Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Langkawi

Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Langkawi Goverment Organisation

MESYUARAT TAPAK BAGI BAKI KERJA PROJEK PEMBINAAN BENTENG PEMECAH OMBAK DI KG. TELUK PUYOH, PULAU TUBA DAN PROJEK MEROBOH...
03/06/2026

MESYUARAT TAPAK BAGI BAKI KERJA PROJEK PEMBINAAN BENTENG PEMECAH OMBAK DI KG. TELUK PUYOH, PULAU TUBA DAN PROJEK MEROBOH SERTA MEMBINA BARU JETI SELAT BAGAN PAUH.

03 Jun 2026 (Rabu) - Satu mesyuarat tapak telah diadakan bagi membincangkan kemajuan pelaksanaan projek serta isu-isu berkaitan di tapak projek.

Mesyuarat tapak ini melibatkan Pengarah JPS Negeri Kedah, Ir. Ahmad Solihin Bin Budarto dan turut serta Ketua Penolong Pengarah - Pengairan, Saliran Pertanian dan Pantai, Ir. Lee Liang Wang dan bersama Jurutera Daerah JPS Langkawi, Encik Amphai A/L EE Bau, pihak kontraktor serta pegawai-pegawai yang terlibat langsung dalam pelaksanaan projek.

Antara fokus mesyuarat adalah meneliti status kemajuan kerja semasa, aspek keselamatan di tapak, isu-isu teknikal serta langkah-langkah penyelarasan bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut spesifikasi dan tempoh yang ditetapkan.

JPS komited untuk memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar demi meningkatkan kemudahan infrastruktur serta memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah (JPS Kedah)




PROJEK PEMBINAAN CONSTRUCTED WETLAND DI PANTAI CENANG, PULAU LANGKAWI. 25 Mei 2026 (Isnin) - Mesyuarat Penyelarasan Hala...
25/05/2026

PROJEK PEMBINAAN CONSTRUCTED WETLAND DI PANTAI CENANG, PULAU LANGKAWI.

25 Mei 2026 (Isnin) - Mesyuarat Penyelarasan Halatuju Pelaksanaan Projek Wetland telah diadakan bagi membincangkan hala tuju, perancangan serta tindakan susulan berkaitan pelaksanaan projek secara lebih teratur dan berkesan.

Semoga hasil perbincangan ini dapat memperkukuh usaha pemeliharaan alam sekitar dan pengurusan projek yang mampan.

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah (JPS Kedah)




LAWATAN TAPAK PROJEK JALAN LADANG PEKEBUN KECIL (JLPK) KG. TELUK YU, LANGKAWI. 21 Mei 2026 (Rabu) - Lawatan tapak Projek...
21/05/2026

LAWATAN TAPAK PROJEK JALAN LADANG PEKEBUN KECIL (JLPK) KG. TELUK YU, LANGKAWI.

21 Mei 2026 (Rabu) - Lawatan tapak Projek Jalan Ladang Pekebun Kecil (JLPK) Kg. Teluk Yu, Langkawi telah diadakan bersempena Mesyuarat Pemantauan dan Kawal Selia Projek JLPK Bil. 2/2026.

Lawatan ini bertujuan meninjau perkembangan pelaksanaan projek di lapangan serta memastikan kemajuan kerja berjalan mengikut perancangan yang ditetapkan. Program ini turut menjadi platform perkongsian pandangan dan penyelarasan antara agensi berkaitan demi memastikan keberkesanan pelaksanaan projek untuk manfaat komuniti pekebun kecil.

Semoga usaha dan kerjasama yang terjalin terus memperkukuhkan pembangunan infrastruktur luar bandar secara mampan dan berimpak positif kepada rakyat.

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah (JPS Kedah)




1) No. Sebut harga : JPS.L(SH)/P/P/S/08/2026Tajuk : KERJA-KERJA MEMULIHKAN TALIAIR/PARIT DI LUAR SKIM KEDAWANG SERTA KER...
20/05/2026

1) No. Sebut harga : JPS.L(SH)/P/P/S/08/2026
Tajuk : KERJA-KERJA MEMULIHKAN TALIAIR/PARIT DI LUAR SKIM KEDAWANG SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN, MUKIM KEDAWANG, DAERAH LANGKAWI, KEDAH DARUL AMAN.

2)No. Sebut harga : JPS.L(SH)/P/P/S/09/2026
KERJA-KERJA MEMULIHKAN TALIAIR/PARIT DI KG. YOOI SKIM PADANG MATSIRAT SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN, MUKIM PADANG MATSIRAT, DAERAH LANGKAWI, KEDAH DARUL AMAN.

3)No. Sebut harga :JPS.L(SH)/P/P/KP/10/2026
MENINGKATKAN KESELAMATAN EMPANGAN-EMPANGAN JPS MALAYSIA FASA 2 – EMPANGAN PADANG SAGA

Gred: G1
Kategori: CE
Pengkhususan: CE21
PENDAFTARAN :
Cara pendaftaran :
Membuat PERAKUAN menyertai sebutharga di sistem iDAFTAR (https://idaftar.kedah.gov.my)
TARIKH JUALAN DOKUMEN SEBUTHARGA:
Tarikh Jualan : 23 Mei 2026 (Sabtu)
TARIKH TUTUP SEBUTHARGA:
Tarikh Tutup : 02 Jun 2026 (Selasa)
sebelum jam 12.00 tengah hari di JPS Daerah Langkawi
*Sila rujuk notis sebut harga untuk maklumat lanjut

TAKLIMAT PROJEK DAN LAWATAN TAPAK - PROJEK MENAIKTARAF SISTEM PERPARITAN DI KAWASAN AYER HANGAT SERTA KERJA BEKAITAN, LA...
19/05/2026

TAKLIMAT PROJEK DAN LAWATAN TAPAK - PROJEK MENAIKTARAF SISTEM PERPARITAN DI KAWASAN AYER HANGAT SERTA KERJA BEKAITAN, LANGKAWI, KEDAH DARUL AMAN.

19 Mei 2026 - Satu sesi Taklimat Kerja dan Lawatan Tapak telah diadakan di Bilik Mesyuarat JPS Daerah Langkawi. Taklimat ringkas telah disampaikan oleh En. Wan Haziq Luqman Bin Abd Razai wakil daripada Bahagian Saliran Mesra Alam, JPS Malaysia dan Timbalan Jurutera Daerah JPS Langkawi, Cik Muniroh Binti Baharin.

Objektif taklimat dan lawatan ini adalah memastikan semua kontraktor memahami tatacara, syarat, dan prosedur penyertaan. Seterusnya, memberi kefahaman jelas tentang keperluan projek bagi mengelakkan kekeliruan. Kesimpulannya, taklimat ini bertujuan memastikan proses sebutharga berjalan lancar, telus dan menghasilkan tawaran yg berkualiti.

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah (JPS Kedah)




19/05/2026
Makluman Ralat Kenyataan Sebutharga.JPS.K(SH)P/LADA/1/2026PROJEK MENAIKTARAF SISTEM PERPARITAN DI KAWASAN AYER HANGAT SE...
14/05/2026

Makluman Ralat Kenyataan Sebutharga.

JPS.K(SH)P/LADA/1/2026

PROJEK MENAIKTARAF SISTEM PERPARITAN DI KAWASAN AYER HANGAT SERTA KERJA BERKAITAN, LANGKAWI, KEDAH DARUL AMAN

**Pindaan Tarikh Tutup Sebutharga.

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026.Penghargaan setinggi-tinggi diberikan kepada seluruh warga kerja yang terus komited,...
01/05/2026

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026.

Penghargaan setinggi-tinggi diberikan kepada seluruh warga kerja yang terus komited, berdedikasi dan berintegriti dalam melaksanakan amanah demi pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat.

Ikhlas daripada
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026.

Penghargaan setinggi-tinggi diberikan kepada seluruh warga kerja yang terus komited, berdedikasi dan berintegriti dalam melaksanakan amanah demi pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat.

Ikhlas daripada
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah

LAWATAN TEKNIKAL JPS SEBERANG PERAI SELATAN KE JPS DAERAH LANGKAWI23 April 2026 (Khamis) - Jabatan Pengairan dan Saliran...
30/04/2026

LAWATAN TEKNIKAL JPS SEBERANG PERAI SELATAN KE JPS DAERAH LANGKAWI

23 April 2026 (Khamis) - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Langkawi telah menerima kunjungan Lawatan Teknikal daripada JPS Seberang Perai Selatan pada 23 April 2026.

Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman, bertukar pandangan serta memperkukuh hubungan kerjasama antara kedua-dua jabatan khususnya dalam aspek pengurusan sistem pengairan dan saliran.

Sepanjang lawatan, sesi perbincangan teknikal turut diadakan bagi membincangkan amalan terbaik, cabaran semasa serta pendekatan yang boleh dilaksanakan dalam meningkatkan kecekapan perkhidmatan.

JPS Daerah Langkawi amat menghargai kehadiran delegasi JPS Seberang Perai Selatan dan berharap jalinan kerjasama ini dapat diteruskan demi manfaat bersama.

Terima kasih atas lawatan yang telah diadakan.




Address

Kuah

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049661778

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Langkawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Langkawi:

Share