Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Besut

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Besut Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Besut terletak di utara negeri Terengganu kira-kira 120

Lawatan Turun Padang PKMD Besut Pada 8 Jun 2026, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Besut bersama Pegawai Kawasan dan P...
08/06/2026

Lawatan Turun Padang PKMD Besut

Pada 8 Jun 2026, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Besut bersama Pegawai Kawasan dan PKM ADUN Hulu Besut telah mengadakan lawatan turun padang ke rumah beberapa keluarga di kawasan Hulu Besut.

Antara lokasi yang dilawati termasuk:
- Kg Keruak
- Felda Tenang
- Kg Bekok
- Kg Durian Telor
- Kg Kayu Kelat

Lawatan ini memberi perhatian kepada keluarga yang sedang berdepan cabaran besar, antaranya pesakit strok dan pesakit jantung yang hilang punca pendapatan akibat faktor kesihatan.

Tujuan utama lawatan adalah untuk:
- Menilai keadaan semasa keluarga yang terkesan
- Mengenal pasti keperluan bantuan yang sesuai
- Membantu keluar daripada kategori miskin tegar

Semoga usaha ini menjadi tanda keprihatinan dan sokongan berterusan kepada masyarakat Hulu Besut, serta membuka jalan untuk kesejahteraan yang lebih baik.
" Prihatin, Mesra, Penyayang"
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu

Hebahan Awam OKU berdaftar.Peluang Kerjaya untuk OKU (Pendengaran & Pertuturan)  Jawatan: Juruwang  Tarikh Temuduga: 4 J...
03/06/2026

Hebahan Awam OKU berdaftar.

Peluang Kerjaya untuk OKU (Pendengaran & Pertuturan)

Jawatan: Juruwang
Tarikh Temuduga: 4 Jun 2026
Masa: *spt maklumat

Sertai sesi temuduga ini khas
Bawa Sijil berkaitan

Selamat Hari Raya Aidiladha 2026 ๐ŸŒ™   โ€œPengorbanan Luhur KepadaNyaโ€  Semoga semangat kasih, kebajikan dan pengorbanan ter...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 2026 ๐ŸŒ™
โ€œPengorbanan Luhur KepadaNyaโ€

Semoga semangat kasih, kebajikan dan pengorbanan terus menyatukan kita semua.

Imjmkhlas daripada
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Besut

SEKITAR PROGRAM JKM MASUK KAMPUNG (NADI 2.0) Alhamdulillah, Program JKM Masuk Kampung (NADI 2.0) yang telah berlangsung ...
22/05/2026

SEKITAR PROGRAM JKM MASUK KAMPUNG (NADI 2.0)

Alhamdulillah, Program JKM Masuk Kampung (NADI 2.0) yang telah berlangsung pada 21 Mei 2026 (Khamis) di Pusat Sebaran Maklumat NADI Seberang Jertih, RAKR Pelagat 3 berjalan dengan lancar serta mendapat sambutan yang amat baik daripada penduduk setempat.

Program ini memberi peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan pendedahan berkaitan perkhidmatan kebajikan JKM, di samping meningkatkan kesedaran mengenai Akta Keganasan Rumah Tangga serta perkhidmatan kebajikan produktif yang ditawarkan Agensi:

๐Ÿ“… Tarikh: 21 Mei 2026 (Khamis)
๐Ÿ•ค Masa: 9.30 pagi โ€“ 1.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Pusat Sebaran Maklumat NADI Seberang Jertih, RAKR Pelagat 3

โœจ Antara pengisian menarik:
๐Ÿ”น Penypaian info Akta Keganasan Rumah Tangga
๐Ÿ”น Dialog Perkhidmatan Kebajikan Produktif JKM
๐Ÿ”น Sumbangan untuk 30 pendaftaran terawal

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini. Semoga usaha sebegini terus memperkukuh jaringan sokongan dan kesejahteraan masyarakat setempat.

Taklimat Program KBDR 2026 & Penghargaan Sukarelawan Daerah Besut .JKM Daerah Besut telah mengadakan taklimat pelaksanaa...
19/05/2026

Taklimat Program KBDR 2026 & Penghargaan Sukarelawan Daerah Besut .

JKM Daerah Besut telah mengadakan taklimat pelaksanaan Program Khidmat Bantu Di Rumah (KBDR) Tahun 2026 serta majlis pembayaran saguhati sukarelawan.

๐Ÿ“ Bilik Mesyuarat Tingkat 2, Bangunan Persekutuan Besut
๐Ÿ“… 18 Mei 2026 (Isnin)
๐Ÿ•š 11.00 pagi โ€“ 1.00 petang

Program ini bukan sahaja memperkukuh usaha membantu golongan memerlukan, malah menjadi ruang untuk kita menghargai jasa sukarelawan yang sentiasa bersama komuniti.

๐Ÿ’– Terima kasih atas semangat, keprihatinan dan khidmat bakti semua sukarelawan KBDR. Anda adalah nadi kebajikan yang menghubungkan kasih sayang dan kesejahteraan masyarakat Besut.

โ€œGURU BITARA NADI NEGARAโ€  *"Setiap kita adalah guru, setiap kita juga adalah murid,  Dan di mana pun kita adalah sekola...
16/05/2026

โ€œGURU BITARA NADI NEGARAโ€

*"Setiap kita adalah guru, setiap kita juga adalah murid,
Dan di mana pun kita adalah sekolah."*

Hari Guru bukan sekadar 'Penghargaan kepada insan' bergelar pendidik, tetapi juga 'Pengiktirafan kepada setiap jiwa' yang menabur ilmu dan kasih dalam komuniti.
Daripada ibu bapa, warga pendidik, petugas kebajikan, hingga masyarakat setempat โ€” semuanya memainkan peranan mendidik, membimbing dan menyemai nilai kemanusiaan.

14/05/2026

โœจ ๐ˆ๐›๐ฎ/๐๐š๐ฉ๐š/๐๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ ๐š ๐Š๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐€๐ง๐š๐ค ๐€๐ฎ๐ญ๐ข๐ฌ๐ฆ๐ž, ๐๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š ๐๐š๐ข๐ค ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐€๐ง๐๐š! โœจ

Permohonan Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme 2026 kini dibuka semula bermula 15 Mei 2026 hingga 15 Julai 2026 bagi membantu meringankan kos pembelajaran anak-anak autisme.

Melalui inisiatif ini, bantuan sebanyak ๐‘๐Œ๐Ÿ,๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ secara one-off diberikan kepada anak autisme yang layak bagi menyokong akses kepada pembelajaran dan intervensi awal yang berkualiti.

๐Ÿ“Œ Syarat kelayakan utama:
โœ”๏ธ Warganegara Malaysia
โœ”๏ธ Anak autisme pemegang Kad OKU JKM berumur bawah 18 tahun
โœ”๏ธ Pendapatan per kapita isi rumah tidak melebihi RM5,000
โœ”๏ธ Mengikuti pembelajaran di pusat pembelajaran bertauliah

๐Ÿ“Jangan lepaskan peluang ini untuk membantu perkembangan dan masa depan anak-anak istimewa kita.

Hajah Nancy Haji Shukri
Lim Hui Ying ๆž—ๆ…ง่‹ฑ
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
PMO Malaysia









"SETEGUH KASIH IBU" Kasih seorang ibu adalah tiang kehidupan, teguh berdiri walau badai melanda.  Doa dan pengorbanannya...
10/05/2026

"SETEGUH KASIH IBU"

Kasih seorang ibu adalah tiang kehidupan, teguh berdiri walau badai melanda.
Doa dan pengorbanannya menjadi cahaya yang membimbing setiap langkah kita.

Pada hari penuh makna ini, marilah kita mengenang jasa ibu yang tidak pernah mengenal lelah, yang mendidik dengan sabar, menyayangi tanpa syarat, dan sentiasa menjadi sumber kekuatan.

"Selamat Hari Ibu" ..setiap hari adalah hari yang sangat bermakna...

Ingatan tulus Ikhlas dari kami semua

Pegawai & Kakitangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Besut.

"Semoga kasih ibu terus menjadi inspirasi sepanjang zaman"

Address

Kuala Besut

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 16:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Besut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Besut:

Share