18/09/2026
✨Suasana Malam Jumaat✨
Malam Jumaat dengar kuliah.
Malam ini bersama pendakwah anak Tempatan Hulu Terengganu ; Ustaz Muhammad bin Abdullah ( Ustaz Mat Kecik).
Terokai Hulu Terengganu dengan tema:-
Dari Daerah ke Pesisir : Dari Hulu ke Hilir ; Warisan Tempatan, Cuminye Hulu"
Bangsal Tradisi Hulu Terengganu mengangkat sejarah, budaya, alam dan warisan tempatan melalui seni bina, tokoh, makanan, persembahan serta produk daerah, menghubungkan Hulu hingga pesisir dalam semangat kebersamaan.
Kami mengangkat tokoh tempatan dengan meletakkan nama di beberapa arca di Bangsal Tradisi Daerah Hulu Terengganu dengan harapan masyarakat mengenal insan berjasa kepada sejarah negeri Terengganu.
🏝️Karnival Pantai Terengganu 2026🌊
Tarikh :
🗓️ 15-19 September 2026
Bertempat di :
📍Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus, Terengganu
Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu