Polis Balai Kota Tinggi

Polis Balai Kota Tinggi Facebook Rasmi Balai Polis Kota Tinggi Hotline: 07-8837222 | Telefon: 07-8831222,07-8831221 Kepimpinan PDRM Balai Polis Kota Tinggi

 , 11 Ogos 2026 - ASP Abd Rahim Bin Idris, Ketua Polis Balai Kota Tinggi bersama-sama anggota Balai Polis Kota Tinggi me...
11/08/2026

, 11 Ogos 2026 - ASP Abd Rahim Bin Idris, Ketua Polis Balai Kota Tinggi bersama-sama anggota Balai Polis Kota Tinggi meraikan Sjn. Siti Nursyuhadah Walter Abdullah yang bakal berpencen pada bulan November 2026 dan L/Kpl. Che Nor Hidayah Binti Che Baharum yang akan berpindah ke IPK Kelantan.

Majlis makan ini diadakan adalah bagi meraikan jasa, bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan di Balai Polis Kota Tinggi, di samping menjadi tanda penghargaan serta kenang-kenangan buat kedua-dua anggota yang bakal melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan dan kerjaya masing-masing.

Seluruh warga Balai Polis Kota Tinggi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala khidmat bakti, komitmen serta kerjasama yang telah diberikan. Semoga Sjn. Siti Nursyuhadah Walter Abdullah dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan dalam menjalani kehidupan selepas persaraan, manakala L/Kpl. Che Nor Hidayah Binti Che Baharum p**a terus maju jaya serta cemerlang di tempat bertugas yang baharu.

Walaupun berpisah tempat dan tugas, segala kenangan, jasa dan ukhwah yang terjalin akan sentiasa terpahat dalam ingatan. Selamat maju jaya dan selamat menempuh perjalanan baharu. Semoga terus sukses dan dipermudahkan segala urusan.


 , 08 Ogos 2026 - ASP Abd Rahim Bin Idris, Ketua Polis Balai Kota Tinggi menerima kunjungan daripada YB Tuan Hj. Manndzr...
08/08/2026

, 08 Ogos 2026 - ASP Abd Rahim Bin Idris, Ketua Polis Balai Kota Tinggi menerima kunjungan daripada YB Tuan Hj. Manndzri Bin Hj. Nasib, Ahli Parlimen Tenggara di Balai Polis Kota Tinggi. YB Tuan Hj. Manndzri juga telah menyerahkan sebuah stretcher (pengusung) bagi kegunaan Balai Polis Kota Tinggi serta memudahkan jika terdapat operasi ‘Search And Rescue’ (SAR).

Sumbangan tersebut merupakan satu bentuk keprihatinan dan sokongan berterusan terhadap usaha mempertingkatkan kesiapsiagaan serta keupayaan anggota Balai Polis Kota Tinggi dalam melaksanakan tugas, khususnya ketika menghadapi situasi kecemasan dan operasi menyelamat.

Pihak Balai Polis Kota Tinggi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Tuan Hj. Manndzri Bin Hj. Nasib, Ahli Parlimen Tenggara atas sumbangan serta keprihatinan yang diberikan. Semoga kerjasama erat antara pihak Polis dan komuniti setempat terus diperkukuhkan demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.



PROGRAM ‘AKU KASIH MALAYSIA’ KOMUNITI KE KOMUNITI ANJURAN KRT FELDA PASAK  , 02 Ogos 2026 - SI Zamaludin Bin Hj. Ramli, ...
02/08/2026

PROGRAM ‘AKU KASIH MALAYSIA’ KOMUNITI KE KOMUNITI ANJURAN KRT FELDA PASAK

, 02 Ogos 2026 - SI Zamaludin Bin Hj. Ramli, Penolong Ketua Polis Balai Kota Tinggi telah menghadiri Program ‘Aku Kasih Malaysia’ Komuniti ke Komuniti anjuran KRT Felda Pasak di Dewan Serbaguna Felda Pasak bagi menyampaikan ceramah pencegahan jenayah “Say No To Bully” kepada warga Felda Pasak.

Turut hadir bersama Sjn. Mohd Nor Azlin Bin Yahaya, Sjn. Operasi Balai Polis Kota Tinggi, Sjn. Noraziah Binti Mohamed, Sjn. Pentadbiran Balai Polis Kota Tinggi dan anggota Balai Polis Kota Tinggi.

Bayar RM350 Untuk Dapat RM30,000.00. Itu Adalah Tektik Scammer Untuk Memancing Anda. Berhati-Hati !!!! Jangan Terpedaya ...
29/07/2026

Bayar RM350 Untuk Dapat RM30,000.00. Itu Adalah Tektik Scammer Untuk Memancing Anda. Berhati-Hati !!!! Jangan Terpedaya Dan Tertipu Dengan Tawaran Sebegini

PDRM PESAN: BAYAR RM350 UNTUK TERIMA RM30,000? ITU PENIPUAN!

Orang ramai diingatkan agar berwaspada dengan individu yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) dan meminta bayaran “deposit keselamatan” kononnya bagi membolehkan wang tunai RM30,000 dicairkan. Ingat, BNM tidak akan meminta sebarang bayaran deposit atau pemindahan wang ke akaun peribadi.

Jangan buat sebarang pembayaran, hentikan komunikasi serta-merta dan semak nombor telefon atau akaun bank yang mencurigakan melalui portal Semak Mule di https://semakmule.rmp.gov.my. Jika menjadi mangsa, segera hubungi NSRC 997 atau buat laporan di balai polis berhampiran.

Jangan mudah terpedaya. Semak dahulu sebelum bertindak.






#28072026

Hari Hol merupakan hari memperingati kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail yang jatuh pada 21...
21/07/2026

Hari Hol merupakan hari memperingati kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail yang jatuh pada 21 Julai 2026, bersamaan 6 Safar 1448H.

Yang Berhormat CP Dato’ Ab Rahaman bin Arsad, Ketua Polis Johor dan isteri, YBhg. Datin Salwah binti Mahdan, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Johor, serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor merakamkan setulus ikhlas doa agar roh Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah SWT serta ditempatkan dalam kalangan para syuhada dan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

20/07/2026

LAWATAN KERJA RASMI & PEMERIKSAAN PTKPN A117 - BALAI POLIS KOTA TINGGI

Kota Tinggi, 20 Julai 2026 - ASP Abd Rahim Bin Idris, Ketua Polis Balai Kota Tinggi telah mengiringi YDH ACP Hj. Azamuddin Bin Ahmad @ Abu, Penolong Pengarah Kepolisan Komuniti JPJKK Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang mengetuai pasukan pemeriksa PTKPN A117 di Balai Polis Kota Tinggi.

Tujuan pemeriksaan ini adalah untuk memastikan tadbir urus balai sepertimana arahan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) A117. Elemen-elemen yang terkandung di dalam pemeriksaan ini merangkumi pemeriksaan kemahiran kawad, keadaan persekitaran balai / berek, pemeriksaan fail Sistem Kawalan Disiplin / Dadah (SKDD), pemeriksaan buku-buku polis, peta sektor, fail-fail rutin harian rasmi dan pengurusan senjatapi termasuk daftar senjatapi.

Turut hadir bersama ASP Siti Zam Zarina Binti Ali, ASP Kewangan / Perolehan JPJKK Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, ASP Norahayu Binti Mohd Ramly, Ketua Unit Latihan Cawangan Kepolisan Am JPJKK Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Insp Mohd Safwan , JPJKk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Ketua-ketua Bahagian IPD Kota Tinggi, Ketua-ketua Polis Balai dan anggota Balai Polis Kota Tinggi.

LAWATAN & PEMERIKSAAN PTKPN A117 - BALAI POLIS KOTA TINGGIKota Tinggi, 17 Julai 2026 - YDH Supt. Yusof bin Hj. Othman, K...
17/07/2026

LAWATAN & PEMERIKSAAN PTKPN A117 - BALAI POLIS KOTA TINGGI

Kota Tinggi, 17 Julai 2026 - YDH Supt. Yusof bin Hj. Othman, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi telah mengetuai pasukan pemeriksa PTKPN A117 di Balai Polis Kota Tinggi bagi tujuan pemeriksaan tadbir urus sepertimana arahan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) A117.

Elemen-elemen yang terkandung di dalam pemeriksaan ini merangkumi pemeriksaan kemahiran Kawad, Keadaan Persekitaran balai / berek, Pemeriksaan fail Sistem Kawalan Disiplin / Dadah (SKDD), Pemeriksaan buku-buku polis, peta sektor, fail-fail rutin harian rasmi dan pengurusan senjatapi termasuk daftar senjatapi.

Turut hadir bersama ASP Azri Bin Ya’acob, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah Kota Tinggi, ASP Nor Azizi Bin Indzam, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Tinggi, ASP Dunstan Anak Philip, Ketua Cawangan Khas Daerah Kota Tinggi, ASP Rushaidi Bin Arshad, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kota Tinggi, anggota Bahagian Pengurusan Daerah Kota Tinggi dan anggota Balai Polis Kota Tinggi.

COMMUNITY POLICING & RONDAAN PENCEGAHAN JENAYAH (AMANITA) BALAI POLIS KOTA TINGGIKota Tinggi, 16 Julai 2026 - Balai Poli...
16/07/2026

COMMUNITY POLICING & RONDAAN PENCEGAHAN JENAYAH (AMANITA) BALAI POLIS KOTA TINGGI

Kota Tinggi, 16 Julai 2026 - Balai Polis Kota Tinggi telah mengatur gerak kekuatan bagi pelaksanaan penugasan Community Policing (CP) dan Rondaan Pencegahan Jenayah (AMANITA) di sekitar kawasan bandar Kota Tinggi.

Polis Kota Tinggi komited turut sama dalam program-program kemasyarakatan sebegini. Selain dapat beramah mesra, Polis Kota Tinggi telah mengedarkan risalah pencegahan jenayah berkaitan scammer dan cara penggunaan aplikasi VSP di dalam telefon bimbit. Sebarang maklumat boleh disalurkan melalui aplikasi tersebut.



LAWATAN KEBAJIKAN KETUA POLIS DAERAH KOTA TINGGIKota Tinggi, 15 Julai 2026 – YDH Supt. Yusof bin Hj Othman, Ketua Polis ...
15/07/2026

LAWATAN KEBAJIKAN KETUA POLIS DAERAH KOTA TINGGI

Kota Tinggi, 15 Julai 2026 – YDH Supt. Yusof bin Hj Othman, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi telah mengadakan lawatan kebajikan kepada anak Pegawai Kanan Polis yang sedang menerima rawatan di KPJ Puteri Specialist Hospital, Johor Bahru.

Lawatan kebajikan ini merupakan penzahiran keprihatinan serta memberi sokongan moral kepada ASP Abd Rahim bin Idris, Ketua Polis Balai Kota Tinggi dan keluarga, di samping menyemai nilai kebajikan, kebersamaan dan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga PDRM.

Turut hadir, DSP Mohd Syamsuri bin Mohamad, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, SI Zamaludin bin Ramli, Timbalan Ketua Polis Balai Kota Tinggi dan pegawai polis dari Cawangan Kebajikan, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi.

  , 14 Julai 2026 - SI Zamaludin Bin Hj. Ramli, Penolong Ketua Polis Balai Kota Tinggi bersama anggota Balai Polis Kota ...
14/07/2026

, 14 Julai 2026 - SI Zamaludin Bin Hj. Ramli, Penolong Ketua Polis Balai Kota Tinggi bersama anggota Balai Polis Kota Tinggi mengadakan lawatan kebajikan ke atas anak ASP Abd Rahim Bin Idris, Ketua Polis Balai Kota Tinggi, Muhammad Amirul Aiman Bin Abd Rahim yang dimasukkan wad di KPJ Puteri Specialist kerana demam denggi.

Kami semua mendoakan semoga diberikan kesembuhan dan cepat sihat seperti sedia kala serta dipermudahkan segala urusan.

Address

Kota Tinggi

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Balai Kota Tinggi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category