05/06/2026
Jika anda merasa marah bila nampak kutu sampah buang sampah sewenang-wenangnya,
TAHNIAH; itu bukti yang anda ambil peduli dan ada rasa sayang kepada negara.
Tindakan pembuangan sampah kecil merata-rata bukan saja membuatkan pemandangan di negara kita nampak kotor, malah ia juga menyumbang kepada banjir kilat dan boleh menjadi punca penularan penyakit bawaan haiwan perosak.
Mulai tahun 2026, penguatkuasaan undang-undang berkaitan kebersihan di tempat awam telah diperketatkan melalui pindaan Akta 672 di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Perlis serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Individu yang disabitkan kesalahan membuang sampah merata-rata di tempat awam bukan sahaja berdepan dengan denda, malah boleh dipenjarakan sekiranya gagal membayarnya.
Selain itu, pesalah juga boleh dikenakan hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) sehingga 12 jam.
Jangan sakitkan kepala, nampak saja kutu sampah, ambil gambar/video sebagai bukti dan laporkan terus kepada pihak SWCorp.
Ingat, tangan yang mengotorkan, tangan yang sama akan membersihkan.