Yayasan Islam Terengganu Daerah Hulu Terengganu

Yayasan Islam Terengganu Daerah Hulu Terengganu Page Rasmi Pejabat Yayasan Islam Terengganu Daerah Hulu Terengganu

SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN 1446H 2025Al-Syahid Hasan al-Banna berkata: "Al-Quran al-Karim adalah sebuah perlembaga...
17/03/2025

SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN
1446H 2025

Al-Syahid Hasan al-Banna berkata: "Al-Quran al-Karim adalah sebuah perlembagaan yang lengkap merangkumi seluruh hukum Islam. Al-Quran adalah sumber yang mencurahkan segala kebaikan dan ilmu ke dalam hati yang beriman. Al-Quran adalah sumber yang terbaik untuk para ahli ibadat mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan cara membacanya.

* 21-22 November 2024* *‼️JEMPUTAN KEPADA SEMUA UNTUK HADIR MEMERIAHKAN PROGRAM JELAJAH MAHABBAH YAYASAN ISLAM ZON TENGA...
20/11/2024

* 21-22 November 2024*

*‼️JEMPUTAN KEPADA SEMUA UNTUK HADIR MEMERIAHKAN PROGRAM JELAJAH MAHABBAH YAYASAN ISLAM ZON TENGAH‼️*

Terbuka kepada semua penduduk sekitar/kampung berdekatan & seisi keluarga. Jom hadir beramai-ramai meriahkan lagi program Jelajah..😊

*🌹Pengisian Menarik 21/11/2024*Khamis
🔈Kem Bestari Solat
🔈Forum Perdana selepas Maghrib

*🌹Pengisian Menarik 22/11/2024*Jumaat
➡️Qiamullail
➡️Bengkel Pengurusan Jenazah
➡️Klinik Surah Al-Fatihah
➡️Pameran tadika dan Pertandingan Mewarna
➡️Usrah Perdana sebelum Solat Jumaat
➡️Jamuan Mahabbah
➡️Sukaneka Mahabbah

📍Masjid Felda Bukit Bading, Ajil, Hulu Terengganu

✅Pakat mari belaka,Jgn lepas peluang untuk dakwah, Erat silaturahim🤝🏻

ZON TENGAH


17/11/2024

Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2025/2026 Pondok Darul Iman (PDI) Kini Dibuka!

Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2025/2026 PDI kini dibuka mulai 17 November 2024 hingga 19 Disember 2024.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman rasmi PDI: www.pdi.yit.gov.my

Jom bersama-sama kami di Pondok Darul Iman Banin dan Pondok Darul Iman - Banat .

Yayasan Islam Terengganu HQ
Bahagian Pendidikan Yayasan Islam Terengganu


Taniah wakil KAFA dari YIT HULU TERENGGANU
27/09/2024

Taniah wakil KAFA dari YIT HULU TERENGGANU

KURSUS PEMANTAPAN BAHASA ARAB GURU KAFA  DAERAH HULU TERENGGANU26 SEPTEMBER  2024Khamis---------------------------Yayasa...
26/09/2024

KURSUS PEMANTAPAN BAHASA ARAB GURU KAFA DAERAH HULU TERENGGANU
26 SEPTEMBER 2024
Khamis
---------------------------
Yayasan Islam Terengganu Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan satu Kursus Pemantapan Bahasa Arab Tahun 2024 bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Kampung Butut, Kuala Berang.Majlis ini dirasmikan oleh YB DR.Haji Mamat Bin Putih Manakala Penceramah telah disampaikan oleh Ustaz Mohamad Syafiq bin Roslan. Majlis perasmian penutup diakhiri kata - kata aluan oleh Dr.Haji Ahmad Fadluldin bin Mohamad .

Selain itu, bengkel penataran ini diharapkan menjadi titik mula kepada para guru untuk lebih bersemangat menyusun strategi baru bagi memastikan kecemerlangan para pelajar dalam UPKK pada tahun ini dalam bahasa Arab.

Pihak Yayasan Islam Terengganu Daerah Hulu Terengganu mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama dan semangat jitu yang ditunjukkan oleh para guru sepanjang bengkel berjalan. Didoakan agar para calon UPKK Daerah Hulu Terengganu bagi tahun 2024 akan memperoleh kejayaan dalam peperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

PROGRAM SMART SOLAT BULAN OGOS 2024TARIKH  : 28. Ogos . 2024MASA    : 2.30 petangTEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN LANGGAR----...
29/08/2024

PROGRAM SMART SOLAT BULAN OGOS 2024
TARIKH : 28. Ogos . 2024
MASA : 2.30 petang
TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN LANGGAR
----------------------------------------------------
Yayasan Islam Terengganu Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan program Smat Solat di Sekolah Kebangsaan Langgar , Hulu Terengganu disertai oleh pelajar 1 hingga darjah 5.

Ceramah ini disampaikan oleh,Pegawai Yayasan Islam Terengganu Daerah Hulu Terengganu iaitu Ustaz Ahmad Solahuddin Al Ayyubi bin Ahamad bertajuk tentang cara-cara solat dan rukun solat kemudian ceramah ini diakhiri dengan amali solat dimana semua pelajar diajarkan cara solat yang betul.

Pihak Yayasan Islam Terengganu Daerah Hulu Terengganu mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Sekolah Kebangsaan Langgar dan tidak lupa juga kepada PKMK DUN Ustaz Amran bin Mahari dan dibantu oleh Penyelia KAFA iaitu Ustazah Norhelima bt A.Razak,Ustazah Nur Khayrin bt Muhamad Safri dan Ustazah Nurhafiza bt Sulaini atas kerjasama untuk menjayakan program ini. semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi memantapkan lagi ilmu tentang solat.



29/08/2024

𝙎𝙀𝙇𝘼𝙈𝘼𝙏 𝙈𝙀𝙉𝙔𝘼𝙈𝘽𝙐𝙏 𝙃𝘼𝙍𝙄 𝙆𝙀𝙈𝙀𝙍𝘿𝙀𝙆𝘼𝘼𝙉 𝙔𝘼𝙉𝙂 𝙆𝙀 𝟔𝟕 𝙏𝘼𝙃𝙐𝙉

Jalur gemilang bendera Malaysia,
Megah berkibar setiap hari,
Selalulah kita berdoa padaNYA,
Supaya Malaysia terus aman harmoni.

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Kami daripada 𝙔𝙖𝙮𝙖𝙨𝙖𝙣 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢 𝙏𝙚𝙧𝙚𝙣𝙜𝙜𝙖𝙣𝙪 mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-67 buat seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama.

Semarakkan sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2024 dengan penuh patriotik dan 𝓙𝓲𝔀𝓪 𝓴𝓮𝓶𝓮𝓻𝓭𝓮𝓴𝓪𝓪𝓷!!

𝙈𝙀𝙍𝘿𝙀𝙆𝘼! 𝙈𝙀𝙍𝘿𝙀𝙆𝘼! 𝙈𝙀𝙍𝘿𝙀𝙆𝘼!





*USRAH SANTAI* —————————Tarikh : 14 Ogos 2024 ( Rabu ) Tempat : Masjid Al Ukhuwwah Mengabang Telong, Batu Rakit Jemputan...
15/08/2024

*USRAH SANTAI*
—————————
Tarikh : 14 Ogos 2024 ( Rabu )
Tempat : Masjid Al Ukhuwwah Mengabang Telong, Batu Rakit

Jemputan Program Usrah Santai anjuran Yayasan Islam Terengganu Daerah Setiu.Ceramah Santai ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Solahuddin Al Ayyubi bin Ahamad ( Pegawai Yayasan Islam Terengganu Daerah Hulu Terengganu) ..



PROGRAM USRAH BULAN JULAI 2024Masa: 10.00 pagiTarikh: 23 Julai 2024 (Selasa)Tempat: Surau Kuning Batu Hampar,DUN Manir ....
23/07/2024

PROGRAM USRAH BULAN JULAI 2024

Masa: 10.00 pagi
Tarikh: 23 Julai 2024 (Selasa)
Tempat: Surau Kuning Batu Hampar,DUN Manir .

Ceramah Usrah santai ini telah disampaikan oleh Pegawai Yayasan Islam Daerah Hulu Terengganu Ustaz Ahmad Solahuddin Al Ayyubi bin Ahamad dan Pengurusi Majlis Khidmat Masyarakat Dan Dakwah Dun Manir, Ustaz Ahmad Ajwad Najmi bin Shamsudin, dengan tajuk "Perbaiki Hubungan Eratkan Persaudaraan"
Terima kasih diucapkan kepada para peserta kerana telah memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan program ini.



Assalamualaikum... Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Pengambilan Kanak-Kanak 5 Tahun sesi 2025 telah dibuka bermula...
18/07/2024

Assalamualaikum...

Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Pengambilan Kanak-Kanak 5 Tahun sesi 2025 telah dibuka bermula 1 Julai 2024.

Sila layari https://yit.skooldash.com atau sebarang pertanyaan sila hubungi 09-6812020 ( Pejabat ) .



LAWATAN MUHIBBAH PERSATUAN GURU KAFA TERENGGANU (PERKAT) DAERAH HULU TERENGGANU KE PEJABAT YAYASAN ISLAM TERENGGANU DAER...
17/07/2024

LAWATAN MUHIBBAH PERSATUAN GURU KAFA TERENGGANU (PERKAT) DAERAH HULU TERENGGANU KE PEJABAT YAYASAN ISLAM TERENGGANU DAERAH HULU TERENGGANU

16 JULAI 2024
Selasa
9.30 Pagi
---------------------------

Yayasan Islam Terengganu Daerah Hulu Terengganu telah menerima kunjungan daripada PERKAT Daerah Hulu Terengganu yang diwakili oleh Ahli Jawatankuasa.

Lawatan muhibbah ini bertujuan untuk suai kenal antara AJK PERKAT Hulu Terengganu dengan Pegawai Yayasan Islam Terengganu Daerah Hulu Terengganu yang baru bertugas pada 9 Jun 2024 baru-baru ini.

Di dalam pertemuan ini, banyak perkara yang dibincangkan bersama. Antaranya mengenai kerjasama dua hala dalam melaksanakan program-program yang melibatkan guru-guru KAFA. Selain itu, kedua-dua pihak saling bertukar pandangan mengenai beberapa isu dan permasalahan yang melibatkan para guru dan para pelajar KAFA di Daerah Hulu Terengganu.

Semoga hubungan baik antara persatuan dan Yayasan Islam Terengganu dapat diperkukuhkan lagi pada masa akan datang.



Address

240-241, Tingkat Atas, Bangunan Yayasan Islam, , Jalan Astaka
Kuala Berang
21700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096811455

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Islam Terengganu Daerah Hulu Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Yayasan Islam Terengganu Daerah Hulu Terengganu:

Share