Bersatu Hulu Terengganu

Bersatu Hulu Terengganu Ikuti Perkembangan Kami Warga Bersatu Bahagian Hulu Terengganu! Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Hulu Terengganu

30/07/2025
25/07/2025
25/07/2025
Esok akan berlangsung perhimpunan aman Turun Anwar di Kuala Lumpur.Saya menyeru rakyat Malaysia untuk datang beramai-ram...
25/07/2025

Esok akan berlangsung perhimpunan aman Turun Anwar di Kuala Lumpur.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk datang beramai-ramai menyertai perhimpunan ini bagi menunjukkan sikap terhadap kegagalan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Anwar bukan sahaja telah gagal mengurus negara dengan baik, malah memungkiri janji-janjinya kepada rakyat.

Sudahlah isu beban kos sara hidup rakyat gagal ditangani, banyak p**a cukai baharu diperkenalkan dan subsidi dipotong yang menambah beban rakyat.

Janji tatakelola yang baik dan jaminan hak kebebasan rakyat untuk bersuara juga dicabuli.

Semakin ramai rakyat biasa yang diugut, disiasat dan didakwa hanya kerana menyatakan bangkangan mereka terhadap dasar dan tindakan kerajaan.

Ini menimbulkan kemarahan dan kebencian rakyat.

Tindakan mengumumkan bantuan RM100 dan penurunan harga petrol RON95 sebanyak 6 sen adalah langkah terdesak Anwar untuk mengekang perasaan tidak puas hati rakyat.

Ini bukanlah suatu tindakan yang betul untuk menangani masalah kos bebanan kos sara hidup. Yang rakyat mahukan ialah kerajaan mengkaji semula pengenaan pelbagai bentuk cukai dan pemotongan subsidi yang membebankan mereka. Ini tidak dilakukan.

Banyak wang yang dipungut dari rakyat, yang dip**angkan hanyalah sedikit.

Ia sudah terlambat.

Saya memohon pihak Polis Di-Raja Malaysia supaya menjaga keamanan dan ketenteraman sepanjang perhimpunan ini berlangsung.

Saya juga meminta supaya peserta perhimpunan menjaga adab dan tatasusila serta patuh kepada undang-undang.

Jangan cetuskan sebarang provokasi yang mengganggu ketenteraman awam.

Ingat, menyertai perhimpunan aman adalah hak setiap rakyat Malaysia yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan. Tidak ada sesiapapun yang boleh menghalangnya.

Justeru, jaga dan peliharalah hak ini dengan sebaik-baiknya.

Saya dan rakan-rakan pimpinan Perikatan Nasional akan menghadiri perhimpunan Turun Anwar esok.

Ayuh, kita turun beramai-ramai esok!

TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Pengerusi Perikatan Nasional
25 Julai 2025

24/07/2025
SELAMAT BERSIDANG!Buat seluruh perwakilan, BAHAGIAN • ARMADA • SRIKANDI • SRIKANDI MUDA • BERSEKUTUPARTI PRIBUMI BERSATU...
04/07/2025

SELAMAT BERSIDANG!

Buat seluruh perwakilan,

BAHAGIAN • ARMADA • SRIKANDI • SRIKANDI MUDA • BERSEKUTU

PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA 2025

Demi agama, bangsa dan tanah air — kita terus mara

BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH!

Ikhlas,

YB Haji Mohd Zawawi bin Ismail
ADUN Telemong
Setiausaha Bahagian BERSATU Hulu Terengganu

🌺 SELAMAT BERSIDANG 🌺Kepada seluruh perwakilan,BAHAGIAN • ARMADA • SRIKANDI • SRIKANDI MUDA • BERSEKUTUParti Pribumi Ber...
04/07/2025

🌺 SELAMAT BERSIDANG 🌺

Kepada seluruh perwakilan,

BAHAGIAN • ARMADA • SRIKANDI • SRIKANDI MUDA • BERSEKUTU

Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Bagi Tahun 2025

Inilah medan perjuangan, inilah suara akar umbi!

Bersidang dengan semangat, berpakat dengan hikmat, bertindak dengan berkat!

Bersatu, Berprinsip, Berkhidmat Untuk Rakyat!

Ikhlas,
YB Dato’ Haji Rosol Bin Wahid
Ahli Parlimen Hulu Terengganu
Ketua Bahagian BERSATU Hulu Terengganu

Bila sebut reset ini dia seperti handphone. Sampai satu masa ini telefon kita kadang-kadang ada masalah. Jadi kita kena ...
01/07/2025

Bila sebut reset ini dia seperti handphone. Sampai satu masa ini telefon kita kadang-kadang ada masalah.

Jadi kita kena reboot dia.

Mana perlu dibuang kita buang, mana perlu dibaiki, kita baiki sistemnya, sebab kita hendak upgrade.

Kena terima hakikat yang Perdana Menteri bukan tahu semua. Jangan kita hendak membayangkan diri kita ini adalah Perdana Menteri yang tahu semua, ini masalahnya, akhirnya ditertawakan rakyat.

Tak payahlah tunjuk kepada semua kononnya yang awak pandai semua - Tidak perlu.

Tidak ada manusia yang tahu semua, ini yang menimbulkan perasaan marah terhadap Perdana Menteri.

Salahkah kerajaan dahulu buat kertas kerja, polisi Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB)?

Itu sesuatu yang baik. Kita ambil dan perbaiki.

Apa salahnya?

Ini tidak, buang semua, selepas itu tidak tahu hendak buat apa dan malu sendiri.

Dulu sewaktu GST, kutuk cakap macam-macam. Akhirnya termakan diri, buat SST, lagi teruk sehingga rakyat hari ini cakap, apa ini?

Malulah, minta maaf sahaja.

Daripada cakap besar, akhirnya berbohong.

Address

PT 12467, PAYA DADEH, KAMPUNG BUKIT TOK BAT
Kuala Berang
21700

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bersatu Hulu Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bersatu Hulu Terengganu:

Share