Pejabat Pertanian Daerah Langkawi

Pejabat Pertanian Daerah Langkawi Official Page of Pejabat Pertanian Daerah Langkawi, Kedah

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin 1447H | 2026M buat semua petani - petani dan usahawan Daerah L...
20/03/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin 1447H | 2026M buat semua petani - petani dan usahawan Daerah Langkawi.

Ikhlas daripada Pegawai Pertanian Daerah dan kakitangan Pejabat Pertanian Daerah Langkawi.





Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin 1447H / 2026M
20/03/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin 1447H / 2026M

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Di kesempatan yang mulia ini, warga Jabatan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh rakan-rakan strategik atas komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang masa.

Semoga Syawal yang menjelang ini membawa sinar kebahagiaan, keberkatan dan mempereratkan lagi silaturahim antara kita semua. Diharapkan juga agar semangat kebersamaan ini terus diperkukuh demi memacu kecemerlangan sektor pertanian serta kemajuan negeri Kedah.

Pergi ke bendang menuai padi,
Singgah sebentar di tepi t**i,
Syawal menjelang penuh diberkati,
Maaf dipohon seikhlas hati.

Anak desa memetik mangga,
Dibawa pulang ke rumah bonda,
Andai tersalah kata dan juga bahasa,
Ampun dan maaf dipinta semua.

Ikhlas daripada,
Pengarah Pertanian Negeri Kedah
dan seluruh warga kerja
Jabatan Pertanian Negeri Kedah

06/03/2026

โ€œSemoga keberkatan Nuzul Al-Quran menguatkan iman, menyuburkan akhlak dan menjadi panduan dalam setiap langkah kehidupan.โ€





Selamat Menyambut Ramadan Al - Mubarak
18/02/2026

Selamat Menyambut Ramadan Al - Mubarak

๐ŸŒ™ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐€๐ ๐€๐‹-๐Œ๐”๐๐€๐‘๐€๐Š 1447๐‡๐ŸŒ™

Sempena ketibaan 1 Ramadan 1447H bersamaan 19 Februari 2026, Pengarah Pertanian Negeri Kedah serta seluruh warga kerja Jabatan Pertanian Negeri Kedah mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam.

Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, keampunan dan rahmat, serta memperkukuh keimanan dan keikhlasan kita dalam melaksanakan setiap amanah dan tanggungjawab.

Marilah kita bersama-sama merebut ganjaran yang dijanjikan dan menjadikan Ramadan sebagai medan memperbaiki diri serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.

Ikhlas daripada :
Pengarah Pertanian Negeri Kedah
dan seluruh warga kerja
Jabatan Pertanian Negeri Kedah

๐——๐—œ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—œ๐—ก๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ 2026โ€ผ๏ธ๐—›๐—˜๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ๐—”๐—œ ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆPEJABAT PERTANIAN DAERAH LANGKAWI DAN JABATAN PERTANIAN NEGERI KEDAH ...
04/01/2026

๐——๐—œ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—œ๐—ก๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ 2026โ€ผ๏ธ

๐—›๐—˜๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ
๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ๐—”๐—œ ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ
PEJABAT PERTANIAN DAERAH LANGKAWI DAN
JABATAN PERTANIAN NEGERI KEDAH TAHUN 2026

๐Ÿ“Œ Pelbagai kursus berfokuskan peningkatan kemahiran, aplikasi teknologi serta pembangunan sektor pertanian disediakan bagi Tahun 2026.

๐Ÿ“ฃ Makluman Penting
Kursus bagi Sukuan Pertama (Januari โ€“ Mac 2026) telah dibuka!

๐Ÿ‘‰ Maklumat lengkap kursus boleh diakses melalui:
๐Ÿ”— Pautan https://plpkedah.my.canva.site/sistempermohonankursus
๐Ÿ“ฒ Atau imbas Kod QR yang tertera pada poster

๐Ÿ“ Penyertaan Kursus

Terbuka kepada Usahawan Tani, Usahawan Asas Tani dan orang ramai yang berminat.

โœจ Jangan lepaskan peluang. Kuota adalah terhad.





๐Ÿ—“๏ธ06 November 2025 | Khamis | ๐๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ฆ๐ข๐š๐ง ๐‹๐š๐ฆ๐š๐ง ๐๐š๐ซ๐š๐ค๐š๐ก ๐Œ๐ข๐ง๐๐š๐Ÿ“Sekolah Kebangsaan Penghulu AhmadPejabat Pertanian Daerah La...
15/11/2025

๐Ÿ—“๏ธ06 November 2025 | Khamis | ๐๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ฆ๐ข๐š๐ง ๐‹๐š๐ฆ๐š๐ง ๐๐š๐ซ๐š๐ค๐š๐ก ๐Œ๐ข๐ง๐๐š
๐Ÿ“Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad

Pejabat Pertanian Daerah Langkawi dijemput untuk merasmikan Laman Barakah Minda Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad, Langkawi.

Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad merupakan penerima insentif daripada Pejabat Pertanian Daerah Langkawi. Insentif yg diterima adalah Insentif Pertanian Komuniti iaitu set hidroponik.

Pejabat Pertanian Langkawi dijemput untuk merasmikan set hidroponik yang telah ditanam dengan tanaman kangkung oleh Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad dan Encik Mohd Khozaid bin Mansor Pegawai Pertanian Daerah Langkawi telah merasmikan program tersebut.

Turut hadir dalam program tersebut Puan Norsharmira binti Abd Rahman Desk Officer Pertanian Komuniti Daerah Langkawi dan Puan Noraini binti Abdul Rahman APT Mukim Kuah, Ulu Melaka & Kedawang.






๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐€๐๐‘๐„๐’๐ˆ๐€๐’๐ˆ & ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐† (๐€๐๐‚) 202503 November 2025 | Alor Setar - Majlis Apresiasi & Anugerah...
09/11/2025

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐€๐๐‘๐„๐’๐ˆ๐€๐’๐ˆ & ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐† (๐€๐๐‚) 2025

03 November 2025 | Alor Setar - Majlis Apresiasi & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Pertanian Negeri Kedah 2025 menjadi simbol penghargaan terhadap usaha gigih, kesetiaan dan semangat luar biasa warga jabatan yang terus menjadi tulang belakang kemajuan sektor pertanian negeri.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Kedah, En. Rozaidi bin Abdul Rahman, yang menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Datoโ€™ Seri Haji Norizan bin Khazali atas kesudian beliau hadir dan merasmikan majlis yang penuh bermakna ini. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua warga jabatan atas dedikasi dan sumbangan berterusan dalam memperkukuh sektor pertanian negeri.

Pejabat Pertanian Daerah Langkawi merangkul tiga anugerah :

1. Encik Mohd Ridzuan bin Hamid (Pembantu Khidmat Am H1) mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2024

2. Puan Noraini binti Abdul Rahman (Penolong Pegawai Pertanian G5) mendapat Tempat Kedua Pertandingan Agen Pengembangan Tanaman (APT) Inovatif Peringkat Jabatan Pertanian Negeri Kedah Tahun 2025

3. Encik Anas Nazeer bin Nazri (Penolong Pegawai Pertanian G5) mendapat Tempat Ketiga Pertandingan Agen Pengembangan Industri Asas Tani (APIAT) Inovatif Peringkat Jabatan Pertanian Negeri Kedah Tahun 2025

Sesungguhnya, kejayaan mereka menjadi inspirasi kepada seluruh warga jabatan untuk terus berkhidmat dengan cemerlang, berintegriti dan berinovasi seiring usaha mengangkat martabat sektor pertanian negeri dan negara.





๐Ÿ—“๏ธ26 Oktober 2025 | Ahad | ๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐š๐ซ๐ข ๐’๐Š ๐’๐ž๐ซ๐ข ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข๐Ÿ“Pejabat Pertanian Daerah LangkawiPejabat Pertanian Daerah Langkaw...
09/11/2025

๐Ÿ—“๏ธ26 Oktober 2025 | Ahad | ๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐š๐ซ๐ข ๐’๐Š ๐’๐ž๐ซ๐ข ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข
๐Ÿ“Pejabat Pertanian Daerah Langkawi

Pejabat Pertanian Daerah Langkawi menerima kunjungan daripada Sekolah Kebangsaan Seri Negeri, Langkawi.

Tujuan lawatan adalah untuk memperoleh pengetahuan, pengalaman serta peluang kepada murid - murid mengenai inovasi pertanian sebelum menyertai pertandingan inovasi yang akan diadakan di angkasapuri RTM.






๐Ÿ—“๏ธ24 Oktober 2025 | Jumaat | ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐’๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š๐Ÿ“Langkawi Bowling Jeti KuahWargakerja Pejabat Pertanian Daerah Langkawi da...
07/11/2025

๐Ÿ—“๏ธ24 Oktober 2025 | Jumaat | ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐’๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š
๐Ÿ“Langkawi Bowling Jeti Kuah

Wargakerja Pejabat Pertanian Daerah Langkawi dan Pusat Pertanian Padang Matsirat bersama - sama keluarga mengadakan aktiviti Indoor Sport (Bowling) Sempena Hari Sukan Negara Tahun 2025.






๐Ÿ—“๏ธ16 Oktober 2025 | Khamis | ๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐“๐š๐ง๐š๐ฆ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ฉ๐š & ๐‡๐š๐ฌ๐ข๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ฉ๐šKursus Pengurusan Tanaman Kelapa dan Hasil...
22/10/2025

๐Ÿ—“๏ธ16 Oktober 2025 | Khamis | ๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐“๐š๐ง๐š๐ฆ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ฉ๐š & ๐‡๐š๐ฌ๐ข๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ฉ๐š

Kursus Pengurusan Tanaman Kelapa dan Hasilan Kelapa telah dijalankan di Pusat Pertanian Padang Matsirat, Langkawi.

Kursus terakhir tahun 2025 anjuran Pejabat Pertanian Daerah Langkawi telah disampaikan oleh Pengurus Pusat Pertanian Padang Matsirat Encik Mohd Khairul Fathir bin Talha dan Penolong Pengurus Encik Abdul Arif bin Zakaria.

Kursus Hasilan Kelapa iaitu Hasilan Minyak Kelapa Dara telah diberikan oleh Mantan Penolong Pegawai Pertanian Daerah Langkawi Encik Tajudin bin Ismail.

Alhamdulillah, terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada peserta - peserta yang hadir kursus tanaman kelapa pada kali ini dan juga penglibatan daripada petani luar Daerah Langkawi. Pihak Pejabat Pertanian Langkawi mohon maaf andai ada kekurangan selama kursus berlangsung.

Kita jumpa di slot kursus pada tahun 2026!!๐Ÿ‘‹๐Ÿป






14/10/2025

Untuk makluman, kehadiran bagi Kursus Pengurusan Tanaman Kelapa & Hasilan Kelapa telah penuh dan melebihi kuota. Pejabat Pertanian Langkawi mohon maaf kepada semua yang menghubungi untuk mendaftar kursus tersebut๐Ÿ™Œ๐Ÿป

Address

Pejabat Pertanian Daerah Langkawi, Pusat Pertanian Mata Ayer
Kuah
07000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pertanian Daerah Langkawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share