Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu

  • Home
  • Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH HULU TERENGGANU
LOT 9557, JALAN SIMPANG SEKAYU
21700 KUALA BERANG, HULU TERENGGANU, TERENGGANU

🏆 KEJOHANAN FUTSAL BAWAH 12 TAHUN ⚽🔥Masa untuk anak-anak muda serlahkan bakat, bina keyakinan dan beraksi bersama pasuka...
20/08/2026

🏆 KEJOHANAN FUTSAL BAWAH 12 TAHUN ⚽🔥

Masa untuk anak-anak muda serlahkan bakat, bina keyakinan dan beraksi bersama pasukan! 💪⚽

📅 26 September 2026 (Sabtu)
📍 Gelanggang Futsal Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu
⏰ 8.00 pagi
👥 Terhad kepada 24 pasukan sahaja!

Jangan tunggu lama — slot terhad, siapa cepat dia dapat! 🔥

📲 Daftar sekarang dan rebut peluang untuk menjadi juara! 🏆

Jumpa di gelanggang!

19/08/2026

Jaguh Rakan Muda Kini Kembali! 🔥⚡️

Program realiti belia yang mencetuskan fenomena luar biasa pada tahun 2025 kini kembali dengan hadiah terkumpul sehingga RM150,000.00! 💰

Tunggu apa lagi? Jom sertai uji bakat yang akan bermula minggu ini seperti berikut: 👇

📍 : Toppen Shopping Centre, Johor Bahru
🗓️ : 21 - 23 Ogos 2026
⏰ : 10 pagi - 10 malam

📍 : East Coast Mall, Kuantan
🗓️ : 22 - 23 Ogos 2026
⏰ : 10 pagi - 10 malam

📍 : Boulevard Shopping Mall, Kuching
🗓️ : 22 - 23 Ogos 2026
⏰ : 10 pagi - 10 malam

Ini ruang anda, ini platform anda - serlahkan bakat, semangat dan potensi Rakan Muda! Layari https://www.kbs.gov.my/rakanmuda untuk maklumat lanjut! 🔗

Rakan Muda Yakin Boleh, JBSN Komited 💪🏻



P/s: Tertakluk kepada terma dan syarat! 😉

Hulu Terengganu Sedia Berentap Dalam LSK Negeri Terengganu 🔥Kontinjen Hulu Terengganu kini bersedia menggalas nama daera...
19/08/2026

Hulu Terengganu Sedia Berentap Dalam LSK Negeri Terengganu 🔥

Kontinjen Hulu Terengganu kini bersedia menggalas nama daerah bagi tiga acara iaitu Futsal, Bola Tampar dan Bola Jaring dalam Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Terengganu 2026 yang bakal berlangsung pada 21 hingga 22 Ogos 2026, bertempat di UniSZA dan UMT.

Sesi Penyerahan jersi dan amanat kepada Kontinjen Hulu Terengganu telah disempurnakan oleh Cik Nik Noor Azlihan binti Nik Jamaludin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu, sebagai suntikan semangat serta tanda kesiapsiagaan kontinjen.

Satu hati. Satu pasukan. Satu perjuangan.
Hulu Terengganu, terus melangkah! 🔥

18/08/2026
🌿✨ JOM TEROKAI ALAM! ✨🌿🏕️ PROGRAM EKSPLORASI ALAMPERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026 🏕️Satu pengalaman istimewa buat anda y...
18/08/2026

🌿✨ JOM TEROKAI ALAM! ✨🌿

🏕️ PROGRAM EKSPLORASI ALAM
PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026 🏕️

Satu pengalaman istimewa buat anda yang ingin meneroka alam semula jadi, menikmati suasana hutan dan merasai pengalaman rekreasi luar bersama! 🌳💦🥾

📅 26 – 27 Ogos 2026
🗓️ Rabu – Khamis
📍 Lata Kolam Air Deru Ecopark, Besut, Terengganu

🌱 APA YANG MENARIK?

⛺ Penginapan berkhemah disediakan
🍽️ Makan & minum disediakan
📜 Sijil penyertaan disediakan
🌳 Aktiviti eksplorasi alam semula jadi
🥾 Pengalaman rekreasi luar yang menarik

👥 TERBUKA KEPADA:
✨ Warganegara berumur 18 tahun ke atas
✨ Mempunyai tahap kesihatan yang baik
✨ Berminat dengan aktiviti rekreasi dan aktiviti luar

⚠️ TEMPAT ADALAH TERHAD KEPADA 20 PESERTA TERAWAL SAHAJA!

🌿 Jangan lepaskan peluang untuk keluar dari rutin harian, dekatkan diri dengan alam dan cipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan! 🌿

📲 DAFTAR SEKARANG!
Imbas QR Code pada poster atau klik pautan di bawah:

🔗 https://forms.gle/YRgPCLRzabj4KBsCA

🌳 Jumpa anda di Lata Kolam Air Deru Ecopark! 🏕️💦🥾

14/08/2026
10/08/2026

📢 BELIA TERENGGANU BERUMUR 15–16 TAHUN, INI PELUANG ANDA! 🏕️

Sertai Kem Rakan Muda Peringkat Negeri Terengganu 2026 dan rasai pengalaman yang penuh cabaran, keseronokan serta pembelajaran bersama belia dari seluruh negeri.

🗓️ 29 Ogos – 1 September 2026
📍 Kem Damai Beach Resort, Besut
👥 Terhad kepada 40 peserta sahaja

🎁 Disediakan:
✅ Sijil Penyertaan
✅ Perlindungan Insurans

📲 Daftar sekarang dengan mengimbas Kod QR pada poster.

https://docs.google.com/forms/u/0/d/1BiD7Cpt__63lud3hlYq6DJB2IWM1sNhCrSfu-4uhWSw/viewform?usp=drivesdk&chromeless=1&edit_requested=true

Peserta yang berjaya sahaja akan dihubungi.

📞 Pertanyaan: Puan Nurqalina – 011-25670710

Jangan tunggu sehingga kuota penuh. Mohon sekarang! 🔥

🇲🇾🛶 SUNGAI BERANG KAYAK ORIENTEERING MERDEKA CHALLENGE 2026HULU TERENGGANU | 8 Ogos 2026 - Semangat Merdeka disemarakkan...
10/08/2026

🇲🇾🛶 SUNGAI BERANG KAYAK ORIENTEERING MERDEKA CHALLENGE 2026

HULU TERENGGANU | 8 Ogos 2026 - Semangat Merdeka disemarakkan menerusi Sungai Berang Kayak Orienteering Merdeka Challenge 2026 anjuran Persatuan Penggerak Rekreasi Negeri Terengganu, dengan sokongan Dana Sukan Komuniti (DSK), Kementerian Belia dan Sukan.

Program yang menggabungkan elemen kayak, navigasi dan cabaran fizikal ini mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti rekreasi, bukan sahaja dari Terengganu, malah turut disertai dari beberapa negeri lain, antaranya Pahang, Melaka dan Selangor.

Selain menguji ketahanan fizikal dan kemahiran navigasi, program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan komuniti rekreasi serta mempromosikan gaya hidup aktif dan sihat.

Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil telah disempurnakan oleh Cik Nik Noor Azlihan binti Nik Jamaludin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu, mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.

Tahniah dan syabas kepada pihak penganjur serta semua peserta yang menjayakan program ini dalam semangat Merdeka! 🇲🇾



26/07/2026

🌿 Imbasan OUTREC Tahap 1 Peringkat Negeri Terengganu 2026

Sorotan sepanjang Kursus Asas Kejurulatihan Rekreasi Luar (OUTREC) Tahap 1 Peringkat Negeri Terengganu 2026 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu menerusi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia (PJRM) yang menghimpunkan 33 peserta dari seluruh Terengganu.

Tahniah kepada semua peserta yang berjaya menamatkan kursus ini. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan untuk terus memartabatkan rekreasi luar.

📢 JOM SERTAI PROGRAM BELIA BEBAS HUTANG @ RAKAN MAHIR PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026!💰 Nak belajar urus kewangan denga...
23/07/2026

📢 JOM SERTAI PROGRAM BELIA BEBAS HUTANG @ RAKAN MAHIR PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026!

💰 Nak belajar urus kewangan dengan lebih bijak?
💳 Nak tahu cara mengelakkan beban hutang dan merancang masa depan kewangan yang lebih terjamin?

Inilah peluang anda!

📍 Program Belia Bebas Hutang @ Rakan Mahir Peringkat Negeri Terengganu 2026 membawakan perkongsian daripada pakar-pakar kewangan bagi membantu belia meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kesedaran dalam pengurusan kewangan secara berhemah.

📅 Tarikh: 27 Julai 2026 (Isnin)
🕣 Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat: Dewan Kuliah Utama, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Nerus, Terengganu

🎯 Sasaran Peserta: Belia berumur 18 hingga 30 tahun sahaja.

Antara pengisian menarik:

✅ Pengurusan kewangan peribadi
✅ Strategi bebas hutang
✅ Perancangan persaraan
✅ Literasi kewangan digital & amaran scam
✅ Simulasi dan konsultasi kewangan bersama agensi berkaitan

🎖️ Penyertaan adalah PERCUMA dan peserta akan menerima Sijil Penyertaan.

📲 Daftar sekarang dengan mengimbas Kod QR pada poster atau hubungi urus setia untuk maklumat lanjut.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi belia yang lebih celik kewangan, bebas hutang dan bersedia menghadapi masa depan dengan yakin!

Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096811237

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share