarat tersebut.

Tahniah diucapkan kepada Puan Kurniawati Kurnia Sahibad, Ketua Wanita Cabang Kuala Kangsar yang telah diberi kepercayaan untuk membawa Biro Usahawan MPWN Perak bagi sesi kali ini.

Beberapa perkara bagi pemantapan Wanita KEADILAN Perak turut dibincangkan bersama di dalam mesyuarat sejajar dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030 bagi memperkasakan sosioekonomi, kesejahteraan warga Perak secara keseluruhannya

Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada barisan baharu Pimpinan Wanita KEADILAN Negeri Perak sesi 2025/2028. Selamat menjalankan tugas masing-masing dan sama-sama kita membawa Wanita KEADILAN Negeri Perak lebih berdaya saing dan terkehadapan dalam arena politik negara.



01/09/2025

KENYATAAN MEDIA
Majlis Pimpinan Negeri
Parti KEADILAN Rakyat Negeri Perak

KEADILAN PERAK NYATAKAN DUKACITA INSIDEN KETIKA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68 PERINGKAT NEGERI PERAK

Dengan penuh takzim dan rasa hormat, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti KEADILAN Rakyat Negeri Perak menjunjung kasih serta menzahirkan sembah dukacita berhubung insiden yang berlaku melibatkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan semasa majlis sambutan Hari Kebangsaan ke-68 peringkat Negeri Perak.

KEADILAN Perak amat tersentuh dan memandang serius kejadian yang hampir menyentuh keselamatan Kebawah Duli Tuanku yang berada di atas pentas rasmi ketika acara sedang berlangsung.

KEADILAN Perak dengan ini menzahirkan setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana Kebawah Duli Tuanku berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Keberangkatan Baginda Tuanku meneruskan acara sehingga selesai mencerminkan ketenangan, kebesaran jiwa serta kepimpinan tinggi seorang Raja Berdaulat yang sentiasa menjadi payung kesejahteraan rakyat.

Perihal ini, KEADILAN Perak meminta agar siasatan dan penelitian yang menyeluruh dapat dilakukan.

Adalah menjadi harapan rakyat jelata agar insiden seumpama ini tidak berulang di masa hadapan demi memastikan keselamatan dan kemuliaan institusi Diraja sentiasa terpelihara.

KEADILAN Perak sentiasa menjunjung tinggi institusi Kesultanan Negeri Perak sebagai payung kedaulatan negeri dan simbol perpaduan rakyat.

Akhir kata, KEADILAN Perak serta sekalian rakyat menjunjung kasih atas kebijaksanaan dan ketenangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak, dan berdoa agar Baginda serta seluruh Kerabat Diraja Perak sentiasa berada dalam peliharaan dan lindungan Allah SWT.

DAULAT TUANKU!

Majlis Pimpinan Negeri
Parti KEADILAN Rakyat Negeri Perak

31 Ogos 2025

31/08/2025

Beregu campuran negara, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei mengalahkan pasangan nombor dua dunia dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin di pentas final Kejohanan Dunia 2025 di Perancis dengan kemenangan straight set 21-15, 21-14.

Beregu negara yang turun selaku pilihan keempat kejohanan bermula garang dengan memenangi set pertama 21-15.

Set kedua berlangsung lebih sengit apabila beregu kedua dunia, Zhen Bang-Ya Xin cuba bangkit tetapi berjaya dihalang Tang Jie-Ee Wei sebelum merangkul kemenangan dengan keputusan 21-14 dalam tempoh 39 minit.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com

Wanita Keadilan Cabang Kuala Kangsar merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah di atas pelantikan Puan Zuraidah Zakaria ...
07/08/2025

Wanita Keadilan Cabang Kuala Kangsar merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah di atas pelantikan Puan Zuraidah Zakaria sebagai Ketua Wanita Negeri Perak dan YB Wasanthee Sinnasamy sebagai Timbalan Ketua Wanita Negeri Perak.

Semoga Majlis Pimpinan Negeri Wanita 2025/2028 membawa Wanita Keadilan Perak terus bergerak ke hadapan.

Address

Kuala Kangsar
33000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita Keadilan Cabang Kuala Kangsar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Wanita Keadilan Cabang Kuala Kangsar:

Share