Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT)

Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) ”SEDIA MEMBANTU MUDAH URUSAN”

Salurkan aduan melalui aplikasi Sistem Aduan MDKT di https://mdkt.spab.gov.my

MDKT merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang diberi kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk memberikan perkhidmatan perbandaran.

SEKALUNG TAHNIAH & PENGHARGAAN DIUCAPKAN KEPADA KESEMUA PEMENANG PERTANDINGAN HIASAN BANGUNAN & MENGIBAR JALUR GEMILANG ...
01/09/2026

SEKALUNG TAHNIAH & PENGHARGAAN
DIUCAPKAN KEPADA KESEMUA PEMENANG PERTANDINGAN HIASAN BANGUNAN & MENGIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA HARI KEBANGSAAN 2026🔥

Pemenang akan menerima:-
A. JOHAN🥇:-
1. Duit Tunai RM500.00
2. ⁠Piala
3. ⁠Cek Replika
4. ⁠Sijil Penyertaan

B. NAIB JOHAN🥈:-
1. Duit Tunai RM400.00
2. ⁠Piala
3. ⁠Cek Replika
4. ⁠Sijil Penyertaan

C. KETIGA🥉:-
1. Duit Tunai RM300.00
2. ⁠Piala
3. ⁠Cek Replika
4. ⁠Sijil penyertaan

D. KEEMPAT & KELIMA: -
1. Sijil Penyertaan

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69🔥
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69🔥

30/08/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈

🗓️ Tarikh : 31 Ogos 2026 (Isnin)
🕗 Masa : 7.00 pagi
📍 Tempat : Dataran Jam & Padang Bukit Kerajaan

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi acara sambutan.




SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN KE-69, PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGIWarga Kota Tinggi telah membanjiri Dataran Jam, Kota Ting...
30/08/2026

SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN KE-69, PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGI

Warga Kota Tinggi telah membanjiri Dataran Jam, Kota Tinggi bersempena Sambutan Ambang Merdeka 2026 peringkat daerah Kota Tinggi. Upacara pembukaan dimulakan dengan Kontinjen Perarakan dan kibaran 69 Bendera Jalur Gemilang serta diteruskan dengan Perarakan 69 buah konvoi motosikal.

Kemudian, para penonton disajikan dengan persembahan silat, tarian kebudayaan iaitu Tarian Zapin, Joget, Tarian Klasik Cina dan Tarian Klasik India.

Turut diserikan dengan persembahan artis-artis pop**ar seperti Hazama, Nabila Razali, Haiza serta persembahan komedi daripada Joey Daud & Has Deroyan. Diikuti p**a dengan persembahan nyanyian dan deklamasi sajak oleh Raja Farhana, Akim serta Qisya yang merupakan anak jati Kota Tinggi.

Sambutan Ambang Merdeka ini juga turut dihadiri oleh YB Datuk Mohamad Najib Bin Samuri, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, YBhg. Tuan Haji Miswan Bin Yunus, Pegawai Daerah Kota Tinggi, YB Cik Norlizah Binti Noh, ADUN Johor Lama, YB Tuan Muszaide Bin Makmor, ADUN Sedili, YBhg. Puan Nurul Ashikin Binti Haji A.Jabar, Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi, YBhg. Tuan Haji Khairul Hafiz Bin Haji Mohamad @ Mazlan, Yang Dipertua MDKT, YBhg. Superintenden Yusof Bin Haji Othman, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Ahli-ahli Majlis MDKT serta warga Kota Tinggi yang memeriahkan lagi serta menjayakan program ini.
🇲🇾 🇲🇾 🇲🇾

SOROTAN LENSA SEMASA : Sedang berlangsung ketika ini Sambutan Malam Ambang Kemerdekaan ke- 69 Peringkat Daerah Kota Ting...
30/08/2026

SOROTAN LENSA SEMASA :

Sedang berlangsung ketika ini Sambutan Malam Ambang Kemerdekaan ke- 69 Peringkat Daerah Kota Tinggi 2026. Jom warga Kota Tinggi marilah kita sama-sama memeriahkan Dataran Jam malam ini‼️

HEBAHAN AWAL PENUTUPAN JALAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGITAHUN 2026
27/08/2026

HEBAHAN AWAL PENUTUPAN JALAN SEMPENA
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69
PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGI
TAHUN 2026

🚨 WABAK DENGGI TERKINI – TAMAN KOTA JAYA 🚨Majlis Daerah Kota Tinggi menyeru penduduk Taman Kota Jaya agar meningkatkan l...
27/08/2026

🚨 WABAK DENGGI TERKINI – TAMAN KOTA JAYA 🚨

Majlis Daerah Kota Tinggi menyeru penduduk Taman Kota Jaya agar meningkatkan langkah pencegahan dan bersama-sama membantu memutuskan rantaian jangkitan denggi.

🦟 Denggi boleh mengancam nyawa!

Antara tindakan yang perlu dilakukan:
🔎 Beri kerjasama kepada pihak kesihatan semasa pemeriksaan Aedes.
🪣 Cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk di dalam dan sekitar kediaman.
🧴 Gunakan penghalau nyamuk (repelan) terutama ketika berada di luar rumah.
🏥 Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam tinggi, sakit kepala, sakit sendi dan otot, loya, muntah atau ruam.

Luangkan 10 minit setiap minggu untuk memeriksa kawasan rumah dan menghapuskan bekas yang boleh menakung air.

⚠️ Jangan tunggu sehingga ada ahli keluarga yang menjadi mangsa.

❤️ LINDUNGI DIRI, LINDUNGI KELUARGA.
Bersama kita cegah denggi dan pastikan persekitaran Kota Tinggi lebih bersih dan selamat.


25/08/2026
24/08/2026
24/08/2026

🌙✨ SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1448H / 2026M ✨🌙

Peringkat Daerah Kota Tinggi

Dengan penuh kesyukuran dan rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, seluruh masyarakat Islam dijemput hadir bagi memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Kota Tinggi dengan tema:

💛 “MAJU JOHOR DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI” 💛

📖 MAJLIS BACAAN BERZANJI & SELAWAT
📅 11 Rabiul Awal 1448H
📆 Bersamaan 24 Ogos 2026M
⏰ 7.00 petang

🎙️ MAJLIS SYARAHAN MAULIDUR RASUL
📅 12 Rabiul Awal 1448H
📆 Bersamaan 25 Ogos 2026M
⏰ 7.00 pagi

📍 Bertempat di:
🕌 Masjid Bandar Kota Tinggi

Marilah bersama-sama kita menghidupkan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ melalui selawat, penghayatan sirah dan pengukuhan ukhuwah sesama umat Islam.

✨ Semoga dengan keberkatan majlis ini, kita semua mendapat rahmat, keampunan dan syafaat Baginda Nabi Muhammad ﷺ.

Muslimin & Muslimat dijemput hadir memeriahkan majlis.




Address

Jalan Padang
Kota Tinggi
81900

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 15:30

Telephone

+6078835700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT):

Shortcuts

Share