30/04/2026
𝐁𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐒𝐄𝐙𝐀𝐌𝐀𝐍 (𝐁𝐌𝐒) 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄-𝟐𝟗
Bakat Muda Sezaman (BMS) ialah pertandingan seni kontemporari yang berprestij anjuran Balai Seni Negara sejak tahun 1974. Pertandingan ini menjadi platform profesional bagi mengetengahkan karya baharu serta bakat muda kepada landskap seni negara.
Pertandingan ini bermula pada 4 Mei 2026 hingga 25 Julai 2026 bertemakan “Lokasi Spesifik di Langkawi yang menekankan hubungan antara karya seni dengan ruang, persekitaran dan naratif tempatan.Tema ini menggalakkan peserta menghasilkan karya yang responsif terhadap lokasi serta mencerminkan identiti unik Langkawi.
Taman Legenda yang diuruskan oleh LADA, antara lokasi karya seni ini dipamerkan.