Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat

Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat, Government Organization, Kuala Berang.

18/03/2026

Sempena ketibaan bulan Syawal yang penuh keberkatan, Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat dengan penuh rasa syukur mempersembahkan Video Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2026 khas buat seluruh warga kerja, klien-klien serta masyarakat yang sentiasa menyokong dan bersama-sama dalam perjalanan kecemerlangan PHDTB.

Semoga sambutan Aidilfitri pada tahun ini membawa sinar kebahagiaan, mempererat lagi ikatan silaturahim serta menyemai nilai kasih sayang dan kebersamaan dalam kalangan kita semua.

Selamat menonton dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada kami warga PHDTB.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak 1447H.Semoga bulan yang mulia ini menjadi medan memperkukuh iman, memperbany...
18/02/2026

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak 1447H.

Semoga bulan yang mulia ini menjadi medan memperkukuh iman, memperbanyakkan amal dan menyemai keikhlasan dalam setiap ibadah.

Selamat Berpuasa.

Ikhlas daripada:
Warga Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat

15/01/2026

Majlis Jasamu Dikenang | Pn. Rohani Binti Yusof

Setulus penghargaan buat insan yang banyak berjasa.
Terima kasih atas komitmen, keikhlasan dan semangat yang telah dikongsi sepanjang bersama.

Selamat Bersara Kak Ani❤️

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.Seluruh warga Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat mengucapkan Selamat Tahun ...
31/12/2025

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Seluruh warga Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2026 kepada semua warga jabatan, rakan strategik, agensi berkaitan serta masyarakat setempat.

Semoga tahun baharu ini menjadi titik permulaan kepada usaha yang lebih cemerlang dalam memelihara, memulihara dan mengurus sumber hutan secara lestari serta berintegriti.

Kami berdoa agar tahun 2026 membawa lebih banyak kejayaan, keberkatan dan kesejahteraan buat semua.

Majlis Jasamu Dikenang | En. Mohd Hasrul bin LazimSetulus penghargaan buat insan yang banyak berjasa.  Terima kasih atas...
27/11/2025

Majlis Jasamu Dikenang | En. Mohd Hasrul bin Lazim

Setulus penghargaan buat insan yang banyak berjasa.
Terima kasih atas komitmen, keikhlasan dan semangat yang telah dikongsi sepanjang bersama.
Semoga terus cemerlang di laluan yang baharu.

PROGRAM ITQAN INSANI |  Pembudayaan Indahnya Hidup BersyariatSesi rohani bersama Ustaz Amir bin Mustapha penuh pengisian...
27/11/2025

PROGRAM ITQAN INSANI | Pembudayaan Indahnya Hidup Bersyariat

Sesi rohani bersama Ustaz Amir bin Mustapha penuh pengisian & keinsafan.
Semoga jadi titik mula pembudayaan hidup yang lebih berlandaskan syariat.

22/10/2025

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA TAMAN EKO RIMBA DAN LALUAN PENDAKIAN DALAM HUTAN SIMPAN KEKAL NEGERI TERENGGANU

Family Day PHDTB 2025 | Kalang Rengas, Kuala Berang | 11.10.2025Program Hari Keluarga Pejabat Hutan Daerah Terengganu Ba...
12/10/2025

Family Day PHDTB 2025 | Kalang Rengas, Kuala Berang | 11.10.2025

Program Hari Keluarga Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat 2025 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Kalang Rengas, Kuala Berang. Program ini bertujuan mengeratkan silaturahim antara warga jabatan serta keluarga, selain membina semangat kebersamaan dalam suasana santai dan harmoni.

Syabas dan terima kasih kepada semua yang turut menjayakan majlis ini. Semoga ukhuwah ini terus utuh demi kecemerlangan bersama.

Majlis Malam Gala PHDTB 2025✨ *"Denim & Dreams: Gaya Santai, Kenangan Terpahat"* ✨Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat ...
09/10/2025

Majlis Malam Gala PHDTB 2025
✨ *"Denim & Dreams: Gaya Santai, Kenangan Terpahat"* ✨

Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat dengan sukacitanya telah menganjurkan Majlis Malam Gala PHDTB 2025 yang bertempat di Ulu Garden, Kuala Berang ,sebuah acara tahunan penuh warna dan kemeriahan bagi meraikan pencapaian, menghargai warga jabatan serta mengukuhkan silaturahim.

Bertemakan “Jeans & Denim”, para tetamu disajikan dengan suasana santai dan bergaya.

Majlis ini menggabungkan elemen hiburan, jamuan istimewa, penyampaian penghargaan serta persembahan menarik dalam suasana eksklusif tetapi santai.

03/09/2025

Dengan penuh rasa bangga, Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat mempersembahkan sebuah lagu khas bertajuk *'Wira Hutan'*, sebagai simbol penghargaan kepada seluruh warga jabatan yang berjuang menjaga khazanah alam. Lagu ini mencerminkan semangat, dedikasi dan jati diri penjaga rimba yang menjadi benteng kepada kelestarian hutan negeri kita.

PROGRAM PENANAMAN POKOK PEJABAT HUTAN DAERAH TERENGGANU BARAT bersama PENGARAH PERHUTANAN NEGERI TERENGGANU bersempena P...
27/08/2025

PROGRAM PENANAMAN POKOK PEJABAT HUTAN DAERAH TERENGGANU BARAT bersama PENGARAH PERHUTANAN NEGERI TERENGGANU bersempena PROGRAM PENGHIJAUAN MALAYSIA KEMPEN PENANAMAN 100 JUTA POKOK.

Pada 25 Ogos 2025, Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat (PHDTB) telah menjalankan Program Penanaman Pokok bersama Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu di Warisan Pahlawan Resort, Kuala Berang. Seramai 150 orang yang hadir melibatkan kakitangan perhutanan di Wisma Negeri dan kakitangan PHDTB. Program kali ini merupakan program terakhir bagi tahun 2025 yang telah dirasmikan oleh Dato Norhaidi Bin Yunus, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu. Sebanyak 200 pokok telah ditanam yang merengakumi spesies Cengal, Meranti Tembaga dan Meranti Rambai Daun. Program ini dilaksanakan bagi menyokong penuh Program Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025 dan memupuk kesedaran cintai alam sekitar.

Audit Bebas MC&I (SFM) telah dilaksanakan di Daerah Terengganu Barat iaitu di Kompartmen 21(sbhg) Hutan Simpan Jerangau ...
14/08/2025

Audit Bebas MC&I (SFM) telah dilaksanakan di Daerah Terengganu Barat iaitu di Kompartmen 21(sbhg) Hutan Simpan Jerangau dan Kompartmen 97B Hutan Simpan Petuang. Pengauditan ini adalah bertujuan bagi memastikan pengurusan hutan secara berkekalan dilaksanakan dengan mematuhi Standard MC&I.

Address

Kuala Berang
21700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share