Dewan Muslimat Pas Hulu Terengganu

Dewan Muslimat Pas Hulu Terengganu Berjuang demi Islam tercinta, maka sebarkanlah ia dengan seluas-luasnya.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Rumah Terbuka Dewan Mus...
18/04/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Rumah Terbuka Dewan Muslimat Pas Kawasan Hulu Terengganu pada hari ini dapat dilaksanakan dengan lancar, meriah dan moga perolehi keberkatan 🀍

Hari yang indah ini menjadi medan untuk kita mengeratkan ukhuwah, menyemai kasih sayang, dan memperkukuhkan silaturahim sesama ahli serta para tetamu yang hadir. Setiap senyuman, setiap sapaan, dan setiap kebersamaan yang terjalin adalah nikmat yang amat berharga.

Turut disajikan pelbagai hidangan istimewa sebagai santapan bersama:
🍽️ Nasi dagang
🍽️ Nasi minyak
🍒 Satey
🍜 Laksa
🍜 Mee kari

Semoga setiap juadah yang disediakan menjadi asbab kegembiraan dan mengeratkan lagi hubungan sesama kita. Sesungguhnya, kebersamaan seperti ini adalah rezeki yang tidak ternilai.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini, serta kepada para tetamu yang sudi hadir memeriahkan suasana. Semoga segala usaha dan kehadiran kita semua diberkati dan dirahmati oleh-Nya.

Mudah-mudahan ukhwah yang terjalin pada hari ini akan terus mekar dan berkekalan, insyaAllah 🌸

16/04/2026

hari ni doh tu sobat-sobat.. Jom pakat g😍

πŸŒ™ π‰π„πŒππ”π“π€π πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π‘π”πŒπ€π‡ π“π„π‘ππ”πŠπ€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ 𝐏𝐀𝐒 ππ„π†π„π‘πˆ π“π„π‘π„ππ†π†π€ππ”πŸŒ™Selamat Hari Raya AidilfitriBadan Perhubungan PAS Neger...
12/04/2026

πŸŒ™ π‰π„πŒππ”π“π€π πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π‘π”πŒπ€π‡ π“π„π‘ππ”πŠπ€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ 𝐏𝐀𝐒 ππ„π†π„π‘πˆ π“π„π‘π„ππ†π†π€ππ”πŸŒ™

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu dengan rasa penuh kesyukuran berbesar hati menjemput seluruh rakyat Negeri Terengganu, para perantau yang masih di kampung halaman, serta orang ramai untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Negeri Terengganu.

Marilah kita mengeratkan ukhuwah dan bersilaturahim sambil menikmati pelbagai juadah istimewa hari raya yang disediakan khas untuk anda semua! Antaranya hidangan popular seperti kambing golek, lemang, sate, ketupat palas, laksa, dan macam-macam lagi!

πŸ—“ Tarikh: 16 April 2026 (Khamis) | 27 Syawal 1447H
⏰ Masa: 11.00 Pagi - 3.00 Petang
πŸ“ Tempat: Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu

Jom bawa keluarga, sanak-saudara dan rakan taulan beramai-ramai. Peluang juga untuk beramah mesra bersama barisan pimpinan PAS Negeri Terengganu.

Kongsikan hebahan ini. Jumpa anda di sana!

πŸ”₯ JOM HADIR BERAMAI-RAMAI!Marilah kita bersama menghadiri Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah pada 2-4 April 2026 ini. ...
31/03/2026

πŸ”₯ JOM HADIR BERAMAI-RAMAI!

Marilah kita bersama menghadiri Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah pada 2-4 April 2026 ini.

Pelbagai aktiviti menarik dan pengisian bermanfaat telah disediakan untuk seluruh lapisan masyarakat. Inilah peluang terbaik untuk memperkukuh perpaduan, menambah ilmu serta mengeratkan silaturrahim sesama ummah.

✨ Hadirkan diri anda bersama keluarga dan sahabat!
✨ Bersama kita menyemarakkan perpaduan ummah!

Pergi ke pekan membeli selendang,Singgah sebentar membeli ketupat,Syawal tiba penuh gemilang,Salah dan silap harap dimaa...
20/03/2026

Pergi ke pekan membeli selendang,
Singgah sebentar membeli ketupat,
Syawal tiba penuh gemilang,
Salah dan silap harap dimaafkan dengan ikhlas dan erat.

Di kesempatan yang indah ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat yang meraikannya.

Semoga hari kemenangan ini membawa kebahagiaan, ketenangan jiwa dan mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita. Raikan Syawal dengan penuh kesyukuran bersama insan tersayang.

🀍 Maaf Zahir & Batin
Semoga ukhuwah kita terus mekar selamanya.

IJTIMA’ ANTARABANGSA PERPADUAN UMMAH KALI KE-5& HIMPUNAN ALAM MELAYU 2026Muslimat Terengganu dijemput hadir memeriahkan ...
13/03/2026

IJTIMA’ ANTARABANGSA PERPADUAN UMMAH KALI KE-5

& HIMPUNAN ALAM MELAYU 2026

Muslimat Terengganu dijemput hadir memeriahkan satu himpunan besar yang menghimpunkan ulama, pimpinan, ilmuwan dan masyarakat Islam dari pelbagai negara.

Selama tiga hari, pelbagai pengisian ilmu, budaya dan kekeluargaan akan berlangsung bagi mengangkat perpaduan ummah dan ketamadunan Alam Melayu.

πŸ“ Tempat: Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus
πŸ“… Tarikh: 2 – 4 April 2026
⏰ Masa: 8.00 pagi – 11.00 malam

Antara Pengisian Menarik

✨ Bicara Wanita Alam Melayu
Diskusi bersama tokoh wanita dari Malaysia, Indonesia dan Brunei mengenai peranan wanita dalam membina ummah. οΏΌ

✨ Bicara Keluarga Bahagia & Sejahtera
Kupasan mengenai institusi keluarga Islam sebagai asas kekuatan masyarakat. οΏΌ

✨ Program Muslimat & Kanak-Kanak
β€’ Pertandingan Masakan Berasaskan Ubi
β€’ Demonstrasi Masakan Nasi Dagang
β€’ Pertandingan Mewarna PASTI
β€’ Mencanting Batik bersama Noor Arfa Batik οΏΌ

✨ Himpunan Alam Melayu
Persembahan seni silat, pidato tokoh Melayu dari pelbagai negara dan pengisian ketamadunan. οΏΌ

✨ Malam Kesenian Alam Melayu
Persembahan nasyid, dikir barat, seni budaya dan selawat. οΏΌ

✨ Kuliah, wacana ilmu dan pidato perpaduan ummah bersama ulama serta pimpinan negara. 

Kenapa Muslimat Perlu Hadir?

βœ” Menambah ilmu dan kefahaman tentang peranan wanita dalam membina ummah
βœ” Menghidupkan semangat perpaduan umat Islam dan bangsa Melayu
βœ” Program santai mesra keluarga dan anak-anak
βœ” Peluang bertemu ulama, ilmuwan dan tokoh masyarakat

Ayuh Muslimat Terengganu!

Mari kita hadir bersama keluarga, sahabat dan jiran bagi memeriahkan himpunan ini sebagai tanda kesatuan ummah dan kekuatan umat Islam di Alam Melayu.

πŸ“£ Muslimat kawasan dan cawangan digalakkan mengatur kehadiran rombongan.

Jumpa di IJTIMA’ ANTARABANGSA PERPADUAN UMMAH 2026!

Alhamdulillah, kali ini berkesempatan meneruskan Ziarah Kasih Ramadan di Dun Manir. Sedikit masa diluangkan untuk menzia...
10/03/2026

Alhamdulillah, kali ini berkesempatan meneruskan Ziarah Kasih Ramadan di Dun Manir. Sedikit masa diluangkan untuk menziarahi beberapa buah rumah, bertanya khabar serta menyampaikan sedikit sumbangan.

Walaupun tidak seberapa, diharapkan ia dapat membantu dan menggembirakan mereka sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong dan menyumbang dalam menjayakan usaha kecil ini. Semoga setiap kebaikan yang diberikan diganjari dengan pahala yang berlipat ganda.

Moga Ramadan ini membawa lebih banyak keberkatan dan kasih sayang dalam masyarakat kita. 🀲✨



Alhamdulillah, sempena Ramadan kali ini kami berkesempatan mengadakan Ziarah Kasih Ramadan dengan menziarahi beberapa bu...
09/03/2026

Alhamdulillah, sempena Ramadan kali ini kami berkesempatan mengadakan Ziarah Kasih Ramadan dengan menziarahi beberapa buah rumah ibu tunggal dan keluarga yang kurang berkemampuan di Dun Telemong.

Sedikit sumbangan keperluan harian telah disampaikan sebagai tanda ingatan dan kasih sayang daripada kami.

Semoga bantuan kecil ini dapat meringankan beban mereka serta membawa kegembiraan di bulan yang penuh barakah ini.

Terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokong usaha kebajikan ini.

09/03/2026
Sekitar perjalanan Majlis Khatam Al-Quran kelmarin.Alhamdulillah, semoga Allah menerima dan memberkati amalan kita.Aamii...
08/03/2026

Sekitar perjalanan Majlis Khatam Al-Quran kelmarin.

Alhamdulillah, semoga Allah menerima dan memberkati amalan kita.
Aamiin Ya Rabb.

Jom banyakkan berdoa di bulan yang Mulia ini.

Address

Kuala Berang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat Pas Hulu Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share