14/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐ฃ? ๐ฅ๐๐ ๐๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐ก๐๐ง ๐ ๐จ๐ฆ๐๐ก๐ ๐๐๐ก๐ ๐ฆ๐๐ง๐จ๐๐จ! ๐ณ๐
Buah gred C hingga CCC lazimnya terbentuk pada dahan yang lebih besar dan matang.
Buah gred A hingga B p**a kebanyakannya berada pada dahan yang lebih kecil.
Apabila pokok menerima baja, aliran nutrien cenderung mengutamakan struktur utama pokok. Jika beban buah terlalu banyak, agihan nutrien kepada setiap buah boleh menjadi kurang seimbang.
Sebab itu ramai penggemar durian berpendapat buah bersaiz kecil (sekitar bawah 900 g) sering mempunyai rasa yang lebih pekat dan konsisten.
Isinya biasanya lebih likat, manis dengan sedikit rasa pahit yang menjadi identiti Musang King berkualiti.
Buah bersaiz besar p**a boleh memberikan isi yang banyak, tetapi kualitinya kadangkala kurang konsisten.
Ada pangsa yang masak sempurna, namun ada juga yang kurang matang atau "mengkal".
Selain itu, kecacatan fisiologi seperti tip burn, tiger stripe, dan water core juga lebih mudah menjejaskan pengalaman menikmati buah.
Keadaan ini menyebabkan pembeli lebih berhati-hati sebelum membuat keputusan membeli.
Kesimp**an:
Jika sasaran anda ialah menghasilkan buah gred A yang berkualiti premium, lakukan penjarangan buah dan kekalkan sekitar 2 biji bagi setiap dahan yang sesuai supaya nutrien lebih tertumpu. Jika pokok dibiarkan membawa beban buah yang lebih banyak, buah bersaiz gred C lazimnya lebih mudah mengekalkan kualiti rasa yang konsisten.
Nota: Pemerhatian ini merupakan amalan dan pengalaman ramai pekebun. Kualiti durian turut dipengaruhi oleh faktor lain seperti varieti, umur pokok, kesuburan tanah, cuaca, pengairan dan pengurusan kebun.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia
Mohamad Sabu
Onn Hafiz Ghazi
Israk Abdullah
Yosri Mohd
Mohd Hafizh Hussain