Fans of DATO HAJI Zainun EX ADUN Chenderoh PDM P.061/n19

Fans of DATO HAJI Zainun EX ADUN Chenderoh PDM P.061/n19 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Fans of DATO HAJI Zainun EX ADUN Chenderoh PDM P.061/n19, Political organisation, zon beluru , n19 , p061, Kuala Kangsar.

30 MAC 2023/ UMNO ZON BELURU /- DATO HAJI ZAINUN BIN MAT NOOR ( MANTAN YB DUN CHENDEROH N 19 & DATUK ARRIF MAJID ( TIMBA...
30/03/2023

30 MAC 2023

/ UMNO ZON BELURU /

- DATO HAJI ZAINUN BIN MAT NOOR ( MANTAN YB DUN CHENDEROH N 19 & DATUK ARRIF MAJID ( TIMBALAN KETUA BAHAGIAN PARLIMEN PADANG RENGAS ) DI MAJLIS BERBUKA PUASA SURAU KAMPUNG KUBANG HALBAN DAN TARAWIKH DI SURAU KAMPUNG SERI DESA -

BERSATU - BERSETIA & BERKHIDMAT 🫰

Amalan memeriahkan surau dan masjid telah diamalkan berpuluh tahun lamanya oleh UMNO BAHAGIAN PADANG RENGAS setiap tahun dan tidak bermusim 🥰

25 MAC 2023| PROGRAM " BACK TO SCHOOL " ANJURAN UMNO BAHAGIAN PARLIMEN PADANG RENGAS DISAMPAIKAN OLEH KETUA WANITA - DR....
25/03/2023

25 MAC 2023

| PROGRAM " BACK TO SCHOOL " ANJURAN UMNO BAHAGIAN PARLIMEN PADANG RENGAS DISAMPAIKAN OLEH KETUA WANITA - DR. TASLIMAH - |

Alhamdulillah program penyampaian bantuan persekolahan kepada penerima terpilih di cawangan - cawangan bawah zon beluru kelolaan UMNO BAHAGIAN PARLIMEN PADANG RENGAS berjalan dengan lancar 🫰

Semoga bantuan serba - sedikit ini dapat memberi manfaat kepada penerima dan mengurangi beban yang ditanggung oleh waris / penjaga 🤲

UMNO terkenal dengan slogan iaitu " BERSATU , BERSETIA & BERKHIDMAT " tetap meneruskan khidmat bakti tidak berbelah-bahagi biarpun tidak memenangi keseluruhan kerusi PARLIMEN P.061 DAN DUN N.19 , diharapkan anda doakan kami sentiasa komited membantu rakyat di kawasan setempat khususnya dan rakyat malaysia amnya 🥰

.061
.19


05/02/2023
30/11/2022
29/11/2022

Perbualan antara YB pilihan rakyat dan mangsa banjir :-

Yb : assalamualaikum makcik ?

Rakyat : waalaikumsalam YB.

Yb : selak seluar paras betis , melinsing lengan baju dan terus melihat di sekeliling kawasan yang terkesan lalu YB bertanya.Makcik bagaimana air boleh masuk kedalam rumah ?

Rakyat : apabila hujan lebat tidak berhenti kawasan rendah di tempat makcik ini akan dinaiki air ! Ini bukan sekali dah berkali - kali terjadi cuma sebelum ini YB yang hadir akan berikan bantuan segera dan bukannya hanya melihat-lihat sahaja.

Yb : pulang dengan mata terkebil - terkebil tanpa ada bantuan seperti sukarelawan pembersihan dan kotak makanan mangsa.

Rakyat : hati makcik terasa panas membara apabila rakan-rakan YB hanya hadir mengambil gambar dan juga pulang begitu sahaja pada waktu kejadian.

Sipnopsis dari penceritaan diatas sesiapa pun yang menjadi pilihan rakyat tempatan perlulah melakukan tugas yang diamanahkan sepertimana rakyat memilih beliau untuk dijadikan wakil.



Semoga dipermudahkan urusan mangsa-mangsa banjir yang terlibat 🤲Cari tempat yang selamat dan utamakan keselamatan diri s...
29/11/2022

Semoga dipermudahkan urusan mangsa-mangsa banjir yang terlibat 🤲

Cari tempat yang selamat dan utamakan keselamatan diri serta keluarga .

28/11/2022

YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz Yeop (lahir 15 Mei 1954) merupakan ahli politik dan mantan ahli Parlimen Padang Rengas dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang juga parti terbesar dalam Barisan Nasional. Beliau merupakan Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas.

Beliau mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang undang-undang dan mempunyai Ijazah Barrister At-Law daripada Lincoln's Inn, United Kingdom.

Di peringkat akar umbi, Datuk Nazri dipilih sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada tahun 1978. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO pada tahun pada tahun 1993 sebelum memangku jawatan Ketua Pemuda UMNO mulai tahun berikutnya hingga 1996.[perlu rujukan]

Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Biro Hal Ehwal Antarabangsa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mulai tahun 1986 hingga 1996 dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Malaysia dari tahun 1990 hingga 1994. Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dari tahun 1990 sehingga sekarang.

Pengalaman beliau sebagai Ahli Parlimen bermula setelah memenangi kerusi Parlimen Chenderoh atas tiket Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1995 yang kemudiannya berjaya dipertahankannya pada penggal berikutnya, (1999-2004). Selain itu, beliau telah dilantik sebagai Senator Dewan Negara pada tahun 1991 hingga 1995.

Pada pilihan raya umum ke-11, beliau telah beralih ke kerusi Parlimen Padang Rengas hasil daripada persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Beliau telah berjaya memenanginya setelah menewaskan calon Parti Keadilan Nasional, Mohd Zolkafli bin Yahaya dengan kelebihan 4772 undi. Beliau telah mendapat 9214 undi manakala lawannya memperolehi 4442 undi. Setelah kemenangannya itu, beliau telah dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang memantau dan mengelolakan aktiviti Parlimen Malaysia. Pada 17 September 2008, beliau mengisi portfolio hal-ehwal undang-undang atau 'de-facto Law Minister' apabila Senator Zaid Ibrahim meletak jawatan pada 15 September 2008 kerana tidak setuju dengan isu ISA.[1]

Beliau pernah dilantik sebagai pengerusi MARA dari 17 Mac 1993 hingga 23 Julai 1995, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri mulai 1995 hingga 1999 dan Timbalan Menteri Kewangan II sejak 1999 hingga berlakunya pembubaran Kabinet menjelang pilihan raya umum pada bulan Disember 1999. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan hingga 2004.

Dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008, beliau mempertahankan kawasannya apabila bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional di kawasan parlimen Padang Rengas, Perak. Beliau seterusnya mempertahankan kerusi itu pada pilihan-pilihan raya umum seterusnya, yakni pada 2013 dan 2018.

28/11/2022

DATO' SERI NAZRI AZIZ ( panglima perang ) didalam dewan rakyat apabila beliau berhujah akan menyampaikan fakta-fakta yang pastinya mengerunkan pihak kerajaan ataupun pembangkang 🌟

FASAL 3 ASAS DAN TUJUAN UMNO DITUBUHKAN SEPERTI BERIKUT :-Kepada bukan ahli parti UMNO , sila hafal perlembagaan parti a...
27/11/2022

FASAL 3 ASAS DAN TUJUAN UMNO DITUBUHKAN SEPERTI BERIKUT :-

Kepada bukan ahli parti UMNO , sila hafal perlembagaan parti anda sendiri !

Kepada pengundi atas pagar , inilah pegangan dan prinsip kami sebagai ahli UMNO !

Anda yang menjadi ahli politik sesebuah parti politik selain UMNO bolehlah menggubal perlembagaan didalam parti anda sendiri agar sesuai dengan prinsip perjuangan yang dibawa !

Bagi menjawab isu - isu panas mengapa parti UMNO menyokong dan mempertahankan institusi diraja agar kemelut politik tidak berkesudahan pasca pru-16 seperti fasal perlembagaan dibawah :-

Fasal 3.3 mendukung asas - asas perlembagaan persekutuan selagi mana ia membela kepentingan raja - raja melayu , bangsa melayu , bumiputera , anak negeri sabah dan orang asli serta lain - lain perkara sebagaimana yang termaktub didalam perkara 153 perlembagaan persekutan , prinsip kontrak sosial dan undang - undang tubuh negeri - negeri di malaysia

" BERSATU , BERSETIA & BERKHIDMAT "

Address

Zon Beluru , N19 , P061
Kuala Kangsar
33600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fans of DATO HAJI Zainun EX ADUN Chenderoh PDM P.061/n19 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share