Pejabat Felda Air Tawar 3

Pejabat Felda Air Tawar 3 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Felda Air Tawar 3, Government Organization, Kota Tinggi.

14 September 2026 (Isnin) Sambutan Maulidurrasul Peringkat Rancangan Felda Air Tawar 3Maju Johor Dihayati , Ummah Diberk...
15/09/2026

14 September 2026 (Isnin)

Sambutan Maulidurrasul Peringkat Rancangan Felda Air Tawar 3

Maju Johor Dihayati , Ummah Diberkati

Alhamdulillah telah berlangsung Majlis Sambutan Maulidurrasul Peringkat Rancangan Felda Air Tawar 3 bertempat di Masjid Al- Huda. Majlis dimulakan dengan acara perbarisan maulidurrasul bagi kontinjen kategori terbuka & pendidikan. Antara Kontinjen Perbarisan yang telah sama-sama menyertai Pertandingan Sempena Sambutan Maulidurrasul tersebut adalah :

Badan Masjid & Agama Masjid Al-Huda, JKKR, GPW, PERSATUAN IBU TUNGGAL, BLOK 21, SK Muzaffar Syah, Sek Agama Felda Air Tawar 3, Tabika KEMAS, Pusat Literasi Keluarga.

Majlis Sambutan Maulidurrasul diserikan lagi dengan Nasyid dari kumpulan Nasyid Wanita PAWE serta Ceramah Maulidurrasul oleh Penceramah Jemputan Ustaz Akil Musayyad bin Hilman. Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Pengurus FELDA, En Noorsahidi bin Abd Rahman

Jutaan Terima kasih di ucapkan kepada tetamu jemputan Ustaz Norekmal Hakim Bin M. Ani, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Felda Wilayah Johor Bahru, Ustaz Nurul Aziman Ramlan & Ustaz Khairul Anuar (SDAU) Zon Sepakat di atas kesudian beliau hadir bersama- sama memeriahkan majlis dan menjadi juri pertandingan Perbarisan & Sepanduk yang telah diadakan.

Semoga dengan Sambutan Mauliduurrasul ini bukan sahaja sebagai medium untuk mengekspresikan rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW , malahan ianya juga dapat menghidupkan syiar & perpaduan antara masyarakat. inshaAllah

27 - 30 Ogos 2026 Program Sepanjang Bulan KemerdekaanFelda Air Tawar 3 Alhamdulillah telah di adakan program sambutan bu...
15/09/2026

27 - 30 Ogos 2026

Program Sepanjang Bulan Kemerdekaan
Felda Air Tawar 3
Alhamdulillah telah di adakan program sambutan bulan kemerdekaan di kampung Felda Air Tawar 3.
Tahniah & terima kasih kepada semua warga Felda Air Tawar 3 atas penglibatan & bersama- sama memeriahkan program sepanjang bulan kemerdekaan & sambutan ambang merdeka.
Tahniah kepada semua pemenang.

antara program yang diadakan adalah
1. Pertandingan Papan Tanda Blok & Rumah Ceria Merdeka
2. Briskskwalk Merdeka Move Walk For Unity
3. Pertandingan Masakan Botok- Botok & Gubahan Bunga Kawat Bulu
4. Pertandingan Mewarna Dewasa & Kanak-Kanak
5. Pertandingan Basikal & Motosikal Antik Berhias
6. Tayangan Wayang Pacak Filem "Gayong 2"
7. Kuiz Kemerdekaan Kahoot
8. Pertandingan Pakaian Beragam Kanak-Kanak 4-6 Tahun
9. Countdown Merdeka
10.Pertunjukan Bunga Api

Assalamualaikum wbtMAKLUMAT PROFIL PENEROKA & GENERASI KEDUA FELDA BAGI TUJUAN ANALISIS STRATEGIK OLEH BKSFDengan segala...
17/08/2026

Assalamualaikum wbt

MAKLUMAT PROFIL PENEROKA & GENERASI KEDUA FELDA BAGI TUJUAN ANALISIS STRATEGIK OLEH BKSF

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman, Bahagian Kawal Selia FELDA (BKSF) memerlukan maklumat profil Peneroka dan Generasi Kedua FELDA bagi tujuan analisis strategik. Maklumat berkaitan yang diperlukan adalah:

Data Profile Peneroka & Generasi Kedua FELDA yang sedang menetap di Kawasan rancangan FELDA & di luar rancangan serta
Maklumat profil sosioekonomi, termasuk anggaran pendapatan isi rumah serta maklumat kediaman.

Terima kasih atas kerjasama anda.

Sila isi di link berikut :
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

PENGISIAN MAKLUMAT GENERASI BAHARU FELDA

Untuk Makluman Tuan/Puan, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Generasi FELDA serta Bahagian Kawal Selia FELDA, JPM telah meminta perkongsian maklumat Generasi Kedua FELDA bagi tujuan analisis strategik. segala maklumat adalah SULIT Mohon kerjasama semua warga FELDA Air Tawar 3 membantu meluangkan masa....

28 Julai 2026  (Selasa) Gotong Royong Perdana Basmi Denggibersama Pejabat Kesihatan  Daerah Kota Tinggi , Klinik Desa Ai...
28/07/2026

28 Julai 2026 (Selasa)

Gotong Royong Perdana Basmi Denggi
bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi , Klinik Desa Air Tawar 3 & Combi Air Tawar 3. Terima kasih kepada kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah kota Tinggi yang sudi hadir memberi taklimat , warga rancangan khususnya GPW FELDA Air Tawar 3 , JKKR, JPKK, MBFM & KAF serta semua kepimpinan rancangan yang telah sama- sama menyertai goro combi dan terlibat dalam aktiviti cari & musnah jentik-jentik. Semoga rancangan Felda Air Tawar 3 bebas dari aedes & denggi.

26/05/2026
25.05.2026 | IsninAgihan Bakul Kasih Johor kepada warga Felda Air Tawar 3Jutaan Terima Kasih di ucapkan kepada semua yan...
26/05/2026

25.05.2026 | Isnin
Agihan Bakul Kasih Johor
kepada warga Felda Air Tawar 3
Jutaan Terima Kasih di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam sesi agihan sebanyak 718 kotak makanan kepada Ketua Isi Rumah Felda Air Tawar 3.






FELDA Wilayah Johor Bahru

17/04/2026
16 April 2026 |(Khamis) | 11.00 Pagi - 2.00 Petang | Dataran Wisma JKKR Felda Air Tawar 3Alhamdulillah telah berlangsung...
17/04/2026

16 April 2026 |
(Khamis) | 11.00 Pagi - 2.00 Petang | Dataran Wisma JKKR Felda Air Tawar 3

Alhamdulillah telah berlangsung Majlis Raya Sekampung Bangsa Johor Felda Air Tawar 3 bersama Dun Johor Lama
"Simfoni Syawal Felda Air Tawar 3"
Jutaan terima kasih di ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis sama ada secara langsung atau pun tidak langsung khususnya warga rancangan Felda Air Tawar 3 yang bertungkus lumus membantu persiapan sebelum, semasa hingga selesai majlis

Sebanyak 15 Gerai dari Badan Kepimpinan & NGO yang menyumbang juadah hari raya antaranya JKKR, GPW, Pejabat Felda & FPM, KAF, MBFM, JPKK & KEMAS, Koperasi, UMNO & PAWE, Sek Keb Muzaffar Syah, Sek Agama, Badan Gerai, Pengerusi Mandiri, Rela, Badan Masjid, SAMBA. Kemeriahan Majlis Raya Sekampung turut diserikan dengan keletah Am Ketampi Raja Lawak yang menjadi juru acara majlis.

Pihak Pengurusan FELDA merakamkan setinggi tinggi ucapan terima kasih kepada YB Norliza Noh, ADUN Johor Lama atas kesudian hadir dan memberikan sumbangan kepada warga rancangan Felda Air Tawar 3 . Majlis dimulakan dengan ketibaan para tetamu, Marhaban, Ucapan Pengurus Felda ,En Noorsahidi Abd Rahman, Ucapan Ketua Kampung, En Zulkifli bin Mat Serah, Ucapan YB Norliza Noh dan seterusnya ucapan YB Muszaide Makmor, Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, Persembahan Nasyid dari ahli PAWE, Persembahan Zapin Sanggar Muzaffar, Persembahan Busking dari Beduk Band dan Penutup Majlis diakhiri dengan Penyampaian Cenderahati kepada Pemenang Pertandingan Gerai Tercantik, Sumbangan Kepada Pelajar Cemerlang SPM yang disampaikan oleh YB Norliza .


Address

Kota Tinggi

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30

Telephone

+6078931885

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Felda Air Tawar 3 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Felda Air Tawar 3:

Shortcuts

Share