02/09/2026
πΉ LAWATAN KERJA PCKT KE DESARU DAN SEDILI πΉ
π
Rabu, 2 September 2026
Alhamdulillah, PUSPANITA Cawangan Daerah Kota Tinggi (PCKT) telah mengadakan lawatan kerja ke Desaru Westin Hotel, Desaru Fruit Farm serta Perusahaan IKS Ranorm Batik Creation, Sedili.
Lawatan kerja ini telah diketuai oleh Pengerusi PCKT, Puan Hajah Zubaidah binti Sulaiman, bersama Timbalan Pengerusi PCKT, Puan Farah Diana binti Yahya, serta dua orang Ahli Jawatankuasa PCKT iaitu Puan Badariah binti Md Apin dan Puan Norsyalina binti Idris.
Lawatan ini bertujuan untuk membuat persiapan, tinjauan serta penyusunan atur perjalanan bagi program anjuran PCKT yang bakal berlangsung pada 10 September 2026 di ketiga-tiga premis berkenaan.
Semoga lawatan kerja ini dapat membantu memastikan segala persiapan berjalan lancar dan seterusnya menyumbang kepada kejayaan program yang bakal dilaksanakan.
β¨ Semoga segala perancangan dipermudahkan dan program pada 10 September 2026 nanti berjalan dengan lancar serta mencapai objektif yang telah ditetapkan.
πΉ PCKT β Bersama Melangkah, Bersama Berbakti πΉ