PERKEP Kota Tinggi

PERKEP Kota Tinggi Facebook rasmi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Kota Tinggi Johor.

31/08/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69YBhg. Puan Sofea Alliya Jane binti Abdullah, Pengerusi PERKEP IPD Kota Tinggi da...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69

YBhg. Puan Sofea Alliya Jane binti Abdullah, Pengerusi PERKEP IPD Kota Tinggi dan YBhg. Puan Shanur Ain binti Ahmad Shah, Naib Pengerusi PERKEP IPD Kota Tinggi serta semua warga PERKEP IPD Kota Tinggi mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69 kepada seluruh warga PERKEP dan keluarga Polis Daerah Kota Tinggi.

Jiwa Merdeka, Negara Berdaulat.

PERTANDINGAN BUSANA TRADISIONAL KANAK-KANAK PERKEP IPD KOTA TINGGIKota Tinggi, 29 Ogos 2026 - PERKEP IPD Kota Tinggi bua...
29/08/2026

PERTANDINGAN BUSANA TRADISIONAL KANAK-KANAK PERKEP IPD KOTA TINGGI

Kota Tinggi, 29 Ogos 2026 - PERKEP IPD Kota Tinggi buat pertama kalinya telah berjaya menganjurkan Pertandingan Busana Tradisional Kanak-Kanak yang berlangsung di Dewan Orkid, IPD Kota Tinggi. Pertandingan ini disertai seramai (11) orang peserta iaitu anak-anak kecil berumur 5 tahun sehingga 12 tahun daripada keluarga Polis Daerah Kota Tinggi.

Pertandingan ini diadakan sempena bulan kemerdekaan dengan anak-anak kecil ini memperagakan busana tradisional pelbagai kaum dan bangsa di Malaysia. Selain itu untuk mencungkil bakat dan meningkatkan keyakinan diri serta keberanian anak-anak kecil ini untuk tampil di hadapan khalayak ramai.

Turut hadir menjurikan pertandingan ini YBhg. Puan Sofea Alliya Jane binti Abdullah, Pengerusi PERKEP IPD Kota Tinggi, YBhg. Puan Shanur Ain binti Ahmad Shah, Naib Pengerusi PERKEP IPD Kota Tinggi, dan Puan Masnitta anak Mawat, Isteri Ketua Bahagian Cawangan Khas IPD Kota Tinggi.

Pertandingan ini berjalan dengan meriah dan lancar. Tahniah diucapkan kepada AJK Biro Kebudayaan dan AJK Balai Polis Kota Tinggi diatas usaha dan kerjasama bagi merealisasikan program ini. Dan tahniah juga diucapkan kepada ibu-ibu dan bapa-bapa serta anak-anak yang terlibat.

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026 πŸŒ™βœ¨YBhg. Puan Sofea Alliya Jane binti Abdullah, Pengerusi PERKEP IPD Kota Tinggi dan YB...
25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026 πŸŒ™βœ¨

YBhg. Puan Sofea Alliya Jane binti Abdullah, Pengerusi PERKEP IPD Kota Tinggi dan YBhg. Puan Shanur Ain binti Ahmad Shah, Naib Pengerusi PERKEP IPD Kota Tinggi mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H / 2026.

Tanggal 12 Rabiulawal mengingatkan kita kepada kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, pembawa rahmat dan cahaya petunjuk buat seluruh umat manusia.

Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Baginda dan mencontohi akhlak serta sunnahnya dalam kehidupan seharian. Moga kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW terus subur dalam hati kita semua.

20/08/2026
PROGRAM HIKING KE GUNUNG PANTI BERSAMA WARGA PERKEP KOTA TINGGIKota Tinggi, 15 Ogos 2026 - Balai Polis Batu Ampat, Balai...
15/08/2026

PROGRAM HIKING KE GUNUNG PANTI BERSAMA WARGA PERKEP KOTA TINGGI

Kota Tinggi, 15 Ogos 2026 - Balai Polis Batu Ampat, Balai Polis Bandar Tenggara dan Balai Polis Bukit Besar telah menganjurkan Program Hiking Ke Gunung Panti bersama warga PERKEP Kota Tinggi. Program ini dihadiri oleh Pengerusi PERKEP Kota Tinggi, YBhg. Puan Sofea Alliya Jane Binti Abdullah dan telah disertai oleh seramai 30 orang ahli PERKEP Kota Tinggi.

Program ini dapat meningkatkan kecergasan fizikal dan stamina, mengeratkan hubungan diantara peserta dan mendekatkan diri dengan alam semula jadi untuk mengurangkan tekanan. Program ini telah berlangsung dengan lancar dan jayanya.

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 π˜π€π€π’πˆπ ππ„π‘πŠπ„π πˆππƒ πŠπŽπ“π€ π“πˆππ†π†πˆKota Tinggi, 13 Ogos 2026 - Program bacaan Yaasin telah diadakan di Rumah Ak...
13/08/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 π˜π€π€π’πˆπ ππ„π‘πŠπ„π πˆππƒ πŠπŽπ“π€ π“πˆππ†π†πˆ

Kota Tinggi, 13 Ogos 2026 - Program bacaan Yaasin telah diadakan di Rumah Aktiviti PERKEP IPD Kota Tinggi dengan kehadiran YBhg Puan Alliya Sofea Jane binti Abdullah - Pengerusi PERKEP IPD Kota Tinggi bersama AJK serta ahli-ahli PERKEP IPD Kota Tinggi.

Program ini dianjurkan untuk mendekatkan hati serta jiwa kepada Allah SWT dan mengekalkan ukhwah sesama ahli-ahli PERKEP. Serta sempena menyambut kedatangan bulan kelahiran junjungan besar Nabi kita, Muhammad SAW.

AL-FATIHAH DAN SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA MANGSA BALAI POLIS WESTON
07/08/2026

AL-FATIHAH DAN SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA MANGSA BALAI POLIS WESTON

AL-FATIHAH DAN SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA MANGSA BALAI POLIS WESTON

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden tragis membabitkan anggota dari Balai Polis Weston, Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort, Sabah, petang semalam.

Dalam insiden tersebut, tiga anggota Balai Polis Weston disahkan meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik. Kehilangan mereka merupakan satu tragedi yang amat dirasai oleh seluruh warga Pasukan.

Semoga semua ahli keluarga yang terkesan diberikan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.





#07082026

SELAMAT MENYAMBUT HARI PERKEP KE-58 TAHUNYBhg. Puan Sofea Alliya Jane binti Abdullah, Pengerusi PERKEP IPD Kota Tinggi d...
03/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI PERKEP KE-58 TAHUN

YBhg. Puan Sofea Alliya Jane binti Abdullah, Pengerusi PERKEP IPD Kota Tinggi dan YBhg. Puan Shanur Ain binti Ahmad Shah, Naib Pengerusi PERKEP IPD Kota Tinggi menzahirkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan kepada seluruh warga Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) sempena ulang tahun ke-58 penubuhannya.

Sejak 3 Ogos 1968, PERKEP telah memainkan peranan penting dalam memperkukuh institusi kekeluargaan PDRM, menyokong kebajikan dan memelihara keharmonian warga PDRM serta keluarga mereka.

Semoga PERKEP terus maju, relevan serta menjadi tulang belakang yang kukuh kepada keluarga besar PDRM.

'Keluarga Bahagia, Pasukan Sejahtera'

Address

Kota Tinggi

Telephone

+6078837222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PERKEP Kota Tinggi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share