Ninjavan Kuala Berang

Ninjavan Kuala Berang HAI SEMUA! WAKTU OPERASI
SABTU-KHAMIS (JUMAAT TUTUP)
8:00AM-6:00PM

Selamat hari guru diucapkan kepada semua pendidik. "Guru Insani Pemangkin Generasi Madani"
16/05/2023

Selamat hari guru diucapkan kepada semua pendidik. "Guru Insani Pemangkin Generasi Madani"

29/03/2023

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Menghidupkan Malam Ramadan Menjadi Penghapus Dosa
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa mendirikan Ramadhan (menghidupkan malam dengan solat sunat, tilawah, iktikaf, zikir dan lain-lain) kerana iman dan penuh keikhlasan (mengharap rahmat Allah), maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu" (HR Bukhari No: 36) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:
1. Mendirikan Ramadan atas dasar iman bermaksud menghidupkan malam hari dengan solat sunat tarawih, solat witir, solat tahajud, tilawah al-Quran, iktikaf, berdoa, berwirid dan lain-lain amal solleh kerana meyakini akan amalan sunnah.
2. Ihtisab membawa maksud mengharap pahala semata-mata dari Allah SWT. Tidak merasa berat melaksanakan ibadah. Tidak dilakukan atas dasar riya’, mencari pujian atau hanya sekadar mengikuti kebiasaan orang sekitar.
3. Semoga ibadat qiam di malam hari sama ada untuk solat sunat, tilawah, zikir, doa, iktikaf mahupun bangun sahur, akan menjadi sebahagian daripada elemen menghapuskan dosa-dosa yang lalu
4. Antara ibadat di malam hari di bulan Ramadan ialah solat sunat Tarawikh. Orang yang solat sunat bersama imam hingga selesai solat, dituliskan baginya seolah-olah ia bersolat sepanjang malam. Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ ..... فَقَالَ إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الْإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ ...
Daripada Abu Zar RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: 'Barangsiapa yang berdiri bersama imam (solat sunat malam), hingga selesai (hingga imam beredar) dituliskan baginya ganjaran pahala orang yang qiam sepanjang malam.' (HR Tirmizi No: 734) Status: Hasan Sahih

Ayuh, pastikan kita dapat bersama solat tarawikh di masjid atau surau bersama imam hingga selesai kerana ganjarannya ditulis pahala seperti ia qiam sepanjang malam. Rugilah kita yang balik awal dari masjid atau tidak menunggu sehingga selesai sedangkan imam masih bersolat.
29hb Mac 2023
07hb Ramadan 1444H
NINJA VAN KUALA BERANG

Asalamaualaikum dan selamat pagi semua!Moga urusan anda semua dipermudah ya!J*p j*p, admin nak pesan kalau ada yang dah ...
21/03/2023

Asalamaualaikum dan selamat pagi semua!

Moga urusan anda semua dipermudah ya!

J*p j*p, admin nak pesan kalau ada yang dah guna perkhidmatan Ninja Van, jangan lupa untuk check tracking parcel anda di bawah ya.

Apa apa pun, hidup mesti enjoy !!!

Address

812B Jalan BELAKANG PASAR
Kuala Berang
21700

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+60199828070

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ninjavan Kuala Berang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ninjavan Kuala Berang:

Share

Category