PPD Kuala Kangsar

PPD Kuala Kangsar Kuala Kangsar Teratas
Kuala Kangsar Satu Matlamat

Tahniah diucapkan kepada Sekolah Kebangsaan Chenein (SK Chenein) atas kejayaan membanggakan ini! Pengiktirafan penarafan...
13/06/2026

Tahniah diucapkan kepada Sekolah Kebangsaan Chenein (SK Chenein) atas kejayaan membanggakan ini!

Pengiktirafan penarafan 5 bintang ini telah diumumkan pada acara kemuncak yang berlangsung di Kedah tersebut.

Kejayaan ini merupakan manifestasi komitmen dan dedikasi berterusan pihak sekolah dalam menyediakan pengurusan serta fasilitasi asrama yang terbaik.

Perincian Pengiktirafan:

Lokasi Acara:
Frazel Expo & Convention Hall, Alor Setar, Kedah.

Kejayaan:
Penganugerahan Penarafan 5 Bintang Asrama Transformasi.

Warga Sekolah Kebangsaan Chenein yang komited menyokong kemenjadian murid.

Semoga pengiktirafan tertinggi dalam Majlis Apresiasi Transformasi Asrama Madani Peringkat Kebangsaan ini menjadi suntikan semangat untuk terus melangkah lebih cemerlang pada masa hadapan.

Syabas! 🏆🧑‍🏫👨‍🏫👨🏼‍🏫

Tahniah kepada warga pendidik SK Beluru, Kuala Kangsar, Sekolah Seni Malaysia Perak, Sk Talang Kuala Kangsar Perak, Sk K...
12/06/2026

Tahniah kepada warga pendidik SK Beluru, Kuala Kangsar, Sekolah Seni Malaysia Perak, Sk Talang Kuala Kangsar Perak, Sk Kampung Muhibah Sg. Siput Perak, SK Padang Ampang dan SK Sayong atas pencapaian pensijilan digital antarabangsa GCE, GCE L1 dan GCE L2.

Tahniah atas lantikan dan teruskan kecemerlangan.
10/06/2026

Tahniah atas lantikan dan teruskan kecemerlangan.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,Tuan/ PuanNOTIS  PEROLEHAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN KECIL SECARA UNDIAN PEJABAT...
05/06/2026

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Tuan/ Puan

NOTIS PEROLEHAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN KECIL SECARA UNDIAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR BIL. 1/2026

Adalah dimaklumkan, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar akan melaksanakan proses kerja-kerja penyelenggaraan kecil secara undian seperti di Lampiran 1.

Sila rujuk iklan di bawah untuk maklumat lengkap dan borang pendaftaran turut disediakan. Iklan tawaran ini bermula 5 Jun 2026, Pendaftaran pada 15 Jun 2026 dan Sesi Pengundian adalah pada 16 Jun 2026. Paparan senarai kontraktor berjaya adalah pada 18 Jun 2026 di dalam Portal Rasmi Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar di talian 05-7766354.

Sekian, terima kasih

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar
5 Jun 2026

03/06/2026
DAULAT TUANKUMerafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawa...
01/06/2026

DAULAT TUANKU
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Patik sekalian mendoakan agar Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan serta terus memayungi rakyat dan negara dengan penuh kedaulatan, kebijaksanaan dan kemakmuran.
Sembah takzim daripada Pengarah Pendidikan, Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
Dirgahayu Tuanku.





Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar ingin mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua warga pendidik, anggota kumpul...
30/05/2026

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar ingin mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua warga pendidik, anggota kumpulan pelaksana, para pelajar, dan seluruh masyarakat yang menyambutnya, khususnya di daerah Kuala Kangsar.

Hari Wesak membawa mesej keamanan, keharmonian, dan nilai-nilai murni yang menjadi teras kepada perpaduan dalam kepelbagaian kaum di negara kita. Semoga sambutan ini terus memperkukuh ikatan silaturahim sesama kita.

Selamat menyambut Hari Wesak dengan penuh kedamaian dan kebahagiaan!


AssalamualaikumSalam Malaysia MADANISalam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara SejahteraSalam Perak Sejahtera 2030...
26/05/2026

Assalamualaikum
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam Perak Sejahtera 2030
Salam Kuala Kangsar Teratas, Kuala Kangsar Satu Matlamat

Keikhlasan dalam berkorban, ketulusan dalam ketaatan.

Sempena Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan ini, warga PPD Kuala Kangsar ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua warga pendidik, anggota kumpulan pelaksana, para pelajar, ibu bapa, dan seluruh komuniti daerah Kuala Kangsar.

Semoga momentum ibadah korban ini menyuntik semangat dalam diri kita untuk terus berbakti dengan penuh keikhlasan demi kecemerlangan pendidikan anak bangsa.

Pandu cermat, jiwa selamat.

Selamat bercuti bersama keluarga tercinta!

Tahniah dan syabas kepada semua pendidik SJKT Mahathma Gandhi Kalasalai, Sjk - C Hing Wa SALAK UTARA, SK Clifford Kuala ...
22/05/2026

Tahniah dan syabas kepada semua pendidik SJKT Mahathma Gandhi Kalasalai, Sjk - C Hing Wa SALAK UTARA, SK Clifford Kuala Kangsar dan SK Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi atas pencapaian dalam pensijilan digital antarabangsa GCE, GCE Level 1 dan GCE Level 2.

21 Mei 2026 | Majlis Apresiasi SPM 2025 Parlimen Sungai Siput bagi meraikan kejayaan murid-murid dari sekolah-sekolah me...
21/05/2026

21 Mei 2026 | Majlis Apresiasi SPM 2025 Parlimen Sungai Siput bagi meraikan kejayaan murid-murid dari sekolah-sekolah menengah dalam Parlimen Sg Siput dengan insentif pencapaian murid-murid telah disumbangkan oleh ahli parlimen Sungai Siput, YB Kesavan Subramaniam. Majlis telah meraikan seramai lebih 100 murid yang telah mencapai sekurang-kurangnye 4A dalam pencapaian SPM tahun 2025 dari 7 buah sekolah menengah dalam Parlimen Sungai Siput. Terima kasih YB Kesavan. Semoga kejayaan mereka kali ini memberikan inspirasi dan semangat untuk lebih berjaya dalam cabaran yang bakal ditempuhi kelak.

Pautan Gambar sepanjang majlis => https://shorturl.at/qx6mu

Address

Jalan Tun Razak
Kuala Kangsar
33000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6057761184

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPD Kuala Kangsar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PPD Kuala Kangsar:

Share