Keadilan Cabang Hulu Terengganu

Keadilan Cabang Hulu Terengganu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Keadilan Cabang Hulu Terengganu, Political Party, Pejabat Keadilan Wisma Maju, Kuala Berang.

Laman Rasmi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Hulu Terengganu-Sebuah parti politik yang berjuang membentuk sebuah masyarakat yang adil dan negara yang demokratik, progresif dan bersatu padu kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa ataupun agama

19/07/2026

18 Julai 2026 | Sabtu | Malam

Malam diteruskan dengan Ceramah Kelompok bersama calon N.03 DUN Sungai Lui, Cikgu Zainal Fikri.

Semangat rakyat yang hadir menjadi bukti bahawa mereka mahukan kepimpinan yang bekerja, mendengar dan membela nasib rakyat. Terima kasih kepada seluruh jentera yang tidak mengenal penat lelah menggerakkan kempen dari awal hingga akhir.

Dengan sokongan padu pimpinan di semua peringkat, khususnya YBM Haji Akmal Nasir, insya-Allah kita terus melangkah menuju kemenangan.

Ayuh! Teruskan perjuangan, rapatkan saf dan pastikan kemenangan menjadi milik Pakatan Harapan.

18/07/2026

17 Julai 2026 | Jumaat | Malam

Makan malam bersama jentera dari Cabang Hulu Terengganu dan Besut di N.03 DUN Sungai Lui, Negeri Sembilan.

Walaupun kempen di Johor telah berakhir, perjuangan diteruskan dengan menggalas amanah membantu kempen calon Pakatan Harapan, Cikgu Zainal Fikri.

Semoga segala usaha dan pengorbanan seluruh jentera dipermudahkan serta dikurniakan kejayaan. Terus melangkah, terus berkhidmat demi rakyat.


12/07/2026

12 Julai 2026 | Ahad

Sarapan bersama keluarga calon PH DUN Tenggaroh Cikgu Md Yusof sebelum kami berangkat pulang ke Terengganu.

Walaupun keputusan Pilihan Raya tidak memihak kepada kita, perjuangan ini bukanlah penamat. Setiap langkah, setiap keringat dan setiap pengorbanan sepanjang kempen adalah bukti kesungguhan untuk membawa suara rakyat.

Terima kasih kepada seluruh jentera, sahabat perjuangan dan semua pengundi yang telah memberikan sokongan dan kepercayaan. Kita terus melangkah dengan semangat yang tidak pernah luntur.

Kalah hari ini bukan bererti tewas selamanya. Perjuangan diteruskan demi rakyat dan masa depan yang lebih baik.

11/07/2026

10 Julai 2026 | Malam

Ceramah kelompok bersama calon Pakatan Harapan N.33 DUN Tenggaroh, Cikgu Md Yusof, pada malam terakhir kempen.

Terima kasih kepada team YB Akmal Nasir, seluruh jentera dan para penyokong yang terus istiqamah menggerakkan kempen hingga ke saat akhir. Semoga segala usaha ini membuahkan kejayaan.

Jalan Terus. Demi masa depan Tenggaroh.

11/07/2026

11 Julai 2026 | Sabtu

Hari ini menjadi medan penentuan buat calon Pakatan Harapan N.33 DUN Tenggaroh, Cikgu Md Yusof.

Semoga segala usaha, pengorbanan dan kerja keras sepanjang kempen dipermudahkan serta dikurniakan kejayaan yang diimpikan.

Terima kasih kepada seluruh jentera, sukarelawan dan penyokong yang telah bertungkus-lumus sepanjang kempen. Kini tiba masanya rakyat membuat pilihan demi masa depan yang lebih baik.

Semoga kemenangan berpihak kepada Cikgu Md Yusof. Insya-Allah.


11/07/2026

KEADILAN mengucapkan selamat mengundi buat semua bangsa Johor. 🔵🔴

Gunalah tanggungjawab dan hak anda untuk menjadikan Johor ke arah yang lebih baik. Jangan lupa undi anda untuk setiap calon HARAPAN yang bertanding!

Johor Ke Depan, Undi HARAPAN! 🚩


10/07/2026

Address

Pejabat Keadilan Wisma Maju
Kuala Berang
21700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keadilan Cabang Hulu Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share