11/09/2026
๐ MAJLIS PENYERAHAN LORI BILIK SEJUK NEKMAT
8 September 2026 | Wisma LKIM
Satu lagi langkah bermakna dalam usaha memperkukuh keupayaan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) dalam pemasaran dan pengedaran hasil perikanan, khususnya melalui pemerkasaan sistem logistik serta rantaian sejuk.
Telah berlangsung Majlis Penyerahan 1 Unit Lori Bilik Sejuk (Refrigerated Bonded) Tail Lift bagi Projek Pemasaran Ikan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) di Wisma Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pada 8 September 2026.
Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Datoโ Dr. Haji Abdul Salim bin Haji Tajudin, Ketua Pengarah LKIM, kepada pihak NEKMAT.
Penyerahan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif dan peruntukan di bawah Bahagian Pemasaran & Pelesenan LKIM, sebagai salah satu usaha berterusan dalam menyokong serta memperkukuh keupayaan pemasaran hasil perikanan, khususnya dalam aspek pengangkutan dan pengedaran yang memerlukan kawalan rantaian sejuk.
Menerima penyerahan bagi pihak NEKMAT ialah:
๐น YBhg. Tuan Haji Abdul Hamid bin Bahari
Pengerusi Lembaga Pengarah, Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT)
๐น En. Azrin Shah bin Ismail
Pengurus Besar, Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT)
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LKIM, Puan Rashima binti Baharuddin, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) LKIM, En. Mohamad Rizal bin Sahari, Puan Norazian binti Safian, Pengarah Pemasaran & Pelesenan LKIM, serta barisan pengurusan dan warga kerja LKIM dan NEKMAT.
Kemudahan lori bilik sejuk (Refrigerated Bonded) Tail Lift ini diyakini dapat memperkukuh keupayaan NEKMAT dalam menguruskan pengangkutan dan pengedaran hasil perikanan secara lebih cekap, sistematik dan terkawal, sekali gus membantu memastikan aspek kualiti, kebersihan dan kesegaran hasil perikanan sentiasa terpelihara sepanjang proses penghantaran sehingga ke pasaran.
Lebih daripada sekadar sebuah kenderaan, kemudahan ini merupakan aset strategik dalam memperkukuh ekosistem pemasaran ikan NEKMAT serta menjadi pemangkin kepada peluasan jaringan pengedaran hasil perikanan ke pasaran yang lebih luas.
Inisiatif ini juga mencerminkan sinergi dan komitmen berterusan antara LKIM dan NEKMAT dalam mem